cara siang ketam nipah
Nak siang ketam nipah ada caranya. Silap langkah boleh rugi tau Mama. Ya lah nanti terbuang bahagian-bahagian penting pula. Kaedah membersihkan makanan laut bercengkerang ini berbeza-beza tau Mama.
Antara soalan popular ialah tentang bagaimana nak bezakan telur ketam dengan isi perutnya yang berwarna kuning. Itu mudah, isi perut ketam yang perlu dibuang ialah yang berwarna kuning berlendir manakala telurnya berwarna jingga gelap.
Nipah%2BDengan%2BMudah%2BDan%2BCepat.jpg?strip=all alt= - Cara Siang Ketam Nipah />
Ada dua cara mematikan ketam pertama dengan meletakkannya di dalam peti sejuk beku selama satu jam. Cara kedua lebih cepat prosesnya iaitu menusukkan pisau di bahagian tengah ketam tersebut.
Cara Siang Ketam
Terbalikkan ketam dan buang bahagian bawahnya. Jika Mama sedang menyiang ketam betina, bahagian ini selalunya terdapat telur ketam. Jangan terus buang ya, sebaliknya simpan supaya boleh dimasak bersama-sama nanti.
Apabila Mama telah membuka cengkerang ketam, akan kelihatan pepejal berwarna kuning. Pepejal tersebut diselaputi dengan lendir tidak berwarna. Kita hanya perlu buangkan pepejal yang berwarna kuning sahaja.
Di bahagian badannya pun terdapat pepejal kuning dan lendiran. Menggunakan kaedah yang sama, bersihkan dan buang pepejal kuning dari badan ketam nipah.
Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap
Di bahagian kiri dan kanan badan ketam ada insang yang Mama perlu buangkan. Langkah ini tidak memerlukan gunting kerana insang ketam lembut dan mudah ditarik keluar.
Memandangkan penyepit ketam nipah agak besar dari ketam bunga, Mama ambil sebilah pisau dan potong kedua-dua penyepitnya. Namun begitu jika Mama lebih suka ketam dimasak dengan penyepit yang masih bersambung pun tak ada masalah.
Bagi memudahkan proses mengupas ketika makan nanti, Mama ketukkan penyepit dengan belakang pisau. Bentuk retakkannya akan lebih kemas jika menggunakan kaedah ini.
Cara Siang Ketam Nipah 'step By Step' Yang Betul Dan Tak Leceh (2023)
Boleh juga, cuma Mama Siti bimbang nanti kulit keras penyepit itu terkupas kepada bahagian kecil semasa proses memasak. Bahaya pula kalau tertelan nanti.
Selepas semuanya selesai dibersihkan, kini tibalah masa kita belah ketam nipah kepada dua bahagian. Gunakan pisau tajam dan belah di bahagian tengah.
Paling penting Mama kena ingat telur ketam nipah warna jingga gelap. Telur ketam sedap dimakan tau, sayang kalau buang. Harap-harap artikel ini membantu Mama siang ketam selepas ini ya.CARA NAK MATIKAN KETAM NIPAH DENGAN MUDAH DAN CEPAT | Bagi korang yang selalu beli dan makan ketam nipah ni, tentu pening gak kepala kan, dan terfikir macam mana nak matikan ketam nipah tu dengan mudah dan cepat. Ye laaa kalau beli nak terus masak, kenalah tau cara nak matikannya dengan cepat, supaya bila dah mati, dah boleh masaknya.
Kenali Ketam Nipah!!
Kalau tak mati, jangan buat keje gile nak bukak tali tu dan masak, ada kang belum sempat ko makan ketam tu, ketam tu makan jari ko dulu oii...tengok je laa sepit dia yang besar tu, ngeri wooo...tu pun dah kena ikat, kemain aktif semua kakinya, tergedik-gedik bergerak kalau di lepaskan...
Ketam nipah ni kami sekeluarga memang suka, Suami kalau dapat je info kawannya bagitau ada ketam nipah ni, terus booking sampai 3/4 kilo kadang. Dan kelmarin Suami booking 5 kilo, 2 kilo saiz besar dan 3 kilo saiz kecik.
Harga pun ikut saiz, kalau yang besar RM 50 sekilo, yang kecik RM38 tak silap, tapi tu harga yang kawan Suami tawarkan laaa, kalau di pasar atau di luar, Sis tak tau, mungkin berbeza atau lebih mahal barangkali. Yang ini sebab kawan mancingnya Suami yang jual, so dapat lee harga yang ramai kata berbaloi. Puashati beli, fresh!.
Ketam Masak Blackpepper
Sebenarnya dah banyak cara yang Sis cuba buat dan ikut tau. Apa je orang ajar Sis cuba buat, sebab memang Sis selalu berdepan dengan masaalah ni. Pernah sekali cuba, katanya letak ais dalam air baldi, kemudian letak air dalam baldi, biarkan sekejap ketam tu dalam ais, nanti dia akan mati.
Ermm memang dia mati, tapi amik masa yang lamaa sangat. Kalau korang nak buat, korang buat pagi, so nanti tengah hari ketam tu dah mati, lama kannn...Kemudian Sis cuba plak katanya tabur garam atas ketam tu...yang ni kelakar, sebab selepas Sis tabur garam atas ketam tu, mak aiiii lagi aktif ketam tu oiiii....memang memekak dia dalam besen hahahaha...
Apalagi, Sis amik jalan mudah, Sis cuci balik garam tu, kemudian Sis masuk semua ketam dalam kukus dan kukuskannya hahahaha memang le mampos semuanya, sebab dah kena masak hahahaha..tapi masak tanpa membersihkan bahagian dalam ketam tu, so tak berapa syokk ar kann...
My Life Through Your Lens: Masak Kari Ketam Nipah Yang Sedap
Dan akhirnya Sis terjumpa cara macam mana nak matikan ketam nipah ni dengan mudah dan cepat sangat! Dan ternyata sangat senang dan betul...cepat gile dia mati hahahahaha.
Kemudian, korang angkat 'kelepet' tengah belakang ketam tu. Kelepet tu (cuba tengok gambar no-2 di atas) yang selalu kita tengok samaada ketam tu jantan atau betina, haaa kelepet tu ler..
Tak sampai pun 5 minit, dia akan mati. Bila dah mati, barulah korang bukak tali tu ya. Kalau belum mati jangan bukak, kang ilang jari ko hahahaha.
Moh Masak: Ketam Oooo Ketam
Yang gelihatinya tu kan, ada yang Sis perhatikan, bila Sis cucuk aje badan ketam tu, ada yang tiba-tiba, kakinya tanggal terus ko, ada yang tak. Rasa Sis yang kakinya tertanggal tu, mungkin dia mati mengejut, ibarat kena serangan jantung hahahahaha...
Bila ko buat macam ni kan, senang nak kopek dan cuci ketam tu tau, lagi mudah nak bersihkannya. Bila dah bersih, apalagi..jom le memasak hehehehe..
Ikut plan asal nak masak ketam black pepper, tiba-tiba, Suami kata masak Chili Crab plak, so anak-anak pun suka, maka terjadilah menu Chili Crab kami semalam. Alhamdulilah, masak 6 ekor saiz besar, kerat dua, makan sekali hadap aje, tanpa meninggalkan sisa, sampai kuahnya tu Suami amik roti cecah makan, perghh sedap sangat ke Ayahnya...hehehehe..
Petua/cara Mematikan Ketam Nipah
Call Me Sis Lin | Married | MoM of 3 | Housewife | Fulltime Blogger since 2008 . FAQ Kindly Email : linmdnoor[at]gmail[dot]com
Post a Comment for "cara siang ketam nipah"