Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara setting jam azan

cara setting jam azan

Ramai dikalangan kita menang membeli tetapi kalah dalam penggunaan, dan seboleh-bolehnya biarlah kita menjadi win and win situation. Ok, jam ini paling banyak digunakan di surau-surau dan masjid, serta ada segelintir saja yang membeli untuk diletakkan dirumah.

Inilah gambar jam azan yang saya maksudkan, ia adalah buatan china yang menggunakan double side printed circuit board (pcb) serta menggunakan eeprom untuk menyimpan data.

KodSetting Jam Azan />

Jam ini menunjukkan Masa ( jam, minit ), Tarikh ( hari, bulan, tahun ) dan juga tarikh untuk mengikut kalendar Islam, Hari ( Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad ), Kod Bandar ( dity code ), Bacaan Suhu ( Celsius, Fahrenheit ), Masa solat ( Subuh, Syuruk, Dzuhur, Asar, Maghrib, Isya ).

Cara Pengaturan Jam Waktu Sholat

Seperti gambar yang di atas, terdapat enam button suis yang mempunyai fungsi mode, set, city, talking, up dan down untuk digunakan merekodkan data dalam sistem jam ini.

Pertama sekali, setkan masa jam mengikut masa sebenar mengikut negeri atau kawasan masing-masing. iaitu dengan menekan button (set) indicator jam akan berkelip dan kemudian tekan button (up) atau (down) untuk melaraskan masa.

Selepas menetukan masa untuk jam dan minit sekarang tekan button (up) atau (down) untuk menentukan waktu pagi (am) dan waktu petang/malam (pm).

Cara Setting Jam Digital Masjid Dengan Tombol, Remote, Android

Sekarang ni kita beralih pula kepada menetukan tarikh mengikut kalendar Islam atau kalendar Masihi. Untuk menentukan tarikh yang mana yang hendak digunakan, set kepada normal iaitu dalam keadaan tiada indication yang berkelip, hanya tekan button (up) untuk menukar dari kalendar Masihi kepada kalendar Islam dan begitu sebaliknya dari kalendar Islam ke kalendar Masihi. Apabila kalendar sudah ditukar semasa proses normal, dan sekiranya kita masuk ke proses setting ia tidak akan berudah kepada kalendar yang lain kerana sekarang untuk setting ia akan mengikut tarikh pada kalendar yang kita setkan pada keadaan normal. Maksudnya sekiranya keadaan normal kalendar Islam dan semasa proses setting, ia akan pergi ke kalendar Islam dan sekiranya kalendar Masihi pada keadaan normal maka semasa proses setting ia akan pergi ke kalendar Masihi.

* Harus diingat kalendar Masihi dan Kalendar Islam tidak akan synchronize, kerana ia harus di set secara manual dan maksudnya kalau anda menetukan tarikh untuk kalendar Masihi dan pada kalendar Islam ia tidak akan berubah secara auto mengikut betul-betul tarikh yang sepatutnya.

-

Selepas menukarkan hari, bulan dan kemudian tekan button (set) sekali lagi untuk beralih menentukan tahun. Untuk indication hari dibawah ia berubah secara auto, ianya bergantung kepada tarikh yang telah disetkan dan LED akan menyala menunjukkan hari dalam seminggu.

Cara Setting Jam Azan

Ok, sekarang ni untuk city code, sekarang ni tekan button (city) dan LED code akan berkelip bermula dari belakang kod tersebut. Tetapi disini saya setkan kod bandar mengikut masa yang terdekat dangan waktu solat dengan berpandukan takwim atau jadual waktu solat mengikut tempat masing-masing. Sekarang ni saya menetukan masa jam ini mengikut takwim untuk negeri kedah bagi zon 2. Selepas city code di set mengikut masa yang hampir sama dengan kawasan dengan berpandukan takwim, memang masa tidak sama tetapi yang penting pastikan masa syuruk iaitu matahari terbit dari paparan jam sama dengan takwim agak-agak sama dan kalau tidak sama pun kemungkinan berbeza diantara (+) atau (-). Maksud saya sekiranya paparan waktu syuruk didalam jam selepas menekan kod adalah 7.20 am tetapi dalam takwim menunjukkan 7.16 am, memang masa tidak akan dapat tepat kerana ia harus di set pula nanti pada masa itu sendiri nanti.

Masih dalam setting untuk masa solat, selepas kita menetapkan city code tadi. Sekarang ni tekan button (set) sehingga LED berkelip pada bahagian waktu solat seperti gambar diatas, untuk setting masa ini LED yang menunjukkan masa jam tidak akan menyala kerana sekarang ini hanya LED bahagian minit sahaja yang akan menyala iaitu bermula dari ( __:00 ). Bermula dengan masa Alfajar iaitu subuh, sekarang ni LED berkelip dan tekan button (up) untuk tambah minit atau tekan button (down) untuk menolak masa sebenar yang ada. Sekiranya, semasa setting city code tadi subuh menunjukkan 5.49 am dan mengikut waktu yang ada pada takwim ia seharusnya 5.52 am, ini bermaksud tekan button (up) sehingga mendapatkan bacaan sebenar kepada 5.52 am. Dan sekiranya masa tadi 5.49 am, tetapi pada takwim sepatutnya 5.40 am maka ini bermakna nilai minit kena dikurangkan dengan menekan button (down) sehingga mendapat nilai 5.40 am dari nilai asal tadi ialah 5.49 am. Perlu diingat sekiranya menekan button (down) ini bermaksud kita menolak masa yang sedia ada dan LED tersebut akan memaparkan nombor dengan simbol ( tolak / - ) iaitu seperti ini ( _-:12) dan indication ini menunjukkan nilai sekarang ialah -12.

-

Setelah selesai menetukan semua masa mengikut takwim, maka akan terpapar setting seperti diatas. Disini hanya ada semua dalam nilai tambah tiada nilai tolak kerana saya mengikut masa dalam jadual takwim di negeri kedah untuk zon 2.

Jenis Kerusakan Jam Digital Masjid & Cara Memperbaikinya

Setelah selesai setting minit untuk masa tadi dengan menambah nilai minit atau menolak, sekarang ni kita beralih pula kepada masa azan dan sistem bunyi. Sekiranya kita tidak menetukan masa azan, jam ini akan mengeluarkan bunyi azan pada setiap semua setting. Tetapi sekiranya kita tidak menetukan masa bila ia harus azan atau tidak, maka pada waktu syuruk jam ini pun akan mengeluarkan bunyi azan pada masa matahari terbit. Jadi untuk mengelakkan jam ini mengeluarkan bunyi azan pada masa syuruk kita harus menutup setting untuk bunyi pada masa tersebut.

Sperti gambar diatas saya tandakan petak, kenapa ada diantara double dot tersebut menyala atau tidak ini menunjukkan masa bila jam harus mengeluarkan bunyi azan atau tidak. Untuk double dot yang menyala ini menandakan masa ini, apabila sampai waktu pada masa tersebut, jam ini akan mengeluarkan bunyi azan dan sekiranya double dot tidak menyala dan apabila masa sudah sampai pada masa yang ditentukan ia tidak akan mengeluarkan bunyi azan.

Zon

Tetapi sekarang ni berbeza dari setting tadi, sekarang ni tekan button mode sampai LED berkelip pada waktu solat seperti gambar diatas dan sekarang ni tekan button (up) atau (down) untuk mengaktifkan LED untuk double dot pada masa tersebut. tekan button (mode) sekali lagi untuk beralih kepada masa yang seterusnya.

Promo Rm307 Jam Azan Digital Warranty 2 Tahun Promas Kaabah Malam, Furniture & Home Living, Home Decor, Clocks On Carousell

Setelah selesai menetukan masa solat tadi dan penerangan terakhir saya ialah untuk menetukan paparan suhu dari Celsius kepada Fahrenheit hanya menekan button (down) pada keadaan normal dan indication akan berubah. Untuk menutup suara hanya menekan button (talking) dan suara akan hilang dan button ini juga digunakan untuk menguji sama ada jam boleh mengeluarkan bunyi atau tidak hanya menekan button (talking) pada keadaan biasa.

Sekiranya ada yang menggunakan jam azan seperti ini, bolehlah gunakan artikel ini sebagai panduan dan untuk jenis dan model yang lain insyaallah ianya bergantung kepada pengeluar dan untuk jam jenis ini ia hanya menggunakan 3 nombor kod dan ada jenis yang lain ada yang menggunakan 4 code.

-

Saya hanya ingin berkongsi ini kepada semua, supaya pengalaman dan pengetahuan ini dapat kita kongsikan bersama. Insyaallah sekiranya ada kebaikan ianya datang dari Allah dan sekiranya ada keburukan ia dari kelemahan diri saya.

Crony Az1066d 1 Double Row Azan Clock & Clock Islamic Azan Wall Clock

Post a Comment for "cara setting jam azan"