Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara nak jadi kaya

cara nak jadi kaya

Jika anda hairan melihat mengapa rakan anda lebih berjaya daripada anda, ini bukanlah disebabkan mereka lebih bagus bekerja di dalam bidang mereka berbanding anda. Menurut kajian terbaru simulasi komputer yang dijalankan tentang bagaimana menjadi kaya, ia mungkin disebabkan peluang atau nasib yang baik.

Mengambil kira purata hidup selama 40 tahun, kajian simulasi komputer ini mendapati mereka yang berada di puncak kejayaan adalah mereka yang bernasib baik, bukanlah yang pandai atau berbakat. Tujuan kajian yang dijalankan oleh Universiti Catania di Italy ini bukanlah untuk membuat anda berasa sedih tetapi untuk anda memahami bagaimana peluang memainkan peranan penting dalam cara kita menghabiskan masa dan wang di dalam bidang yang diceburi.

Saintis

Kajian yang mereka jalankan ini adalah untuk menyelesaikan satu teka-teki. Jika bakat, kepandaian dan kemahuan bekerja adalah faktor utama yang penting dalam kehidupan ini dibahagi sama rata, mengapa tidak juga semua menjadi kaya? Ini kerana statistik menunjukkan hanya 10% daripada kita yang mampu menikmati 85% dari semua kekayaan di dunia. Sedangkan bakat dan kepandaian tidak langsung menjadi faktor penyebabnya. Apakah rahsia di sebalik kekayaan ini?

Cara Nak Jadi Kaya, Kaya 101. Bagi Op Bersyukur La Seadanya, Selagi Buat Solat Dhuha Dan Berdoa, Yakin La Rezeki Kita Berkat

Para penyelidik ini mendapati bahawa faktor nasibyang baik adalah yang menjadi punca sebenar penentu kekayaan seseorang. Para penyelidik telah menilai 1, 000 individu yang berbeza. Mereka semua mempunyai kepakaran masing-masing dan yang lebih kurang sama, tiada yang terlalu hebat atau yang terlalu lemah. Namun begitu, kesemuanya mempunyai tahap kekayaan yang sama.

Kemudian para penyelidik memasukkan pelbagai senario berbeza kepada ujian simulasi itu untuk melihat apa yang akan terjadi kepada kekayaan yang mereka miliki jika mereka bernasib baik atau sebaliknya. Keputusan akhir yang mereka perolehi adalah sama dengan apa yang terjadi di dunia nyata - iaitu 20% daripada 1, 000 orang itu memiliki 80% daripada keseluruhan kekayaan yang ditetapkan. Penyelidik telah mengulangi simulasi itu berulang kali agar mendapat jawapan yang tepat dan keputusannya adalah hampir sama.

20% daripada individu kaya yang dibuat menggunakan simulasi itu bukanlah mereka yang berbakat dan bukan juga mereka yang kurang bakat. Menurut para penyelidik lagi, 20% daripada mereka yang kaya tidak ada kaitan langsung dengan bakat yang dimiliki. Malah, mereka yang menjadi antara orang terkaya di dunia itu mempunyai bakat yang biasa-biasa sahaja. Hasil ujian mendapati mereka yang berada di atas tingkat piramid itu adalah mereka yang paling bernasib baik dalam semua ujian yang dijalankan dan mereka yang paling bawah adalah yang paling kurang bernasib baik.

Tapak Kejayaan Untuk Destinasi Kekayaan

Pasukan pengkaji Universiti Catania itu kini sedang dalam kajian baru bagaimana jika simulasi itu dibuat ke atas pelaburan syarikat berbanding individu yang telah berjaya pada masa lepas. Mereka berpendapat jika dibahagikan sama rata pelaburan pada semua syarikat, adakah nasib juga akan memainkan peranan yang sama.

Para pengkaji juga menyatakan fakta ini masih belum boleh dikatakan 100% benar untuk menjadi panduan kepada orang awam. Namun, sedikit kesimpulan menarik yang mereka perolehi ini sudah cukup menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya untuk sekian lamanya.

Sains kini percaya bahawa sesetengah tahap kemahiran adalah amat perlu untuk berjaya dalam hidup. Namun, akhirnya orang yang berada di puncak kejayaan bukanlah mereka yang berbakat semata-mata.

Cara Nak Jadi Kaya

Kenapa Label Kertas Seluar Jeans Sangat Tahan Lasak? 5 Projek Filem Biopik Malaysia Yang Masih Terbengkalai 4 Asal-Usul Nama Negara Yang Berpunca Daripada Kesilapan Benarkah Tesla Kereta EV Terbaik, Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Dimiliki?

-

Ini Sebabnya Dubai Menjadi Bandar Sangat Kaya Dengan Begitu Cepat Pulau Lanzarote : Lokasi Mirip Planet Marikh Yang Ada Di Bumi Tumbuhan 'Alien' Ini Telah Hilang Selama 151 Tahun, Kini Dijumpai Di Sarawak 10 Kajian Menarik Berkaitan Komunikasi Haiwan Dengan ManusiaTop 6 kembali lagi dengan carta yang semakin panas dan mencabar. Kali ini kita akan menyelidiki cara-cara hebat yang membolehkan orang jadi kaya .

Orang kita memang teruja kalau bab nak kaya ni terutama sekali dengan cara yang pantas dan segera. Tak percaya gelintarlah dalam internet pasti anda ketemui pelbagai laman web yang menawarkan wang, kekayaan dengan segera dan orang kita ramai yang terlibat pasal mereka memang suka jalan pintas menuju kekayaan tanpa perlu berusaha keras. Jadi mari kita tengok 6 cara yang paling popular untuk jadi kaya kalau tak jadi kaya jadi kayap pun kira berjayalah jughak tu.

Macam Mana Nak Jadi Kaya Macam Orang Lain? Best Kan Kalau Kaya Macam Orang Lain. Begini Caranya Untuk Kaya Macam Orang Lain

Terutamanya peraduan yang menawarkan hadiah juta-juta macam who wants to be a milionaire ke, sejuta wang jatuh dari langit ke, PaweRut ke dan yang seangkatan dengannya. Tapi janganlah sampai berabis. Ingat-ingatlah sikit yang itu hanyalah sekadar mencuba nasib. Bayangkan nak kaya punya pasal diborongnya satu gudang air pawerut. Sekali tak menang apalagi tak henti memerutlah gamaknya, mana taknya habis segudang air di minumnya.

Beli loteri , nombor ekor, kalau mampu sikit pergilah main judi ke mahjong ke main luckyball ke, jetpot ke takpun betting ke. Kalau mampu lagi main lah pulak poker ke, ruletke, Jack Black ke dan seangkatan dengannya untung-untung menang besar tapi kalu rugi pun besarlah jugak, Sindri mau ingatlah..

Top

Hari ni masuk esok dah boleh jadi jutawan. takpun jadi julingwan. Ialah mana taknya bila masuk aje tup tup skim tersebut melingkup tak ke sawan jadinya.

Cara Jadi Orang Kaya Raya Dan Sukses, Kamu Harus Coba

Ambik aje rasuah kontrak juta-juta. Apa kisah? pastu tutuplah kembali kes tu. Apa susah?dah kaya, semua boleh buat. Hulur ajelah lagi dan lagi dan lagi. Kalau kena cekup pun boleh hulur lagi. Alah! mudah aje hidup ini yang tak mudahnya bila dah dihujung antara hidup dan mati. Nak hulur jugak? Boleh.....Boleh belah..

Tapi kenalah rompak juta-juta baru berbaloi. Kalau takat lima nam ratus buang karen aje..Kalau selamat kira ok lagi kalau kene tembak. Nak menyesal pun dah terlambat..Nak bertobat lagilah tak sempat. Kesudahannya? Sedar-sedar aje ....Marobbuka..Barulah terbeliak bijik mata...

Memang kaya punya ..dah terbukti di peringkat antarabangsa, kalau tak percaya tengoklah raja-raja dadah tu ngalahkan raja kekayaan mereka. Pastu siap sedialah diburu oleh polisia dan kalau tak bernasib baik kepolisia kantore lah jawabnya, Apatu? Kantor Polisi lah...Pastu lagi.. ke tali gantung lah pulak kesudahannya. Kekayaan tadi? Sendiri mau ingat aaar..

Nak

Boleh Jadi Kaya Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

Peringatan: Artikel ini bukan mengajak anda melakukan perkara yang tersenarai diatas tetapi lebih menekankan kepada kesan atau akibat jika anda memilih cara yang salah dalam mencapai kekayaan dan kejayaan.

Walau apa cara sekali pun untuk kaya dan berjaya fikirlah halal haramnya kerana kekayaan di dunia ni tak kemana perginya. Setakat rumah besar, kereta besar dan bini besar je termampu kita miliki. Bila semua dah ditarik pemiliknya ruang yang sempit, gelap dan sunyi juga kesudahannya.

Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun mulai sedar sambil berkata: Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!

Tips Jadi Orang Kaya

Post a Comment for "cara nak jadi kaya"