Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara isteri tuntut cerai

cara isteri tuntut cerai

Pernikahan adalah ikatan perjanjian atau akad antara seorang lelaki dan wali perempuan yang kerananya hubungan lelaki dan perempuan ini menjadi halal sebagai pasangan suami isteri. Jika keluarga yang dibentuk dilandasi oleh asas yang kukuh iaitu akidah Islam, diiringi dengan niat, cara, dan proses pernikahan yang sesuai dengan syariat Islam, maka restu akan menjadi doa dari semua yang menyaksikan ikatan tersebut. Oleh kerana itu, sakinah, mawaddah, wa rahmah dengan izin Allah akan dicapai.

Hanya saja, memang pernikahan tidak selalu berjalan sesuai harapan, kadang ada kerikil-kerikil atau batu sandungan menerpa. Tidak sedikit keluarga yang mengalami ketidakharmonian bahkan goyah akibat himpitan ekonomi dan krisis hingga keluarga tidak dapat lagi diharapkan menjadi benteng perlindungan dan tempat kembali yang paling diidamkan.

WahaiTuntut Cerai />

Apa yang berlaku adalah rumah tangga yang berantakan dan penuh dengan kebencian. Seorang isteri merasa sangat dikawal oleh suaminya, sebaliknya, di sisi lain, sang suami merasa tidak dihargai oleh isterinya. Jika keadaannya seperti ini, sukar untuk diharapkan terwujudnya kehidupan rumah tangga yang harmoni.

Isteri Tuntut Cerai Kerana Si Suami Cintakannya Lebih Dari Ibu Kandung Sendiri

Tidak dimungkiri bahawa dalam jalinan pernikahan akan terlihat dengan jelas fizik dan akhlak kedua belah pihak oleh pasangannya tanpa dapat ditutup-tutupi. Semua ini pada akhirnya dapat mengantarkan kepada rasa cinta atau bahkan sebaliknya muncul rasa tidak suka.

Keduanya dapat makin dekat atau justeru malah makin menjauh. Berdasarkan rasa tersebut, timbul keinginan kuat untuk tetap menjaga kelanggengan hubungan nikah atau sebaliknya, terbetik keinginan untuk mengakhirinya.

Memang ujian yang datang setelah pernikahan merupakan ujian yang perlu dihadapi dengan kematangan sikap dan kematangan berfikir. Idealnya mesti dihadapi dengan hati dan fikiran yang terbuka, sentiasa berperasangka baik terhadap pasangan.

Isteri Minta Fasakh, Suami Tuntut Rm50,000 Tebus Talak, Ini Pula Jawapan Hakim

Oleh kerana itu, dalam pandangan Islam mempertahankan sebuah pernikahan merupakan perkara yang dianjurkan syariat. Lalu, bagaimana jika memang perpisahan yang menjadi pilihan? Bagaimana rambu-rambunya menurut Islam? Bolehkah seorang isteri meminta untuk berpisah daripada suami?

Syariat Islam memang tidak melarang perpisahan dalam perkahwinan manakala hidup bersama menjadi suatu kemudaratan disebabkan adanya pertikaian yang tidak mungkin dapat diselelsaikan dengan harmoni atau adanya kezaliman yang mengkhuatirkan tidak tertunai hak-hak yang sepatutnya dengan wajar.

Memang, perceraian bukan merupakan hal yang dilarang dalam Islam, sekalipun ia merupakan perkara yang dibenci Allah SWT.. Sabda Nabi SAW., “Allah tidak menjadikan sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak.” Dan hadis lain, “Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah dialah talak.” (HR Abu Dawud).

Isteri Asyik Tuntut Cerai

Pada masa Rasulullah pun ada seorang perempuan yang minta cerai daripada suaminya dan diizinkan oleh Rasulullah. “Isteri Tsabit bin Qais bin Syammas mendatangi Nabi SAW. seraya berkata, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak membenci Tsabit dalam agama dan akhlaknya. Aku hanya takut kufur.’”

Maka Rasulullah SAW. bersabda, “Mahukah kamu mengembalikan kebun miliknya kepadanya?”Dia menjawab, “Ya, ” maka dia mengembalikan kepadanya dan Rasulullah SAW. memerintahkannya, dan Tsabit pun menceraikannya.” (HR Al-Bukhari)

Telah kita fahami bahawa memilih untuk bercerai atau menjatuhkan talak merupakan hak suami. Adapun isteri tidak dapat menceraikan atau menjatuhkan talak kepada suaminya. Namun, kita seringkali mendengar isteri meminta atau menuntut bercerai daripada suaminya. Bagaimanakah Islam menjelaskan masalah ini?

Suami Tidak Beri Nafkah, Isteri Tuntut Fasakh?

Sesungguhnya telah datang hadis Rasulullah SAW. yang berisi ancaman yang keras dari Sang Pembuat syariat terhadap isteri yang menuntut lepas dari ikatan nikah tanpa alasan yang diperbolehkan. Dari Tsauban, dia berkata bahawa Rasulullah SAW. bersabda,

Haram mencium wanginya syurga di akhirat kelak, itulah hukuman yang akan diberikan kepada seorang isteri. Ini ertinya dia tidak akan dapat mencium bau wangi syurga di akhirat kelak, padahal syurga itu sangat harum dan wanginya dapat tercium dari jarak yang sangat jauh. Apabila ini berlaku,  sangatlah rugi orang yang diharamkan mencium aroma wangi syurga nan semerbak. Nauzubillahi min zalika.

Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Kedatangan berita yang berisi tarhib (menakut-nakuti atau mengancam) isteri yang minta cerai dari suaminya, dibawa kepada keadaan yang si isteri minta cerai tanpa ada sebab yang menuntut hal tersebut.” (Fathul Bari, 9/314)

Ingat Boleh Bercinta Selepas Kahwin Tapi Tidak. Apa Yang Terjadi Sangat Sedih Sampai Isteri Minta Cerai

Lalu apakah yang dimaksud dengan ‘alasan yang tidak diperkenankan’ seperti tersebut dalam hadis, مَا بَأْسٍ غَيْرِ مِنْ? Iaitu, si isteri meminta cerai bukan kerana dia berada dalam suatu kesempitan atau kesulitan yang sangat, yang memaksanya untuk meminta berpisah. (Tuhfah al-Ahwazi, Kitab ath-Thalaq, Bab “Ma Ja’a fi al-Mukhtali’at”). Misalnya, dia tidak sanggup hidup dan bersabar bersama suaminya kerana fizikal atau akhlak suami yang sangat buruk dan sangat sukar pula untuk diperbaiki.

Isteri

“Sesungguhnya wanita-wanita yang melepaskan dirinya dan memberikan harta kepada suaminya agar diceraikan, mereka adalah orang-orang munafik.” (HR Thabrani dalam Al Kabir, dalam Shahihul Jami‘)

Yang dimaksud al-mukhtali’at adalah isteri yang minta khuluk dan minta cerai daripada suami tanpa alasan yang diperkenankan. Mereka dikatakan munafik, yakni bermaksiat secara batin dan menampakkan ketaatan secara zahir. Ath-Thibi rahimahullah mengatakan bahawa ucapan ini merupakan bentuk mubalaghah, yang sangat ditekankan dari berbuat demikian. (Tuhfatul Ahwadzi)

Hukum Isteri Minta Cerai. Boleh Atau Tidak?

Ibnu Qudamah rahimahullah berkata, “Hal ini menunjukkan haramnya meminta khuluk tanpa ada keperluan kerana akan memudaratkan suaminya, serta menghilangkan maslahat nikah tanpa ada keperluan.” (Al-Mughni)

Dalam pembahasan khuluk, sesungguhnya Islam telah memberikan penjelasan. Khuluk adalah apabila seorang isteri melepaskan diri daripada suaminya kerana keinginan si isteri, dengan memberi semacam tebusan kepada suaminya. Khuluk ini diperbolehkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah sekiranya ada sebab. Dalam Al-Quran, kita dapati penyebutannya dalam ayat berikut,

وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ اَنْ تَأْخُذُوْا مِمَّآ اٰتَيْتُمُوْهُنَّ شَيْـًٔا اِلَّآ اَنْ يَّخَافَآ اَلَّا يُقِيْمَا حُدُوْدَ اللّٰهِ ۗ فَاِنْ خِفْتُمْ اَلَّا يُقِيْمَا حُدُوْدَ اللّٰهِ ۙ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيْمَا افْتَدَتْ بِهٖ ۗ تِلْكَ حُدُوْدُ اللّٰهِ فَلَا تَعْتَدُوْهَا ۚ

Isteri Yang Diharamkan Mencium Bau Syurga

“Tidak halal bagi kamu mengambil kembali sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali keduanya (suami dan isteri) khuatir tidak mampu menjalankan hukum-hukum Allah. Jika kamu (wali) khuatir bahawa keduanya tidak mampu menjalankan hukum-hukum Allah, maka keduanya tidak berdosa atas bayaran yang (wajib) diberikan (oleh isteri) untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya.” [TMQ Al-Baqarah (2): 229]

Syeikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan hafizhahullah menyatakan bahawa, “Khuluk hukumnya mubah (dibolehkan) bila terkumpul sebab-sebabnya yang diisyaratkan dalam ayat yang mulia, iaitu kekhuatiran sepasang suami isteri apabila keduanya mempertahankan pernikahan, nescaya keduanya tidak dapat menegakkan hudud/batasan yang Allah SWT. tetapkan. Apabila tidak ada keperluan untuk khuluk, maka dibenci, bahkan haram menurut sebahagian ulama berdasarkan hadis ini.”

Jika

Ibnu Qudamah al-Maqdisi rahimahullah berkata, “Apabila suami menyusahkan isterinya dan memudaratkannya dengan pukulan, menyempitkannya, menahan hak-haknya berupa nafkah, pembahagian giliran (apabila suami punya isteri yang lain), dan seumpamanya; dengan tujuan agar si isteri menebus dirinya dan si isteri memang melakukannya, maka khuluk seperti ini batil dan tebusan yang diberikan tertolak.” (Al-Mughni)

Manual Borang Perceraian

Pensyariatan tebusan daripada isteri memiliki hikmah yang agung. Di antaranya menjaga hak-hak para lelaki, menjaga keutuhan keluarga kerana isteri tidak bermudah-mudah meminta khuluk disebabkan ada konsekuensinya, iaitu mengembalikan pemberian suami. Seandainya khuluk diperbolehkan tanpa tebusan, nescaya banyak para isteri bersegera melakukannya walau kerana permasalahan yang kecil yang terjadi antara dia dengan suami.

Dari seluruh penjelasan ini, sesungguhnya telah sangat jelas bahawa seorang isteri diperbolehkan melakukan khuluk, jika memang ada sebab-sebab yang dibolehkan menurut syarak, seperti suaminya tidak menafkahinya padahal dia tinggal bersama suaminya, suaminya sering berbuat maksiat dan memaksa isterinya melakukan perkara yang haram, suka menyeksanya dan menolak untuk memberikan hak-hak isteri lainnya, tidak lagi mahu mendengar nasihat dan tidak berguna lagi upaya islah (perbaikan) atau terjadi pertengkaran yang terus menerus sehingga keduanya tidak merasa tenteram berada dalam sebuah pernikahan.

Atau dengan kata lain adanya sebab pada dirinya yang dikhuatirkan mengakibatkan dia dan suaminya tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Jadi, tidak mengapa bagi sang isteri meminta cerai sehingga dia tetap dapat memelihara diri dan agamanya.

Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, Dia Tawar Hati Atau Ada Orang Ketiga?

Hanya saja, seorang isteri solehah tentunya tidak akan dengan mudahnya meminta cerai hanya kerana suatu alasan yang remeh atau mengada-ada. Dalam berumah tangga dengan suaminya, dia berada di antara sifat syukur dan sabar.

Kebaikan dan kelebihan suaminya dia syukuri. Adapun kekurangan yang diterimanya dalam berumah tangga, dia bersabar. Tidaklah dia jadikan setiap permasalahan dengan suaminya sebagai alasan untuk meminta cerai. Wallahualam bissawab.Seorang Kaunselor Berdaftar yang dikenali sebagai Hushim Salleh mendedahkan bahawa sepanjang tempoh enam bulan ini, beliau telah menerima empat kes penceraian yang membabit isu yang remeh sehingga menyebabkan pasangan suami isteri tuntut cerai.

Beberapa alasan yang remeh tersebut adalah seperti badan bau lipas, salah picit ubat gigi, tidak pandai gosok baju dan mulut busuk bau longkang sehingga membawa kepada pasangan yang antaranya telah berkahwin lebih dari 20 tahun itu tuntut cerai kerana gagal mencapai kata sepakat dan mencari jalan penyelesaian.

Cerai

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

“Pasangan pertama ini mahu berpisah selepas isteri mendakwa badan suaminya berbau lipas dan kerana itu, wanita berkenaan enggan membiarkan dia ‘digauli’ suami sejak empat tahun lalu.

“Akibatnya, lelaki terbabit terpaksa ‘berpuasa’ sepanjang tempoh berkenaan. Pelbagai usaha dilakukan namun si isteri tetap mahu berpisah. Pasangan ini sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak, ” katanya.

Untuk kes kedua pula, Hushim menyatakan, si isteri tuntut cerai akibat bengang dan marah dengan sikap suaminya yang dikatakan kerap memicit ubat gigi sembarangan berbanding dengan wanita itu yang memicit ubat gigi bermula dari bawah.

Dulu Isteri Dapat Rm10 Seminggu Je, Lepas Cerai Terus Tuntut Nafkah Tertunggak... Puas Hati Bekas Suami Kena Bayar Hampir Rm70,000

Wanita tersebut yang berusia 28 tahun sering bertengkar dengan suaminya yang berusia 29 tahun hanya kerana isu yang ramah dan turut mengharapkan suaminya melakukan kaedah yang sama terhadap ubat gigi.

Ekoran bosan dengan sikap suaminya itu, dia akhirnya telah menuntut cerai biarpun usia perkahwinan mereka sejak enam tahun lalu. Pasangan terbabit juga telah mendapatkan khidmatnya untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri, jelas Hushim.

Manakala untuk kes yang ketiga membabitkan sikap seorang eksekutif lelaki yang ingin menceraikan isterinya kerana mendakwa wanita berkenaan tidak tahu atau tidak pandai menggosok bajunya.

Isteri Tuntut Cerai Badan Suami Bau Lipas, Mulut Busuk Macam Longkang

Isteri lelaki ini adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan dilaporkan sering dimarahi oleh suaminya kerana lelaki tersebut bukan saja cerewet tapi amat teliti selain amat mementingkan kesempurnaan dalam

Maria

Post a Comment for "cara isteri tuntut cerai"