Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara nak bagi demam

cara nak bagi demam

Semua orang mesti pernah mengalami demam. Ia sebenarnya bukanlah satu penyakit tetapi keadaan di mana berlakunya ketidakseimbangan suhu dalam tubuh badan. Ia juga merupakan isyarat awal masalah kesihatan lain dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa (36.5-37.5 °C).

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk meredakan demam biasa di peringkat awal. Sebahagian orang lebih gemar berikhtiar sendiri menggunakan kaedah tradisional dan saintifik sebelum memakan ubat atau berjumpa doktor.

PetuaDemam Panas Anak: Ibu, Cuba 7 Cara Semula Jadi Ini - Cara Nak Bagi Demam />

Kali ini, ingin berkongsikan bersama anda beberapa tips, petua, teknik mahupun cara saintifik dan tradisional untuk meredakan demam bagi orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Amal 7 Menu Ini Ketika Demam Kalau Nak Cepat Sembuh

Ia merupakan cara paling mudah tetapi ramai yang tidak mengendahkannya. Meminum air yang mencukupi mampu menambah kehilangan bendalir dalam badan dan membuatkan tubuh kekal hidrat. Ia juga memudahkan proses membuang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.

Kaedah ini antara paling popular digunakan. Basahkan kain dengan air sejuk dan lapkan pada bahagian tubuh terutamanya bahagian ketiak dan dada. Setelah itu, perahkan kain dan diletakkan di bahagian dahi dan belakang leher. Kaedah ini dapat meredakan suhu panas badan.

Kebanyakan orang suka berselimut seluruh badan ketika demam kerana kesejukan. Ini sebenarnya cara yang salah kerana ia akan meningkatkan lagi suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar agar peluh lebih cepat menyejat.

Petua Rawat Demam Panas Dengan Telur Rebus, Meme Wani Terkejut Suhu Badan Anaknya Turun!

Public Health Malaysia pernah berkongsikan khasiat air garam bagi meredakan demam. Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus.

Bagi masalah selesema, titiskan air garam di hidung. Selain membunuh virus, ia juga mampu mencairkan mukus pekat yang menyekat saluran pernafasan. Bagi sakit tekak dan batuk pula, berkumur dengan air garam mampu meredakan gejala dan merawat jangkitan.

Memakan atau meminum air dari buah-buahan segar seperti lemon, limau, belimbing, strawberi, timun, epal dan lain-lain mampu meredakan demam. Ini kerana buah-buahan mempunyai pelbagai jenis kelebihan seperti kalsium, magnesium, zat besi, asid folik, sodium, potasium dan pelbagai jenis vitamin.

Awas! Jangan Pandang Ringan Tanda Pneumonia

Meminum teh herba tertentu boleh membantu untuk membuka pori kulit anda dan menggalakkan tubuh untuk berpeluh. Selain itu, terdapat juga teh herba yang boleh merangsang tubuh untuk mengeluarkan peluh.

Air kelapa muda dikatakan mempunyai kandungan elektrolit tinggi yang berkesan untuk meredakan panas dalam badan. Selain itu, air kelapa juga dapat mengatasi dehidrasi dan membuatkan tubuh berasa lebih segar.

Biasanya kulit tumbuhan lidah buaya atau aloe vera ini akan dibuang dan lendiran di dalamnya akan dilumurkan di seluruh badan. Lendiran yang menyejukkan ini dipercayai boleh meredakan suhu badan yang tinggi.

Demam Campak: Tanda Tanda Awal Dan Cara Pencegahan

Sebahagian orang suka memakan makanan pedas ketika demam. Ini kerana makanan pedas dapat membuatkan kita berpeluh dengan mudah dan mampu melancarkan semula peredaran darah.

Cara meredakan demam kanak-kanak terutamanya bayi secara saintifik sebenarnya tidak jauh berbeza dengan orang dewasa. Beri minuman yang secukupnya dan sapukan badan mereka dengan kain basah.

Elakkan dari memakai pakaian tebal atau berselimut. Bagi bayi pula, cukup hanya sekadar memakai lampin agar suhu panas dapat dikeluarkan dengan mudah. Beberapa cara tambahan lain adalah seperti berikut:

Petua Rawat Anak Demam Dengan Telur Rebus. Terbukti Berkesan!

Penggunaan pelekat jel seperti Koolfever pada kanak-kanak adalah salah satu cara termudah meredakan suhu badan. Kanak-kanak biasanya tidak begitu menyukai kain basah yang diletakkan pada badan mereka.

Campurkan ubat demam berbentuk cecair seperti paracetamol ke dalam minuman atau botol air anak anda. Pastikan anda menyukat dos yang betul mengikut kesesuaian umur.

Jangan biarkan anak anda yang demam dalam keadaan perut kosong. Walaupun mereka tidak mempunyai selera, pilihan makanan seperti sup dan bubur adalah lebih mudah dimakan.

Petua

Cara Redakan Demam Anak

Sentiasa memantau suhu anak anda yang mengalami demam. Gunakan jangkasuhu (termometer) bagi mengetahui bacaan pada anak dari masa ke semasa. Jangan biarkan anak anda tidur bersendirian agar dapat bertindak cepat sekiranya suhu badan mereka naik tinggi melebihi 39°C. Ini kerana mereka cenderung untuk terkena sawan jika suhu terlalu tinggi.

Beberapa kaedah tradisional untuk meredakan demam orang dewasa juga boleh dipraktikkan ke atas kanak-kanak seperti minum air kelapa dan menyapu isi lidah buaya (aloe vera) pada badan.

Lendiran yang ada pada kelopak bunga kebangsaan ini dikatakan mampu untuk mengurangkan demam pada kanak-kanak. Tumbuk dan gumpalkan daun bunga raya sebelum dilumurkan di bahagian kepala dan dada.

Beautypreneur: 9 Makanan Yang Membantu Pesakit Demam Denggi Cepat Sembuh Dan Platlet Darah Menjadi Normal Tanpa Ubat

Bakar sedikit bawang putih bersama kulitnya. Kemudian ketuk sedikit sepaya bawang merekah dan campurkan dengan minyak bayi. Sapukan minyak itu di bahagian dada, tapak kaki, betis dan pangkal hidung.

Biasanya, kanak-kanak pasti menolak jika diminta makan halia mentah atau masakan berasaskan halia yang banyak. Anda boleh masukkan hirisan kecil halia ke dalam botol susu atau minuman mereka.

Kupas telur rebus dengan cermat agar telur tidak pecah. Kemudian balutkan telur dengan kain atau tuala bersih. Golekkan telur di kawasan badan anak yang panas secara perlahan-lahan bagi mengelakkan telur pecah.

Jangan 'tepek' Tuala Basah Atas Kepala Elak Sawan

Apabila telur sudah suam, keluarkan ia dari balutan kain dan sambung menggolek sehingga telur menjadi sejuk. Biasanya proses menggolek ini memakan masa sekitar 15 hingga 20 minit.

Apabila selesai, biarkan telur selama 10-15 minit. Apabila anda memotong telur itu, anda akan dapati kuning telur itu kelihatan menggerutu. Sekiranya suhu belum reda, anda boleh mengulangi proses ini sebanyak tiga kali sehari.

Petua

Biasanya, kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas dapat merawat demam dan meredakan suhu badan. Namun, anda disarankan untuk berjumpa doktor jika mengalami gejala-gejala seperti berikut:

Izyan Hamizi: Salah Faham Medic ; Cara Nak Surutkan Demam

Kenapa Label Kertas Seluar Jeans Sangat Tahan Lasak? 5 Projek Filem Biopik Malaysia Yang Masih Terbengkalai 4 Asal-Usul Nama Negara Yang Berpunca Daripada Kesilapan Benarkah Tesla Kereta EV Terbaik, Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Dimiliki?

5 Jangkitan Penyakit Yang Mempunyai Kadar Kematian 100% Petua dan rahsia awet muda tradisional menggunakan bahan mudah Kisah Tukang Masak Yang Menyebarkan Penyakit Demam Kepialu Secara Tidak Sengaja - Typhoid Mary 7 petua lebatkan rambut seperti Artis Bollywood dengan hanya menggunakan bahan semula jadiDemam. Saya boleh katakan setiap orang pernah mengalami demam. Demam bukanlah satu penyakit, ia merupakan satu tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia adalah gejala yang selalunya menandakan tubuh badan kita mempunyai jangkitan kuman atau virus.

Umumnya, seseorang itu dikatakan demam apabila suhu badannya melebihi suhu badan normal antara 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut). Di waktu pandemik Covid-19, mereka yang demam adalah dilarang untuk keluar dari rumah atau terdedah kepada orang lain, risau ia merupakan gejala disebabkan oleh virus Covid-19.

Demam Ketika Puasa? Ini 5 Tip Sesuai Untuk Diamalkan

Demam boleh berlaku pada sesiapa sahaja, termasuklah kanak-kanak dan juga orang tua. Ia boleh berlaku dalam tempoh singkat mahupun panjang. Selain berpunca daripada tindak-balas badan terhadap jangkitan, demam juga boleh berlaku dek kerana penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.

Punca Berlaku Demam Antara punca berlakunya demam adalah disebabkan jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit. Ia juga boleh berlaku apabila terdapat jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis). Demam juga boleh berlaku kerana penyakit sendi dan disebabkan ubat seperti antibiotik. Mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kanser atau barah juga sering mengalami demam.

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.(H.R Al-Bukhari)

Anak Demam Malam

Hadis ini mengingatkan kita, terutama yang mengalami demam bahawasanya panas yang sedang dialaminya adalah rasa panas dari serpihan dari api neraka. Lalu mengingatkan bahawa kelak akan ada api yang lebih panas ... berkali ganda panas dari apa yang sedang dirasakan.

Demam

Kemudian ibnu Abbas berkata: sejukkanlah dengan air Zam-zam kerana Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca dari bahang api Jahannam. Jadi sejukkanlah ia dengan air. Atau dengan air Zam-zam (H.R Al-Bukhari)

Sepertimana hadis yang pertama, hadis di atas juga menyatakan cara untuk meredakan rasa panas demam ialah dengan menggunakan air (atau air Zam-zam). Nyata sekali, air merupakan tips daripada Nabi S.A.W untuk mengurangkan rasa panas demam.

Simptom Demam Apabila Nak Datang Period? Normalkah Perkara Ini?

Tips Meredakan Panas Demam Anak Dengan Air Sebagai ibubapa, saya kadangkala merasa risau apabila anak mengalami demam panas. Ada waktu, sampai jadi serba-salah dan buntu tidak tahu nak berbuat apa-apa untuk melegakan ketidakselesaan si anak.

Apatah lagi bila si anak sukar untuk mengambil rawatan cara moden. Diminta makan ubat punyalah susah. Jadi, kena cari cara yang lebih 'ringan' untuk atasi panas demam si anak.

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi.(H.R. Muslim).

Dakwaan Bahawa 'menggosok Telur Rebus Pada Badan Kanak Kanak Boleh Sembuhkan Demam' Adalah Palsu, Kata Pakar

Menerusi perkongsian dari Ustazah Nazirah Abd Rahim, ibubapa boleh ikhtiarkan menggunakan air atau sebaiknya air Zam-zam bersama dengan cara mengamalkan doa dan selawat Syifa serta membaca ayat 21-24 surah al-Hasyr untuk kesembuhan anak.

Usai doa, tiup pada ubun-ubun anak dan tiup pada air. Air itu dibuat air minuman dan juga air mandian pada waktu petang antara Asar-Maghrib. Sebaiknya air tersebut dibuat mandi sehingga panas badan anak hilang.

Cara di atas bukan sahaja boleh digunakan untuk demam panas. Ia juga boleh dijadikan ikhtiar penawar untuk demam campak. In Sha Allah, ia akan membantu.

-

Tips Cepat Sembuh Ketika Demam

Selawat, doa dan ayat Al-Quran sememangnya kaedah merawat yang bagus, bukan setakat untuk kesembuhan fizikal tetapi juga kerohanian. Anda tentu pernah lihat ada anak yang terkena demam kadangkala meracau dan pelik tingkah-laku. Jadi, bila anak demam panas jangan ambil mudah. Sebaiknya jangan sesekali lupa untuk memberikan penawar rohani menerusi selawat, doa dan ayat suci Al-Quran, di samping mengubati dengan cara perubatan moden. Sakit rohani inilah yang ramai ibubapa sekarang ambil endah tak endah, walhal ia boleh membawa mudarat lain kepada anak.

Kita ikhtiar mana yang baik, tanpa lebih memudaratkan terutama kepada anak kecil. Mereka ini mentalnya masih muda, dan mudah tergugat dan dipengaruhi oleh perkara-perkara di luar ilmu pengetahuan manusia. Semoga apa yang dikongsikan ini

Post a Comment for "cara nak bagi demam"