cara nak tukar password unifi
Saya dah gunakan Unifi di rumah setelah diberikan tawaran untuk naik-taraf percuma dari Streamyx 8Mbps ke Unifi 100Mbps. Setelah hampir 10 tahun menunggu, akhirnya servis internet berkelajuan tinggi ini sampai juga kat kawasan saya di Parit Buntar/Nibong Tebal.
Sewaktu menggunakan servis TM Streamyx 8Mbps, banyak kali jugalah saya hadapi gangguan capaian internet. Dan banyak kali jugalah saya buat report rasmi beserta memohon rebat daripada pihak TM. Jenuh. Ada gangguan tu sampai lebih seminggu terpaksa saya tunggu untuk setelkan!
Tukar Password Unifi />
Tapi tu dulu, waktu tu saya terpaksa berpuas-hati dengan servis yang ada. Ketika menggunakan TM Streamyx (TM Broadband) saya ada kongsikan cara nak tukar password wifi Streamyx. Ia telah mendapat bacaan yang tinggi menunjukkan ramai pengguna TM Streamyx yang tak berapa tahu cara menukarkan password Wifi di rumah.
How To Change Unifi Password
Jadi, untuk post kali ini, saya akan berkongsi cara atau langkah-langkah untuk tukarkan password atau kata laluan Unifi - internet berkelajuan tinggi ini.
Langkah-Langkah Nak Tukar Password Unifi (Fiber) Di Rumah Untuk langkah awal, pastikan anda menggunakan modem atau routers jenis Huawei seperti ditunjukkan di bawah ini.
Semua modem/routers wifi ini menggunakan username dan juga password yang sama, anda akan memerlukan password ini untuk akses ke ruangan antaramuka menukar password wifi anda:
Cara Nak Check Orang Curi Guna Wifi Unifi Di Rumah
Ia diletakkan di bawah modem/routers anda seperti ditunjukkan di bawah ini. Apa yang anda nampak di bawah ini adalah info penting yang tertulis dengan jelas pada modem/router D-Link model DIR-842. Modem jenis ini adalah model standard yang akan diberikan kepada pelanggan TM Unifi 100Mbps.
Paparan di bawah akan keluar, dan pilih 'Wireless'. Jangan pilih internet, kerana itu adalah password ke servis atau perkhidmatan internet Unifi anda. Kalau anda silap tukar, kemungkinan besar, anda tidak akan dapat akses ke internet dan perlu mendapatkan bantuan technician daripada pihak TM.
Pada ruangan 'Password' tukar kepada password yang anda mahukan. Anda juga boleh tukarkan nama wifi anda (SSID) kepada nama yang anda mahukan. Saya syorkan tukar kedua-dua password untuk kedua-dua band tersebut.
Things To Do When You Got Your Unifi Wireless Router D Link Dir 615
Ada satu lagi cara nak sekat atau hadkan penggunaan Wifi Unifi di rumah. In Sha Allah, saya akan kongsikan di post yang lain memandangkan saya sedang bersiap untuk kursus di Ipoh. :)
Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!
Ada satu lagi cara nak sekat atau hadkan penggunaan Wifi Unifi di rumah. In Sha Allah, saya akan kongsikan di post yang lain memandangkan saya sedang bersiap untuk kursus di Ipoh. :)
Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!
Post a Comment for "cara nak tukar password unifi"