Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara buat chili flakes

cara buat chili flakes

Sebelum ini, sumpah aku memang hairan apabila lihat dan tengok sambal cili yang di jual berupa serbuk cili yang berkepingan cantik. Sekarang baru aku tahu, kena bakar dulu cili keringnya, baru di kisar dan di buat sambal. Cili flakes begini boleh di buat sambal, di gunakan dalam masakan spagheti, pasta, pizza dan macam-macam lagilah. Jom kita lihat cara buat cili flakes sendiri yang sedap ini.

Sebelum ni pernah beli chili flakes siap dalam paket. Tapi rasa dia tak sama macam yang dominos punya. Rase pahit, bau pun tak mengancam. Pernah cakap dengan kawan brand apa ye yang sedap cili flakes? Ada dia tunjuk botol, tapi dia cakap tak sedap mana jugak dan biji banyak. Tersembang dia cakap buat lah sendiri lah. Itu cerita si empunya resepi cili flakes ini!

Caranya mudah saja.Selepas basuh cili dan toskan, bakar cili guna kuali pun boleh, guna air fryer pun lagi mudah. Agak agak saja masanya jangan bagi cili hangit.Dah garing cili, patah patahkan guna tapisan supaya senang biji-biji cili tu jatuh. Nanti senang kita asingkan cili sahaja untuk masuk dalam blender kering.

Dry Chilli Flakes Hi Res Stock Photography And Images

Masuk dalam blender kering, kisar agak agak jangan terlalu kasar atau terlalu halus. Sedap sangat rasanya buat sendiri. Apapun pastikan cili kering tu yang baru dan segardari ladang. Pasti selepas ini masakan kita semua akan menjadi lebih lazat dan bercitarasa dengan cili flakes ini.

Puas hati sungguh buat sendiri, bau wang, biji kurang, rasa yang sangat sedap, Tak ada rasa pahit, bau pelik ke apa. Dah jatuh cinta buat sendiri. Kos pun murah dan berbaloi-baloi. Ujar sis Dini iaitu yang resepi cili flakes ini di ambil dari group FB resepi homemade & petua dapur.

Selepas ini jadi mudah hidup aku sebab dah tahu buat cili flakes dengan senang. Bakar dalam oven pun boleh rasanya. lagi jimat masa dan lagi senang. Aku tak ada air fryer dan nak goreng dalam kuali tu rasa tak larat dan tak sanggup berdiri lama. Semacam pula aku ni... hahaha!

Cornflake Indian Snack Mix

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com

[PENAFIAN] dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

How To Make Xo Sauce

Post a Comment for "cara buat chili flakes"