cara block nombor telefon
Telefon bimbit merupakan salah satu dari teknologi moden yang paling ramai digunakan oleh rakyat di Malaysia. Tidak kira tua atau muda, hampir kesemuanya memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit digunakan untuk pelbagai tujuan. Namun, kadang-kala kita berasa terganggu sekiranya ada nombor yang tidak diingini sering membuat panggilan dan menyebabkan kita merasa kurang selesa. Selain itu, terdapat situasi-situasi lain yang menyebabkan kita ingin menyekat panggilan-panggilan atau SMS yang tidak diingini. Di sini, saya akan berkongsi cara-cara untuk menyekat panggilan-panggilan tersebut.
1. Kaedah ini adalah yang paling mudah untuk anda lakukan. Anda boleh mengubah tetapan (setting) pada nombor yang ingin disekat. Contohnya, nombor si A yang anda ingin block diubah dengan meletakkan tetapan silent mode. Oleh itu, setiap kali si A membuat panggilan, telefon tidak akan berbunyi dan sekaligus tidak akan menggangu rutin harian anda.
2. Bagi pengguna yang menggunakan perisian symbian, anda boleh memasukkan aplikasi Call Filter application V.1.02 dalam telefon anda. Aplikasi ini berfungsi dalam mengabaikan (reject) panggilan dan SMS yang tidak diingini. Ia membolehkan anda menerima panggilan dan SMS yang anda inginkan sahaja. Aplikasi ini juga adalah percuma.
Cara Menyekat Kenalan Di Telegram Dan Mengetahui Sama Ada Mereka Menyekat Anda
3. Bagi pengguna yang menggunakan telefon canggih seperti Blackberry pula, Call Firewall for Blackberry disediakan untuk menyekat panggilan masuk nombor yang disekat kepada penggunanya. Hanya dengan bayaran yang berpatutan, anda mampu memiliki aplikasi ini.
4. Bagi pengguna perisian Android, anda boleh menggunakan beberapa aplikasi yang telah dibina bagi menyekat dan mengawal panggilan masuk serta SMS telefon anda. Misalnya, Easy Filter Call Blocker &SMS. Selain percuma, ianya juga mudah digunakan.
PePengguna Android juga boleh menggunakan aplikasi Call Control- Call Blocker untuk menghentikan panggilan yang tidak diingini dan aplikasi ini biasanya akan berjaya.
Macam Mana Nak Tahu Seseorang Telah Blok Kita Di Whatsapp
IPhone: Bagi yang menggunakan Iphone, amat mudah untuk menyekat panggilan masuk dan SMS yang tidak diingini. Masuk contact > pilih nama pemanggil yang tidak diingini > tekan Block This caller > tekan Block Contact. Anda tidak akan menerima sebarang panggilan, mesej mahupun FaceTime dari pemanggil tersebut.
MAXIS: Blacklist SMS service membenarkan pengguna menyekat pelanggan Maxis yang lain dari menghantar SMS kepada pengguna perkhidmatan tersebut. Namun, anda akan dicas bulanan jika menggunakan perkhidmatan tersebut.
Anda ada tanaman sawit? Ayah anda memiliki tanaman sawit yang mempunyai berat yang kurang? Musim kemarau menambahkan lagi masalah sawit anda? Layari www.gosawit.com dan kami akan bantu anda!!
Post a Comment for "cara block nombor telefon"