cara jamin isteri warga asing
APA KATA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA?..... Bandingkan maklumat yang diberi oleh JPN (dalam satu kes lain) dengan maklumat yang terdapat dalam kes di sini. Kesimpulannya terletak pada budi bicara anda sendiri..
SOALAN: Nak tanya mngenai permohonan mykad. Saya kini berusia 20 tahun. Menetap di Malaysia. Tetapi saya belum mempunyai mykad dan sampai hari ini saya masih menggunakan Sijil Lahir. Segala pentadbiran sekolah saya sehingga ke Tingkatan 6 hanya menggunakan Sijil Lahir.
Warga Asing />
Bapa saya pemegang mykad tetapi ibu saya tidak memiliki mykad sebab ibu saya warga Indonesia yang sudah menetap selama lebih 20 tahun di Sabah. Saya lahir di Hospital Keningau Sabah pada tahun 1991.
Cadang Suami Isteri Hadiri Semula Kursus Kahwin Elak Cerai
Saya cuba memohon mykad tetapi saya takut kerana dalam Sijil Lahir saya itu nama bapa saya tidak sama dengan nama yang tertera dalam mykad dia. Apa yang perlu saya lakukan untuk memohon mykad? Adakah saya layak untuk memohon walaupun ibu saya tidak mempunyai mykad? Mohon balas.
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA: Taraf kewarganegaraan adalah ditentukan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa yang telah direkodkan semasa kelahiran tuan berlaku. Sekiranya nama bapa tidak dimasukkan ke dalam Sijil Lahir, taraf kewarganegaraan anak akan ditentukan oleh taraf kewarganegaraan ibu. JPN tidak mengeluarkan apa-apa dokumen bagi warga asing. Sekian harap maklum.
SOALAN: Jadi sekarang ni saya bukan warganegara? Sebab semasa saya lahir bapa saya belum memiliki mykad. Hanya selepas 23 tahun kemudian baru lah bapa saya memperolehi mykad dari JPN.
Dokumen Visa Umrah
Memegang sijil lahir bukan bermakna seseorang itu adalah warganegara Malaysia. Sijil Kelahiran hanya dikeluarkan sebagai bukti kelahirannya berlaku di Malaysia. Taraf kewarganegaraan adalah ditentukan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa dalam sijil kelahiran tersebut.
SOALAN: Jadi apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat kewarganegaraan? Sia-sia lah saya belajar sehingga ke Tingkatan 6 kalau saya bukan rakyat Malaysia.
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA: Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan tanpa mengira taraf Warganegara ibu atau bapa orang itu. Namun begitu, apabila seseorang itu lahir di Malaysia dan memiliki Sijil Kelahiran negara ini, ianya tidak bererti orang itu akan mendapat taraf Warganegara Malaysia.
Lelaki Rohingya Didakwa Rogol Remaja Perempuan [metrotv]
Taraf kewarganegaraan seseorang itu adalah berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibubapa kandung orang itu semasa kelahiran tersebut berlaku serta taraf perkahwinan ibubapanya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
Bagi seseorang warganegara asing yang berhasrat untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan.
Bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, bermaksud seseorang itu perlu terlebih dahulu bermastautin tetap di Malaysia bagi tempoh yang semuanya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebelum sahaja tarikh permohonan itu di buat iaitu genap 12 tahun dari tarikh cop bujur di Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sepertimana yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah Perkara 19(3) Perlembagaan Persekutuan.
Tutorial Sistem Online
Dimaklumkan juga bahawa memenuhi syarat-syarat tersebut adalah hanya bagi melayakkan permohonan taraf Kewarganegaraan tuan dibuat. Ianya bukanlah bermakna permohonan tersebut mesti diluluskan kerana taraf kewarganegaraan adalah merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia dan ianya bukanlah hak yang mesti diperolehi oleh seseorang yang memohon Warganegara.
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA: Taraf kewarganegaraan anak adalah berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa semasa kelahiran terseut berlaku. Sekirannya tuan atau isteri tuan adalah warganegara semasa kelahiran anak tuan berlaku, maka anak tuan adalah warganegara.
SOALAN:Saya memegang Sijil Kelahiran Bukan Warganegara adakah saya boleh terus menetap di Malaysia ataupun memohon sebarang status kewarganegaraan kerana orang tua saya sudah bercerai. Ibu saya telah kembali ke negara asalnya sejak saya kecil lagi dan saya tidak mahu menjadi orang asing di Malaysia. Ayah saya adalah warganegara malaysia tapi malangnya saya tidak tahu di mana dia berada. Kini saya berumur 20an dan saya sentiasa dalam ketakutan ditangkap oleh pihak berkuasa.
Kahwin Warga Asing: Syarat Imigresen Bolos
SOALAN: Permasalahannya sekarang saya sebatang kara dan saya ingin terus menetap di Malaysia secara sah dan memiliki dokumen yang sah kerana dengan memegang Sijil Kelahiran Berwarna Pink itu bukan tiket saya untuk terus menetap di sini dan saya bakal berkahwin dengan seorang wanita berstatus Warganegara. Adakah dia boleh menjamin saya?
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA: Untuk makluman tuan, warga asing (lelaki) yang berkahwin dengan dengan warga Malaysia (perempuan) tiada kelayakkan memohon taraf kewarganegaraan. Tuan hendaklah memohon passport negara asal tuan (negara asal ibu) dan masuk ke Malaysia menggunakan dokumen perjalanan negara tersebut. Selepas itu baru, tuan layak mohon taraf penduduk tetap. Harap maklum.
SOALAN: Bagaimana pula kalau saya seorang perempuan dan saya langsung tidak tahu berbahasa Filipino adakah saya perlu juga kembali ke negara ibu saya untuk mendapatkan passport?
Didakwa Perdagang 35 Wanita Warga Asing
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA: Bagi warga asing yang berhasrat untuk bermastautin di Malaysia, hendaklah memegang dokumen perjalanan negara asal terlebih dahulu sebelum masuk ke Malaysia.
Pemberian sijil lahir kepada anak warga asing yang lahir di Sabah bukan pengesahan sebagai warganegara, kata Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendafataran Negara (JPN) Sabah Jainisah Mohd Noor. Ramai yang menganggap anak warga asing yang memiliki sijil lahir JPN mendapat taraf warganegara secara automatik. Sebenarnya, ini tidak tepat. Sijil lahir yang diberikan sebenarnya tidak mengiktiraf anak warga asing sebagai warganegara. Tetapi sijil itu hanya sebagai akuan anak tersebut dilahirkan di negara ini.
Post a Comment for "cara jamin isteri warga asing"