Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara meningkatkan semangat patriotisme

cara meningkatkan semangat patriotisme

Semangat cinta akan negara merupakan antara tajuk soalan yang popular untuk digunakan dalam soalan karangan Bahasa Melayu. Pelbagai isi dan idea bernas yang boleh diolah oleh pelajar supaya menghasilkan penulisan karangan yang baik. Maka, berikut dikongsikan contoh karangan langkah memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat untuk panduan semua.

Untuk mendapatkan penulisan karangan yang baik, pelajar perlu melakukan latihan tambahan sama ada daripada guru atau inisiatif sendiri. terdapat banyak sumber latihan yang boleh diperoleh pelajar bagi memperbaiki penulisan karangan sehingga mencapai tahap yang baik. Justeru, bimbingan dan pendapat daripada guru masing-masing juga penting agar gaya penulisan pelajar menepati soalan dan kehendak pemeriksa.

CaraPatriotisme - Cara Meningkatkan Semangat Patriotisme />

Dalam memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat negara kita pada masa ini banyak pihak telah mendakwa bahawa ianya semakin luntur. Hal ini terjadi kerana sikap masing-masing yang sibuk dengan urusan sendiri dan menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Menurut mereka, apa yang penting bagi kehidupan adalah bekerja untuk mengumpul kekayaan serta ingin mendapatkan wang bagi menambahkan pendapat mereka sahaja

Cara Mudah Tunjukkan Sikap Patriotisme

Justeru itu, mereka mungkin terlupa dan tidak menitikberatkan langsung semangat patriotik sehingga tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Sebagai contoh, ada dari kalangan masyarakat kita kini alpa untuk mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Hal ini amat membimbangkan dan kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan. Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia mengambil langkah yang sewajarnya bagi memupuk semangat patriotik dalam diri sendiri dan juga kalangan masyarakat.

Bila dilihat secara terperinci, sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya adalah dengan memupuk semangat patriotik sejak dari awal umur lagi seperti di bangku sekolah. Hal ini membolehkan semangat patriotik hidup sebati dalam diri pelajar seperti kata pepatah Melayu iaitu “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Perlu difahami pengaruh guru di sekolah adalah penting dan beperanan dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa anak-anak murid mereka semenjak mereka masih kecil. Hal ini disebabkan para guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan sifat-sifat patriotik di dalam kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak untuk melahirkan perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan tanah air. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku ketika perhimpunan dan banyak lagi. Guru-guru juga boleh menerapkan semangat patriotik semasa mengajar dalam subjek seperti:-

Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam Kalangan Masyarakat

Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti semangat itu akan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga dewasa. Dalam pada itu, amalan sebegini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta pada negara dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik negara.

Selain daripada itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik pada jiwa sanubari anak-anak mereka. Ini kerana, anak-anak yang masih belum matang untuk berfikir akan sentiasa mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka ibarat kata pepatah “bapa borek, anak rintik”. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran yang mereka lihat dan sering mendengar kata-kata ibu bapa mereka. dan sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga mereka dewasa. Disebabkan itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak mereka “bagai menatang minyak yang penuh”.

Cara

Ini kerana anak-anak remaja zaman kini dilihat sering terlibat dengan masalah sosial. Gejala buruk ini mestilah dielakkan kerana ianya boleh menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Sebaliknya, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Selain itu, contoh-contoh lain yang boleh diikuti oleh ibu bapa adalah seperti:-

Cara Menumbuhkan Sikap Patriotisme Dalam Diri Serta Tujuannya

Tegaslah bahawa, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam masyarakat Malaysia dan lebih spesifiknya kepada anak-anak ketika masih kecil

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran dalam memupuk semangat patriotik antara masyarakat. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan kemerdekaan. Oleh itu, Jabatan Penerangan Malaysia boleh menggunakan media elektronik seperti televisyen dan radio yang sememangnya berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Memupuk

Dengan ini, ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita seperti ayat pepatah “sambil menyelam minum air”. Sebagai contoh, tindakan yang sewajarnya boleh dilakukan oleh media massa televisyen dan radio adalah seperti:-

Semangat Patriotisme: Ciri Ciri Semangat Patriotisme

Di samping itu, kita juga hendaklah sering bermuhasabah terhadap diri sendiri. Kita seharusnya berasa amat bersyukur dan merasakan diri amat bertuah kerana dapat hidup di negara yang aman dan damai. Belajar mengagumi tokoh-tokoh agung dunia dan tokoh negara sendiri untuk melahirkan perasaan berbangga kerana negara kita memiliki pemimpin yang berdedikasi. Simpanlah cita-cita untuk menjadi insan yang berjiwa besar yang mahu mencapai kejayaan cemerlang terutama dalam kerjaya yang bagus dan ingin berkhidmat untuk negara.

Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan pantas. Sebagai contoh, melawat ke tempat bersejarah seperti Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil melawati tempat bersejarah, pemandu pelancong yang mengetuai lawatan tersebut akan menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A’ Famosa. Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah bangsa yang sentiasa berbangga terhadap tanah air, sesuai dengan kata peribahasa Arab iaitu “kasih akan negara adalah sebahagian daripada iman”. Oleh itu, kesedaran awal daripada kecil lagi perlu diterapkan dengan membina kekuatan semangat patriotik dalam diri kita sendiri.

Cara

Akhir sekali, generasi pada masa kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Program-program tersebut lazimnya dipenuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program seperti ini dapat memupuk semangat patriotik di mana para peserta akan lebih merasai semangat cinta akan negara. Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah:-

Karangan A M29

Antara contoh lain program yang boleh menawarkan perkara sebegini adalah salah satu inisiatif kerajaan yang pernah diwajibkan disertai oleh pelajar lepasan SPM iaitu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Kesimpulannya,  semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pastinya akan menjadi individu yang berguna kepada agama,  bangsa dan negara sendiri. Seseorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya demi mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat seiring dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, semua pihak hendaklah bersama-sama berganding bahu bagi memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat disuburkan dan dipupuk dalam generasi akan datang. Kita perlu ingat seperti kata-kata Samuel Johnson yang merupakan seorang editor, pengkritik sastera, penyair, moralis, biografi, penyusun kamus dan penulis esei yang terkenal ini yang menyatakan bahawa “masa depan itu dibeli oleh masa sekarang”.

Langkah

Post a Comment for "cara meningkatkan semangat patriotisme"