cara simpan duit gaji
Simpan dulu keingian untuk membeli belah kecuali barangan keperluan saja. Inilah masanya untuk kita menggunakan wang yang ada secara berhemah selepas menerima gaji bulanan.
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Cara Simpan Duit Walaupun Gaji Kecil, Setahun Boleh Dapat Rm3000
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Simpan Rm20 & Rm5, Setahun Dapat Rm10,000
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Artikel Berkaitan:Gaji RM700 Sara 9 Sekeluarga, Tapi Sebab Bersyukur Rezeki Tak Pernah Putus” – Siti Nurhaliza Kenang Zaman Susah Bersama Arwah Ayah
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Cara Simpan Duit Gaji, Formula Urus Duit Gaji Dengan Berkesan
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Bayar Deposit Rumah Dengan 6 Cara Simpan Duit Mudah Ini!
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Laung azan dengan suara lunak dan unik. ‘Ramai ingat orang muda, rupanya bilal berusia 81 tahun.’ Begitulah kurniaan Allah buat lelaki tua ini sehingga...

Post a Comment for "cara simpan duit gaji"