Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara kira kelayakan loan rumah

cara kira kelayakan loan rumah

Salah satu perkara yang membuatkan ramai bakal pembeli rumah pening adalah berkenaan cara mengira jumlah kelayakan pinjaman rumah oleh pihak bank. Ada institusi bank yang kata loan rumah anda lulus dan ada yang kata tidak. Malah yang lebih memeningkan lagi adalah diri anda sendiri selaku bakal pembeli rumah. Anda banyak bertanya kalau gaji anda RM1500 bolehkah anda beli rumah. Kalau gaji anda RM2000, RM2500, RM3000 atau lebih dan sekian dan sekian. Adalah terlebih elok kalau anda sendiri belajar untuk ketahui bagaimanakah pihak bank membuat kira kira dan akhir sekali membuat keputusan samada permohonan rumah anda lulus atau tidak. Berminat?

Ada 2 perkara yang WAJIB anda ketahui dahulu iaitu DSR dan juga NDI. Selepas anda ambil tahu akan 2 perkara ini, anda akan mendapat gambaran macam mana permohonan pinjaman rumah anda dikira oleh pihak bank dan anda akan dapat tahu gambaran kasar samada loan rumah anda akan diluluskan ataupun tidak. Saya harap anda luangkan masa sebentar untuk membaca dengan teliti dan cuba fahami akan konsep kiraan jumlah kelayakan pinjaman rumah oleh setiap bank ini.

CaraRumah - Cara Kira Kelayakan Loan Rumah />

Apa Itu DSR – Ianya bermaksud “Debt-Service Ratio” yang bermaksud nisbah hutang yang layak anda tanggung terhadap gaji bersih anda. Gaji atau pendapatan bersih adalah gaji yang selepas di tolak EPF, SOCCO, Zakat dan juga Cukai Pendapatan. Setiap bank menggunakan kiraan DSR yang sedikit berbeza bagi mendapatkan gambaran kedudukan kewangan semasa anda. Secara kasar (umumnya), pihak bank menggunakan DSR 60% untuk gaji bersih bawah RM3000 dan DSR 70%-80% untuk gaji bersih atas RM3000.

Cara Kira Kelayakan Beli Rumah (formula Dsr)

Macam mana kiraan DSR di lakukan? Katakan gaji kasar anda adalah RM3500 sebulan. Dan anda perlu tolak kwsp, socco dan juga tax. Katakan kwsp, socco dan juga cukai setiap bulan ditolak sebanyak RM450. Maka gaji bersih anda adalah RM3500 – RM450 = RM3050. Anda yang bergaji bersih RM3000 ke atas akan menggunaakan kiraan DSR sebanyak 70%. Maka kiraan DSR adalah seperti ini iaitu [ DSR x Gaji Bersih = 70% x RM3050 = RM2135 ].

Seperti yang saya terangkan berkenaan apa itu DSR di atas tadi iaitu ianya bermaksud nisbah hutang yang layak anda tanggung terhadap gaji bersih anda. Selepas kiraan DSR dilakukan, maka ianya menunjukkan nilai DSR anda adalah RM2135. Ini bermaksud jumlah hutang yang layak anda tanggung berdasarkan gaji bersih semasa anda adalah sebanyak RM2135 SAHAJA. Jelas?

Sekarang cuba kira berapakah jumlah hutang semasa anda kalau dicampurkan dengan hutang baru iaitu loan pinjaman rumah. Adakah ianya melebihi RM2135 atau tidak. Kalau lebih, maka permohonan loan rumah anda akan gagal iaitu di reject. Kalau masih belum melebihi RM2135, insyaallah permohonan loan rumah anda akan diluluskan. Sebenarnya apakah senarai pinjaman hutang yang dianggap sebagai komitmen bulanan oleh pihak bank?

-

Cara Kira Dsr & Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank

Katakan anda mahu membeli rumah yang berharga RM200K. Dan bayaran ansuran bulanan rumah tersebut adalah sebanyak RM1000 sebulan. Anda ada pinjaman kenderaan iaitu sebanyak RM500 sebulan dan juga mempunyai pinjaman personal loan yang anda kena bayar sebanyak RM500 sebulan. Kalau dicampur semua ini, maka komitmen hutang yang perlu anda tanggung adalah sebanyak RM500 + RM500 = RM1000 sebulan (HUTANG). Sedangkan DSR maksimum yang anda layak adalah RM2135. Maka permohonan pinjaman loan baru untuk beli rumah anda ini akan lulus. Yang penting jumlah komitmen lama dengan yang baharu tidak melebihi DSR yang ditetapkan, maka peluang untuk permohonan loan rumah anda yang baharu akan mudah lulus. Jelas?

Sekarang anda sudah tahu bagaimana pihak bank membuat kira kira tentang jumlah kelayakan pinjaman rumah yang anda pohon kepada pihak bank. Jadi anda sendiri akan tahu sebab apakah pemohonan pinjaman loan rumah anda diluluskan ataupun tidak kerana faktor DSR ini. Tetapi tahukah anda, selepas kiraan DSR dilakukan dan anda dikira layak (lepas) untuk mendapat pinjaman perumahan dari pihak bank. Ada kalanya juga permohonan anda akan di tolak. Kerana apa? Kerana anda GAGAL DALAM NDI pula. Jadi apa itu NDI?

Langkah

Apa Itu NDI – ianya bermaksud “Net Disposable Income”. Secara ringkas ianya bermaksud lebihan wang selepas ke semua hutang pinjaman anda di tolak. Bank hendak melihat berapakah wang yang tinggal untuk anda makan minum kos sara hidup keluarga anda. Bank mahu tahu wang baki yang anda ada untuk menampung kos sara hidup anda. Setiap bank ada tetapan jumlah NDI yang anda perlu patuhi berdasarkan anda tinggal di mana seperti Bandar atau Luar Bandar.

Cara Semak Kelayakan Beli Rumah Secara Online

Kalau mengikut kiraan DSR di atas tadi adalah RM2135 betul? Hutang anda selepas dicampurkan dengan pinjaman rumah yang baru adalah menjadi RM2000 sebulan betul? Sedangkan gaji bersih anda tadi adalah RM3050 betul. Jadi lebihan wang selepas ditolak semua hutang adalah RM3050 – RM2000 = RM1050 (NDI).

Cara

Kita ambil contoh Maybank. Pihak Maybank menetapkan NDI anda perlukah RM1300 untuk Bandar dan RM1000 untuk luar bandar. NDI bermaksud lebihan wang betul? Kalau mengikut kiraan di atas, lebihan wang anda adalah RM1050 betul? Kalau gunapakai konsep NDI, jika anda tinggal di bandar, ada kemungkinan permohonan loan rumah anda akan gagal. Ini kerana bank melihat agak sukar untuk anda hidup dibandar selepas anda mempunyai baki RM1050 selepas membuat loan rumah dengan pihak mereka. Kalau anda tinggal luar bandar, maka permohonan loan rumah anda akan diluluskan. Jelas?

Saya telah kongsikan jadual DSR dan juga NDI untuk rujukan anda supaya anda mudah untuk membuat kiraan jumlah kelayakan pinjaman rumah samada lulus ataupun tidak. Selepas ini saya harap anda tidaklah pening pening lagi kenapa permohonan pinjaman rumah anda ditolak oleh pihak bank. Dan anda kini boleh merancang kewangan anda dari sekarang sekiranya anda berhajat untuk membeli rumah pertama dan juga rumah yang seterusnya. Ada apa persoalan sila kemukakan melalui ruangan komen di bawah ini. Bye

Contoh

Panduan Membeli Rumah Mengikut Kadar Gaji

*Maklumat data ini mungkin tidak tepat 100%. Maklumat terkini berkenaan DSR dan NDI sila semak dan rujuk kepada bank untuk info data yang lebih tepat. Perkongsian di atas sebagai rujukan sahaja…

Blog Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di moham29577@yahoo.com. Sekian

Post a Comment for "cara kira kelayakan loan rumah"