Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara nak tahu hamil

cara nak tahu hamil

Ujian kehamilan boleh dilakukan pada hari pertama sepatutnya anda datang haid. Tapi kalau anda survey di Watson & Guardian (rasanya brand Clearblue kot), ada jugak alat ujian kehamilan yang dapat kesan kehamilan 3-4 hari sebelum hari anda sepatutnya datang haid. Ujian kehamilan ni boleh dilakukan melalui 2 cara: ujian air kencing & ujian darah. Selalu orang akan buat ujian air kencing sebab method dia mudah. Peringatan penting, kebanyakan arahan kat alat ujian air kencing tu akan sebut bagus sekiranya kita buat ujian di awal pagi, air kencing yang 1st sekali sebab masa tu air kencing kita pekat.

3. Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.

SayaHamil - Cara Nak Tahu Hamil />

*Daripada pengalaman NurNiz, jenis 1 & 2 paling senang digunakan. Kalau jenis ketiga tu, masa kencing nanti (lalukan air kencing kat alat ujian tu) mungkin air kencing kita terpesong, jadi tak pasal2 rosak alat ujian air kencing tu huhuhu*

Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan? Ini Penjelasannya

Ujian kehamilan mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing anda. Badan anda mula menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta (uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing anda daripada kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku. Sumber Baby Center.

Garisan yang paling hampir dengan tempat air kencing anda diletakkan memeriksa kandungan hormon di dalam air kencing anda. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat air kencing diletakkan bertindak sebagai 'control' untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik. Sekiranya ada dua garisan yang muncul, anda disahkan mengandung. Sekiranya hanya satu garisan sahaja yang timbul, iaitu di garisan 'control', anda tidak mengandung.Sekiranya tidak ada langsung garisan yang timbul, alat yang anda beli tersebut mungkin tidak berfungsi dengan baik.

*Garisan yang tentukan anda mengandung tu tak semestinya akan jadi seterang garisan control. Walaupun samar2 ada juga kemungkinan anda mengandung tapi hormon anda tu masih rendah lagi. Jadi cuba ulang ujian kehamilan tu 2, 3 hari lagi untuk kepastian*

Tepatkah Ujian Kehamilan Jika Dibuat Terlalu Awal?

NurNiz dapat tahu NurNiz ni mengandung masa 1st anniversary perkahwinan NurNiz. Kebetulan masa tu, adik ipar NurNiz turut melangsungkan perkahwinan sama tarikh dengan NurNiz (tahun depan boleh kami celebrate anniversary bersama2 huhu). Punya sibuk untuk kenduri baru perasan bahawa NurNiz dah lewat 2 hari datang haid. Haid NurNiz memang cycle dia tetap. Jaranglah terlambat, kalau terawal tu adalah gak.

So, malam sehari sebelum majlis perkahwinan adik ipar, NurNiz & en. suami pun pergi membeli alat ujian kehamilan kat Watson. Siap cari yang paling murah sekali hehe. Last2 sekali, beli yang brand Watson paling murah yang ada 2 alat ujian kehamilan dalam 1 kotak (kalau tak salah harga RM 5 ja kot). En. suami kata boleh buat dua kali kalau yang 1st tu tersilap test. Kalau ikut arahan kat kotak, seeloknya test air kencing di awal pagi. Tapi punya excited nak test, balik daripada Watson malam tu terus test. Tiba2 ada dua line, resultnya positif. Tidur malam tu tersenyum sorang2 walaupun masih ragu2 lagi mengandung ka tak ni :). Esok paginya bangun awal, test lagi sekali alhamdullilah resultnya positif jugak.

Selepas selesai majlis perkahwinan, malam tu NurNiz pun pergi ke klinik untuk sahkan dengan Doktor. Masa bagitau nak buat ujian kehamilan, Doktor plak yang senyum2 bahagia. Lepas ambil air kencing, tunggu lamanya keputusan daripada Doktor. Rupa2nya Doktor terlupa kat NurNiz & en.suami yang tengah tunggu kat makmal belakang klinik tu. Doktor siap layan pesakit2 lain dulu. Tapi takpalah kan, alhamdullilah resultnya positif jugak. Dan Doktor bagitau due date baby kami 22/11/12. Terima kasih Ya Allah untuk hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang paling bermakna ni.

Cara Buat Buku Pink Ibu Hamil 2023

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible23 Tanda awal mengandung! Sangat membantu ibu yang hamil anak pertama Adakah kita telah hamil? Caritanda-tanda mengandung di bawah ini untuk kepastian. Sumber artikel ini diambil dari jurnal yang diterbitkan diNCBI& perkongsian pageIbu Bijak Keluarga Sihat. Cari 23 Tanda tanda mengandung di bawah! 1. Saiz payudara semakin besar!

Seawal 2 minggu selepas persenyawaan berlaku perubahan hormon dalam badan kita dan hormon ini boleh membuat payudara lebih lembut, rasa nyeri atau sakit. Perubahan lain pada payudara kita ialah terasa lebih padat & berat.

2. Anak lebih mengada ngada tanda tanda pregnant. Kalau puan sudah ada anak sebelum ni, boleh lihat perubahan sikap mereka. Anak lebih mengada ngada.

Bila Boleh Tahu Jantina Baby?

Entah kenapa mereka lebih mengada ngada dengan mak ayah. Macam ada deria ke enam je nak detect adik baru. 2-3 minggu sebelum sah hamil, perangai dah berubah lain. Hihi..

Kadang kadang tu sampai tak nak makan. Risau betul. Bawa jalan jalan pun masih mengada ngada. (Baca lebih lanjut tentang Homestay Melaka.)

3. Lewat datang Haid. Patutlah bulan ni lewat period! Selalu ontime je datang haid. Dah mengandung rupanya, Alhamdulillah. Selepas proses penempelan selesai, badan ibu akan mula menghasilkan gonadotropin chorionic manusia (hCG).

Cara Mengira Usia Kandungan Yang Tepat Buat Bakal Ibu Yang Keliru

Hormon ini membantu badan terus hamil & memberitahu ovari untuk berhenti melepaskan ovum setiap bulan sepanjang kehamilan & menyebabkan haid kita lewat.

Tanda

Macam mana nak kesan tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur? Tak susah pun rupanya. Baca panduan ini. Bagi wanita yang ada haid tak teratur, buat ujian kehamilan (UPT). Ujian ini boleh mengesan hormon hCG seawal 8 hari selepas haid tidak datang. Inilah antara tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur. Bolehlah minum susu untuk ibu mengandung walaupun belum confirm pregnant. Ataupun makan minyak ikan shaklee & minum susu anmum untuk bayi & ibunya sekali untuk bekalan vitamin ibu mengandung yang cukup. Makan kena jaga semasa merancang kehamilan.

Ibu perlu banyak minum air kerana badan akan kurang air dan selera makan mesti hilang punya. Deria bau pun jadi sensitif. Perut terasa lapar, tapi nak makan tak boleh.

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian Upt Negatif?

Tapi, kalau badan kekurangan nutrien tertentu pun akan mengidam juga. Walaupun kita tak hamil. Jangan tak tahu ada masa orang lelaki pun boleh mengidam bagi pihak isterinya.

Walaupun sebelum tu memang kita tak minat pun makanan tu. Antara perkara pelik yang Ibu sendiri penah lihat, mengidam makan kopi, nak kunyah beras mentah dan sebagainya. Memang agak pelik jenis makanan untuk ibu mengandung yang diminta.

Ada juga ibu hamil yang mengalami kekejangan abdomen diawal kehamilan. Kekejangan ini sama dengan kekejangan haid. Selain itu jaga kebersihan faraj untuk elakkan jangkitan kumansupaya tidak mengalami keputihan semasa mengandung.

Cara Kira Bmi Untuk Dewasa, Kanak Kanak & Ibu Mengandung

Kalau dah ada pendarahan tu baik hati hati, jangan angkat benda berat. Nanti gugur atau bersalin awal. Bagi ibu yang bersalin, jangan lupa mandi wiladah, walaupun anda keguguran mesti mandi wiladah untuk mensucikan diri dari darah nifas. Rakan blogger ibu ada ulas dengan baik, rujuk post dari Sis Hawa ni.

Hormon progesterone bukan saja menyediakan rahim untuk menjadi lebih kaya dengan pembuluh darah, malah mengendurkan dinding usus besar supaya lebih banyak zat dapat diserap dari makanan yang diambil ibu.

Biar

Jadi, air dan zat dari makanan akan diserap sehabisnya, meyebabkan kesukaran membuang. Sembelit ni masalah yang akan membelenggu kita sebagai ibu sejak mengandung, sehinggalah anak sudah dilahirkan. Bayi yang baru lahir kerap mengalami masalah sembelit sekiranya susu baby yang diberi tidak sesuai. Jadi, kenalah pilih susu formula terbaik untuk bayi sembelit, contohnya seperti similac total comfort.

Tanda Tanda Hamil Yang Ramai Tidak Sedar, Rupanya Dah Mengandung

10. Perubahan emosi yang sukar dijangka Ini memang berita kurang baik untuk suami. Antara tanda awal yang en suami boleh kesan ialah, isteri cepat marah dan merajuk.

Masa period pun macam ni juge tapi moody masa hamil ni teruk sikit.Ada kes tu, sampai bergaduh suami isteri sebab hubby tak paham kenapa isterinya moody atas perkara kecil.

13. Bacaan suhu mulut lebih tinggi Ini juga boleh menjadi 1 tanda awal mengandung. Ini ialah suhu mulut kita apabila bangun di waktu pagi.

Tanda Hamil Selepas Haid Untuk Elak Berlaku Keguguran

Dari suhu ini boleh tahu waktu subur kita dan melalui suhu ini juga kita boleh tahu sama ada dah mengandung atau tidak.

Suhu yang naik berterusan selama lebih dari 2 minggu mungkin menunjukkan kita dah hamil. Cara terbaik untuk wanita dengan kitaran haid tidak teratur.

14. Rasa tak selesa pada perut Badan ibu mengandung akan mengalami banyak perubahan semasa mengandung. Antara penyebab utamanya ialah kerana hormon kehamilan.

Ujian

Upt Kabur, Bagaimana Nak Pastikan Saya Hamil

17 dari 20 ibu hamil alah terhadap beberapa jenis makanan dalam 3 bulan pertama kehamilan dan selera ini akan beransur datang selepas masuk trimester ke 2.

18. Hidung & deria bau jadi sensitif. Sekiranya tiba tiba kita jadi sensitif terhadap bau busuk hingga rasa loya, boleh jadi kita dah hamil.

20. Muka naik jerawat. Patutlah jerawat banyak naik kebelakangan ni! Kan jerawat tanda hamil. Bila kita pregnant, berlaku perubahan hormon dalam badan. Ada orang ni, kulit memang jenis susah naik jerawat.

Upt Positif Tapi Bila Scan Kantung Kosong, Mungkin Ini Puncanya!

21. Perubahan selera. Kenaikan hormon dalam darah kita boleh mengubah selera kita. Ada ibu hamil yang rasa kelat seperti rasa logam dalam mulut kita.

22. Perubahan warna faraj. Tanda mengandung susah untuk perasan. Perubahan warna berlaku kerana berlaku peningkatan aliran darah yang di kawasan pelvis, warna faraj akan kelihatan lebih gelap dari biasa.

23. Peningkatan kadar degupan jantung. Selepas kita disahkan hamil, kira kira minggu ke 8 atau 10 kehamilan jantung kita akan mula mengepam darah lebih cepat & kuat.

Nak Ikut Cara Doktor Atau Dengar Cakap Orang Tua?

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti

-

Post a Comment for "cara nak tahu hamil"