cara menghilangkan kuning bayi
Alhamdulillah setelah berhari-hari aku dengan suami konsisten hantar Amir Fayyadh (ceyyyy baby dah ada nama) pi Klinik Kesihatan untuk cek kuning, akhirnya kuning Amir turun dengan jayanya. Of course la aku dengan suami la paling happy dalam hal ni. Sebabnya, aku dan suami berjaya dalam perang melawan mitos dengan gunakan cara kurangkan kuning bayi guna susu ibu dalam masa 14 hari. Sebab tu kami akan kongsikan journey ni.
Yang nombor 3 tu yang aku rasa massive reason kenapa post ni wujud instead of other post. Btw, aku tak sempat lagi nak tulis post sambungan dari entri lepas lagi. So chill chill dulu baca post ni.
Menghilangkan Kuning Bayi />
Kalau nak terus baca tips, boleh terus skip karangan panjang berjela terus ke tips bawah tu. Aku kan kuat drama, segala mak nenek kronologi kena tulis dulu. Apa yang aku share ni memang basic ja sebenarnya. Ada yang aku refer member-member dan ada jugak yang aku dapat dari pembacaan.
Kenali Penyebab Dan Cara Mengatasi Gigi Kuning Pada Anak
Di dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning, terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan dan apabila semakin banyak sel darah merah pecah molekul bilirubin akan bertambah.
Apabila paras bilirubin tinggi di dalam darah ia akan meninggalkan kesan seperti kerosakan kekal pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal, bayi akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut. - Kredit
Sebenarnya, kuning bayi ni memang sangat common la untuk baby baru lahir. Tambah-tambah lagi common kalau ibunya berdarah O. Ya, akulah penyumbang kepada permasalahan kuning ni sebab aku berdarah O. Nak faham lebih lanjut, boleh baca disini.
Kulit Bayi Kuning Atau Oranye Saat Makan Mpasi? Mungkin Itu Pertanda Carotenemia
Seperti yang kita sedia maklum, kuning baby boleh dihilangkan bila kita konsisten bagi susu ibu. Cheta (nurse) pun dah explain masa kat KK then Kak Nazrah pun ada text cakap bagi baby minum susu banyak. Angah, cik dengan abang lagi la tekankan untuk bagi baby minum susu banyak-banyak.
Sebab kuning tu hilang dengan proses perkumuhan (senang kata baby kenyang lepastu berak, then baru la kuning tu dapat keluar dari badan dia). Dah kalau tak bagi susu ibu yang cukup, macam mana la baby nak berak, kan?
Aku sedia maklum dengan petua tradisional hilangkan kuning bayi. Cuma bagi aku yang moden dan percaya sains, ada sesetengah petua yang aku memang tak rasa nak buat pada Amir. Well, kalau korang rasa nak try pada baby korang, then silakan. Tapi in case jadi apa-apa, aku letak disclaimer siap-siap bahawa aku sangat tak galakkan pun untuk try petua ni.
Terapi Untuk Mengatasi Bayi Kuning
Bila Amir dah ada kuning ni, selain aku dan husband; pastilah mak dengan abah aku antara yang paling kalut. Kita faham, setiap orang tua mesti nak yang terbaik untuk cucu depa. Tapi aku sebagai ibu juga, mesti aku pun nak yang terbaik untuk anak sendiri.
Masa kami discharge dari hospital, memang discharge berdua jela tanpa anak. Rasa agak sedih, tapi okay la still boleh 'we time' kan.
Time tau ja Amir kena kuning, abah aku dah siap call minta husband pi kedai ubat cina untuk belikan mutiara. Katanya, ni mutiara sebenar yang dah di crush untuk cure sakit kuning bayi. Caranya, masukkan serbuk mutiara bawah lidah bayi.
Niat Hangatkan Bayi Dan Turunkan Kadar Bilirubin, Tantri Kotak Kena Cibir Warganet: Kok Pakai Lampu? Miris Banget!
Dia macam, 'like whuuuuuuut?'. Baby baru lahir 3 hari kutt, takkan la nak kena masukkan mutiara pulak dalam perut dia. Memang aku tak buat la ceritanya kan.
Then balik ja rumah, mak aku dok suruh mandikan baby dengan air kucai. Katanya bagus untuk turunkan kuning bayi. Sebagai testimoni, anak Makngah Jah buat air kucai bagi cucu mandi and pooffff kuning baby turun.
Aku tak nampak any supportive reason yang buatkan kucai tu membantu untuk kurangkan kuning. Tapi nak tolak mentah-mentah, macam tak bagus. So aku Google la. Testimoni lain mendapati yang ada ja orang lain buat mandian air kucai tu, tapi kuning baby makin jadi lebih teruk. See, ni la valid point yang aku boleh guna untuk tak buat air kucai.
Cara Menghilangkan Kuning Pada Bayi
Senang cakap macam ni la = aku kena tolak dua-dua idea ni. Sebab once aku try satu idea, then bila satu pihak lagi dapat tau; maka akan ada yang terasa. Nak taknak, memang aku kena try dua-dua.
Jadi instead of try, dua-dua petua ni aku tolak terus. Aku dan suami sebulat suara dalam hal ni (nampak dak kami ni garang dan tegas?)
Aku akan terangkan from basic la macam mana nak buat sampai la ke bahagian kami uruskan masa untuk bagi minum susu. Memang kena put effort betul tau. Basically senang cerita, kena bagi minum susu dengan kerap. Tu ja. HAHA.
Mengenal Bayi Kuning Atau Ikterik Neonatorum
Pertama sekali, kena la bagi ada susu badan dulu. Sebenarnya nak bagi minum susu formula pun okay ja. Tapi aku prefer susu ibu la, sebab milk production aku agak okay. So bab ni memang aku tak rigid, asalkan baby minum cukup then dia berak cukup; boleh la kuning tu keluar dengan cepat.
Aku buat urutan ni masa 37 weeks, time tu doktor yang suggest belajar so that once baby keluar then breast pun dah ready. Memang betul, once baby dah lahir nanti automatik susu akan ada. Cuma sangat penting untuk kita tahu mekanisma macam mana breast berfungsi supaya kita sendiri ready.
Untuk yang milk production tak berapa okay, boleh try teknik marmet (thank you Kak Fatin Nazira, Kak Fatin Suhada, Maifa, Kak Bihah sebab suggest). Untuk yang tak pernah cuba, boleh try teknik ni.
Cara Mengatasi Bayi Kuning Yang Perlu Mama Ketahui
Memang sangat awkward tau! Serious cakap, sebab tak pernah la pulak nak godek-godek selama ni kan walaupun tersedia setiap masa ja dia ada kat situ.
Personally sebagai first timer, memang high chances la untuk baby ada kuning. Yelah, kita pun tak reti lagi nak menyusu sebab baru first day. Tambah pulak nak kena paksa baby stimulate supaya keluarkan susu lagi. Dan mungkin baby pun still tak reti nak minum susu (?).
Ada ja kemungkinan baby tak cukup susu sebab kita ingat susu dah masuk mulut dia. Rupanya susu tak masuk mulut pun - dia just dok melekap kat situ ja tapi kita tak sedar pun yang dia tak isap.
Tangan Dan Kaki Bayi Kuning, Apa Penyebabnya?
Tips: kalau korang tak sure macam mana nak tau sejauh mana cara baby minum susu, korang just masukkan jari kelingking ke bahagian lelangit baby. Dengan cara ni, baby akan automatik isap jari korang. Dan kalau dia isap, maknanya dia tengah lapar.
Korang mungkin rasa yang baby kuning tak banyak meragam. Cute ja kat situ, tidur sepanjang masa and tak kacau tidur malam. Tapi situasi ni sangat bahaya sebab baby kuning memang extra kuat tidur. Contoh kalau kita ganggu time dia tidur pun, maybe dia takkan terjaga langsung.
Aku pada awalnya memang ingat Amir ni jenis tak kuat meragam. Rupanya, memang baby yang ada kuning akan sentiasa tidur dan tak active macam baby lain.
Ciri Bayi Kuning Baru Lahir, Ketahui Penyebab Dan Cara Menanganinya
Memang korang kena alert untuk kejutkan baby supaya minum susu. Make sure bagi susu setiap 2 jam atau setiap 1 jam supaya baby dapat susu yang secukupnya untuk berak.
Untuk Amir, aku memang perasan yang kalau dia start tidur - tu game over. Takdak maknanya dapat kejut dia tidur then bagi direct feeding. Sebab once dia tidur, memang nak kejutkan tu sangaaaaaaat susah. Kalau try direct feeding pun, memang dia lekapkan ja mulut kat situ. Tak ada usaha langsung untuk nak minum sendiri. Atau minum sat then tidur semula.
Jadi kalau kes macam ni, korang just bagi minum susu guna cup kecik macam yang hospital buat. Ataupun bagi susu guna botol susu. Awalnya aku macam tertanya-tanya jugak kenapa hospital bagi minum susu pakai cup. Rupanya, cara ni berkesan untuk elakkan nipple confuse. Sebab once baby dah confuse fake nipple dengan real nipple, memang dah susah la nak direct feeding selepas tu.
Kenali Penyakit Kuning Pada Bayi Baru Lahir, Penyebab Dan Gejalanya
Oleh sebab tu, aku bersama husband memang sepakat untuk feeding guna syringe pada permulaan untuk elakkan nipple confuse plus sebab tahap kesabaran Amir ni senipis kulit bawang. Sekali dia sedut botol susu, memang out of control bethol. Tapi la ni slowly ajar minum breast milk through botol instead of syringe.
Seperti yang aku cakap tadi, sebolehnya aku memang tak bercadang untuk consume any pill or supplements untuk tambah susu. Kan banyak jenis supplements yang ada jual tu kan.
Tapi kalau Allah tak izinkan, buat la macam mana pun still tak ada jugak. So boleh ja terus guna susu formula instead of susu ibu untuk kurangkan kuning. Ingat, motif utama kita ialah turunkan kuning supaya anak cepat sihat.
Cara Menghilangkan Kuning Pada Bayi
Kami realised yang kami perlu buat sesuatu (gandakan amount minum susu) start masa Amir kena masuk hospital untuk phototherapy. Time tu rasa macam disiat hati, sebab Amir kena ambil darah sekali lagi dekat tangan. Memang tangan dia lebam warna hijau dah; sebab dok ambil darah sejak hari ke-2.
Time tu hari ke-6. Lepas ja checkup KK, Dr refer untuk masuk Hospital Yan. Jadi aku dan husband memang bertekad untuk make sure Amir minum cukup susu supaya tak dengar lagi suara-suara untuk try bagi mandi air kucai ataupun bagi makan mutiara kedai cina.
Kalau korang breastfeed belah kanan, then breast kiri tu gunakan pump untuk suck breastmilk. Once breastfeed, memang rasa yang otot-otot kat situ trigger and hasilkan lebih banyak susu berbanding without stimulated by baby. Sebab tu sangat penting untuk direct feeding supaya susu dihasilkan dengan konsisten.
Bukan Pakai Air Panas, Ini Cara Mencuci Botol Susu Bayi Yang Menguning Pakai 2 Bahan
Pada awalnya, aku pun tak sure macam mana breast berfungsi masa direct feeding tau. Sebenarnya, masa korang tengah direct feeding baby, breast yang tak digunakan tu still akan keluarkan susu. So ada chances untuk susu
Post a Comment for "cara menghilangkan kuning bayi"