cara kira insuran kereta
Selagi anda menggunakan apa apa kenderaan, selagi itulah setiap tahun anda perlu untuk memperbaharui insurans kenderaan termasuk cukai jalan. Jadi sudah pasti ketika anda mahu renew insurans dan cukai kereta anda misalnya, anda pasti hendak tahu berapakah dan bagaimanakah pihak mereka membuat kira kira insurans kereta dan juga roadtax. Selalunya kita hanya bersetuju tanpa bertanya lanjut betul? Sebenarnya anda sendiri boleh membuat kiraan jumlah bayaran insurans termasuk cuka jalan yang anda perlu bayar jika mahu. Semuanya boleh dilakukan secara online. Berminat hendak tahu cara kira insurans kereta dan juga roadtax?
Mungkin ada yang belum tahu atau tidak faham berkenaan masalah roadtax dan insurans untuk kenderaan ini. Apabila telah sampai tarikh hampir tamat, yang perlu kita bayar adalah perlindungan insurans (insurance coverage) dan juga cukai jalan (roadtax). Tujuan insurans adalah untuk memberikan jaminan bayaran kerosakkan jika berlaku apa apa kemalangan terhadap kenderaan anda. Mudah cerita, kereta anda kemalangan (accident) dengan kenderaan lain. Maka, kos untuk memperbaiki kerosakkan kereta anda itu akan ditanggung oleh pihak insurans.
Insurans Kereta: Ini Cara Premium Insurans Anda Ditentukan - Cara Kira Insuran Kereta />
Sedangkan cukai jalan (road tax) pula adalah sebagai cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap kenderaan anda untuk dibolehkan dipandu di atas jalan raya. Harap anda maklum tentang kenapa anda perlu membayar kedua dua ini. Jadi apabila anda hendak memperbaharui roadtax anda, anda sebenarnya akan diminta untuk membuat bayaran memperbaharui iaitu renew semula cukai jalan dan juga insurans untuk setahun lagi.
Kira Insuran Kereta
Kadang kadang kita terfikir juga, macam mana mereka kira insurans kereta dan juga roadtax kita. Kita selalunya bersetuju sahaja. Jadi kepada anda yang berminat ingin tahu, di bawah ini saya kongsikan caranya. Ada beberapa perkara anda kena tahu dahulu sebelum anda boleh membuat kira kira iaitu Harga Semasa Kenderaan, Harga Cukai Kenderaan, Kapasiti Engin Kenderaan dan juga berkenaan tentang NCD (No Claim Diskaun). 4 benda ini wajib anda tahu dahulu.
Harga Semasa Kereta – Kaedah paling mudah adalah lihat tahun kereta anda di laman “mudah.my” dan tengok berapakah harga jualan semasa kereta anda. Itulah dia harganya market value semasa. Itu kaedah paling mudah. Untuk kaedah lebih tepat, sila buka laman ini – [ Car Market Value Calculator ] dan tonton video di bawah ini untuk lebih jelas dan faham.
Kapasiti Engin Kenderaan – Rasanya kapasiti engin kereta anda pasti tahu bukan? Ada 660cc, 860cc, 1000cc, 1300cc, 1600cc, 1800cc, 2000cc dan ke atas. Memang untuk kira insurans kereta dan juga roadtax memerlukan anda tahu kapasiti saiz engin anda. Rasanya tiada masalah di sini
Langkah Buat Tuntutan Insuran Bila Kereta Anda Kemalangan
NCD (No Claim Diskaun) – Tahukah anda yang bayaran insurans untuk kenderaan ini memang ada diskaun yang diberikan. Selalunya diskaun yang diberikan adalah berdasarkan tahun anda mula memiliki kenderaan tersebut. Tahun pertama 25% NCD, tahun kedua 30% NCD, tahun ketiga 38.33% NCD, tahun keempat 45% NCD dan tahun kelima dan seterusnya adalah sebanyak 55% NCD. Gunakan link ini – [ Check NCD Online ] untuk semak NCD terkini anda. Boleh tonton video di bawah untuk melihat bagaimana NCD di kira.
Anda sudahpun mempunyai 3 maklumat asas yang diperlukan seperti di atas ini. Dengan 3 maklumat utama di atas ini anda sudah boleh membuat kira kira tentang berapakah harga dan jumlah kasar bayaran insurans yang perlu anda bayar. Sila gunakan link ini – [ Car Insurance Calculator ] untuk anda membuat kira kira jumlah insurans kereta anda. Tonton video di bawah ini untuk lebih jelas dan faham
Harga Cukai Kenderaan – Cukai kenderaan juga disebut sebagai roadtax. Cara nak kita roadtax ini mudah sahaja. Sila buka laman ini – [ Roadtax Calculator ] dan tonton video di bawah ini untuk lebih jelas dan faham.
Cara Kira Insurans Kereta Secara Manual Archives
Anda kini sudahpun tahu tentang cara kira insurans kereta dan juga cara kira cukai jalan roadtax anda. Jadi jumlah yang perlu anda bayar adalah dengan mencampurkan kedua dua nilai di atas iaitu jumlah insurans dan juga jumlah roadtax. Tetapi anda kena ingat ya, maklumat yang dipaparkan hanyalah sebagai ukuran umum sahaja. Boleh jadi jumlah yang perlu anda bayar sedikit lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada pihak insurans manakah yang anda pilih/ambil/gunakan untuk cover kos pampasan kemalangan jika berlaku. Harap perkongsian tentang rujukan kaedah cara kira insurans kereta ini berguna kepada anda. Bye
Blog Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di moham29577@yahoo.com. SekianMulai 1 Julai 2017, kadar premium bagi perlindungan jenis Komprehensif dan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Motor telah diliberalisasikan di mana premium atau harganya ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing. Langkah ini dilakukan seiring dengan pelaksanaan langkah Liberalisasi Tarif Insurans Motor oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Susulan daripada langkah liberalisasi ini, lebih banyak faktor yang akan diambil kira bagi menentukan premium atau harga insurans kereta oleh syarikat insurans serta pengendali Takaful.
Harga insurans atau premium kereta anda biasanya akan ditentukan mengikut harga pasaran semasa kereta anda. Pada kebiasaannya, kenderaan dengan nilai pasaran yang lebih tinggi mempunyai nilai insurans (jumlah perlindungan) yang lebih tinggi. Contoh, kereta baru bagi jenama BMW 2 Series Gran Coupe bernilai RM199, 177 pasti dikenakan dengan nilai insurans yang lebih tinggi berbanding kereta baru jenama Honda Jazz yang bernilai RM75, 300.
Kalkulator Insurans Kereta Etiqa
Bagaimanapun, harga nilai pasaran semasa kereta anda akan mengalami penurunan dari tahun ke tahun, justeru ia secara tidak langsung akan menyebabkan nilai insurans kereta anda juga semakin rendah.
Harga insurans anda juga turut mengambil kira tahun pembuatan kenderaan anda itu. Contohnya, kereta yang dikeluarkan pada tahun 2016 pastinya akan mempunyai nilai insurans yang lebih murah berbanding kereta yang dikeluarkan pada tahun 2021. Mudah kata, insurans kereta akan lebih murah untuk kereta lama berbanding kereta baru.

Kadar NCD turut memainkan peranan penting dalam menentukan harga insurans kereta anda. NCD merupakan diskaun insurans kereta yang ditawarkan oleh pihak insurans kepada anda jika anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut.
Cara Semak Ncd / No Claim Discount ( Diskaun Tiada Tuntutan ) Secara Online
Kadar peratusan NCD adalah berbeza di antara 0 peratus sehingga 55 peratus (maksima). Semakin tinggi nilai NCD anda, semakin rendah harga insurans yang anda boleh peroleh.
Harga insurans kereta anda akan turut dipengaruhi berdasarkan jenis polisi insurans yang anda pilih. Polisi untuk insurans jenis komprehensif adalah lebih mahal berbanding insurans paling asas, iaitu insurans pihak ketiga.
Kereta baru dan kereta yang di bawah usia 10 tahun (jika kereta dibeli dengan pinjaman bank) diwajibkan untuk memiliki insurans komprehensif. Manakala bagi kereta lama yang sudah berusia lebih 15 tahun pula, polisi insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian bagi adalah digalakkan untuk diambil bagi memberi lebih perlindungan buat kenderaan.
Modul Berfokus Pengiraan Insurans Motor
Pada kebiasaannya, harga insurans kereta di kawasan bandar adalah lebih mahal berbanding harga insurans untuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Selain itu, harga insurans kereta di Semenanjung adalah lebih tinggi berbanding harga insurans kereta di Sabah dan Sarawak. Faktor ini disebabkan oleh nilai pasaran kereta dan penilaian risiko yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia berbanding di Sabah dan Sarawak.

Sekiranya anda seorang pemandu yang selamat (mempunyai rekod yang baik), maka harga insurans anda akan lebih rendah berbanding pemandu yang gopoh/ berbahaya (mempunyai rekod tidak baik, seperti sering terlibat dalam kesalahan lalu lintas dan kemalangan jalan raya).
Cara Kira Ncd Kereta & Insuran Kereta Anda
Pemandu berbahaya dianggap berisiko tinggi oleh syarikat insurans dan pengendali Takaful kerana mereka menganggap perlu menanggung risiko yang lebih besar jika mereka setuju untuk memberi perlindungan insurans terhadap kenderaan yang dimiliki atau dipandu oleh pemandu bahaya. Oleh itu, harga yang dikenakan adalah lebih tinggi, di mana ianya setimpal dengan risiko yang ditanggung oleh syarikat insurans.
Sekiranya pekerjaan anda memerlukan kenderaan anda untuk kerap digunakan ke tapak projek (kerja), maka kenderaan itu akan diberikan harga insurans yang lebih mahal. Ini kerana, risiko untuk kereta anda terdedah dengan kemalangan dan sebarang kerosakan adalah lebih tinggi berbanding mereka yang hanya menggunakan kereta untuk kegunaan persendirian.
Sebagai pengguna, anda semestinya mahu mendapatkan insurans kereta pada harga yang menguntungkan. Setiap syarikat insurans mahupun takaful pastinya ada menawarkan harga serta manfaat yang berbeza. Pastikan anda lakukan dahulu perbandingan sebelum memutuskan untuk mengambil sebarang perlindungan insurans kereta.
Insurans 'unik' Untuk Golongan Jarang Memandu Kenderaan
Anda juga boleh lakukan perbandingan insurans dengan lebih mudah melalui platform . 15 syarikat insurans yang diiktiraf telah disediakan untuk anda pilih. Proses pembaharuan insurans anda pastinya lebih senang, pantas dan selamat.
Menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkansebut harga percumadi hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.Bagi setiap pemilik kereta, adalah wajib bagi mereka untuk mempunyai perlindungan insurans kereta atas tujuan perlindungan kepada diri sendiri dan kereta masing-masing. Sebagai satu ganjaran, pihak insurans telah mewujudkan suatu jenis diskaun untuk pelan perlindungan ini iaitu NCD.

NCD memainkan peranan yang besar dalam menentukan jumlah yang perlu anda bayar kepada pihak insurans. Ini kerana tawaran kadar diskaun boleh mencapai sehingga 55% 🤩 kepada keseluruhan jumlah bayaran perlindungan insurans kereta atau pelan takaful motor.
Bagaimana Cukai Jalan Dikira?
Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan, makin tinggi kadar diskaun yang akan anda dapat. Kadar diskaun tanpa tuntutan ini akan diterhadkan pada 55% selepas 5 tahun tanpa sebarang tuntutan terhadap perlindungan insurans kereta anda.
Boleh. Pada kebiasaanya, pemilik kereta yang ingin menukar NCD setelah mengumpul kadar diskaun yang tinggi adalah supaya dapat berjimat duit dalam membayar insurans kereta yang lebih baru.
🚘 DriveMark automatically detect potential car crashes and notify emergency contact. The emergency contact will receive instant accident alert, including the location of
Post a Comment for "cara kira insuran kereta"