Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara menyambut hari kemerdekaan

cara menyambut hari kemerdekaan

Pelbagai tema dan tajuk soalan yang sering digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Para pelajar digalakkan untuk melakukan latihan tambahan supaya dapat mempelajari dan cuba menjawab tema dan tajuk soalan yang berbeza. Selain itu, anda boleh merujuk contoh-contoh karangan Bahasa Melayu yang dikongsikan di atas talian. Oleh itu, berikut adalah contoh karangan aktiviti menarik yang boleh dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan dan Hari Kebangsaan sebagai rujukan anda.

Untuk makluman pelajar, penulisan karangan yang baik merangkumi penggunaan tatabahasa yang betul tanpa ada kesalahan ejaan dan imbuhan. Penggunaan frasa-frasa menarik seperti peribahasa yang menepati huraian juga akan memberi nilai tambah dalam penulisan karangan masing-masing. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan bimbingan daripada guru-guru agar gaya penulisan anda menepati kehendak soalan dan penanda kertas.

SenaraiKemerdekaan - Cara Menyambut Hari Kemerdekaan />

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah membuatkan masyarakat hari ini lupa dengan sejarah perjuangan nenek dan moyang kita dalam mengecapi kemerdekaan untuk negara. Oleh itu, bulan kemerdekaan sering kali dianjurkan bagi merai dan menghargai jasa dan pengorbanan rakyat terdahulu yang telah memberikan kita nikmat kehidupan yang aman dan sejahtera pada masa kini. Kebebasan daripada cengkaman penjajah adalah suatu yang tidak boleh dibayangkan oleh masyarakat hari ini terutamanya daripada golongan kanak-kanak. Maka, aktiviti-aktiviti menarik yang mampu membuka mata murid-murid di sekolah tentang kepentingan mencapai kemerdekaan bagi sesebuah negara wajar untuk dilaksanakan.

Link Twibbon Hut Ke 77 Ri Terbaru Dan Terkeren Untuk Menyambut Hari Kemerdekaan, Lengkap Ada Cara Pasangnya

Antara aktiviti yang lazim dijalankan di setiap sekolah adalah pertandingan mendekorasi bilik darjah atau kelas mengikut tema kemerdekaan. Pertandingan ini dapat melahirkan sifat bersaing secara sihat antara murid-murid serta mengetengahkan kreativiti mereka. Peribahasa Melayu ada berkata, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dengan bimbingan daripada guru-guru, pelajar pasti dapat menghasilkan dekorasi-dekorasi yang menarik seperti sudut tokoh-tokoh negara dan hiasan yang menggunakan Jalur Gemilang. Secara tidak langsung, murid-murid akan didedahkan dengan elemen patriotik apabila mereka menggunakan Jalur Gemilang. Guru-guru juga digalakkan untuk menunjukkan panduan apabila kita ingin mengibarkan bendera kebangsaan kita kerana ia merupakan simbolik yang tinggi dan  perlu dihormati oleh segenap rakyat Malaysia.

Selain itu, pihak sekolah dengan bimbingan daripada para guru juga boleh menganjurkan pertandingan koir yang bertemakan lagu patriotik. Mutakhir ini, lagu patriotik semakin dilupakan kerana kurang mendapat masa penyiaran di media arus perdana. Kesannya, ramai di antara ahli masyarakat khususnya golongan muda tidak tahu akan kewujudan lagu-lagu yang khas dicipta bagi meraikan kemerdekaan dan kejayaan negara. Justeru, aktiviti ini dapat menyemarakkan semula keindahan lagu-lagu patriotik yang kaya dengan bait-bait lirik yang cukup bermakna serta mampu menjadi pengajaran kepada semua. Pesembahan koir juga dapat menyerlahkan bakat murid-murid yang berpotensi dalam nyanyian dan memupuk semangat kerjasama bagi menghasilkan persembahan koir yang baik. Izharnya, aktiviti yang memeberikan pelbagai manfaat secara langsung dan tidak langsung wajar dianjurkan sempena bulan kemerdekaan.

Aktiviti lain yang dapat menarik minat murid-murid sepanjang bulan kemerdekaan adalah dengan melakukan lawatan ke muzium dan bangunan-bangunan bersejarah. Hal ini demikian kerana mereka dapat keluar daripada bilik darjah dan berkunjung ke tempat yang belum pernah dilawati. Di muzium, para pelajar akan dibawa menelusuri sejarah-sejarah negara pada masa dahulu serta berpeluang melihat dan menyentuh artifak atau model senjata, pakaian dan barang-barang keperluan lain yang digunakan oleh masyarakat terdahulu. Manakala lawatan ke bangunan bersejarah seperti Tugu Negara dapat memberikan suasana yang berbeza kepada mereka dan mempelajari sejarah disebalik bangunan tersebut dibina. Senario ini dapat memberikan pengalaman berbeza kepada para pelajar yang selama ini belajar secara teori di dalam buku teks dan seterusnya dapat melihat secara langsung artifak-artifak yang mempunyai nilai sejarah kepada negara. Ia merupakan alternatif yang sesuai bagi mendidik kanak-kanak khususnya berkaitan dengan sejarah dan kemerdekaan tanah air.

Cara

Kepentingan Sambutan Kemerdekaan

Di samping itu, aktiviti yang menarik untuk dijalankan sepanjang bula kemerdekaan adalah dengan mengajurkan pertandingan mencipta video-video patriotik. Kaedah ini sejajar dengan budaya masa kini yang mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan masyarakat di mana video adalah kandungan yang mudah dan diminati oleh semua. Maka, kita perlu mengambil kesempatan kemajuan teknologi hari ini untuk mencabar kreativiti murid-murid dalam menghasilkan video yang mempunyai elemen cinta akan negara. Sebagai inspirasi, terdapat banyak filem-filem patriotik yang telah diterbitkan seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan. Industri animasi kita yang semakin mendapat pengiktirafan dan diminati ahli masyarakat juga wajar dijadikan contoh kerana mereka meletakkan elemen-elemen patriotik dalam kandungan yang diterbitkan. Intihannya, kreativiti pelajar dapat diasah disamping mempelajari, menghargai dan merai jasa dan pengorbanan masyarakat serta tokoh-tokoh untuk mengecapi kemerdekaan hari ini.

Konklusinya, pelbagai aktiviti menarik yang boleh direncana sepanjang bulan kemerdekaan bagi memupuk semanagt patriotik dalam kalangan murid-murid. Bagi  mengukuhkan persefahaman dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat, aktiviti-aktiviti yang berpaksikan semangat patriotisme ini hendaklah dititikberatkan sejak di bangku sekolah lagi. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru, ibu dan bapa boleh membantu para guru untuk menjalankan aktiviti yang menjadi pemangkin perpaduan antara masyarakat kita supaya masa hadapan negara terjamin dengan semangat patriotik yang kuat dan utuh dalam setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia. Semoga benih yang ditanam hari ini tumbuh mekar dan membuahkan hasil yang bermanfaat dan mampu dinikmati oleh segenap penduduk tanah air ini.Kepada pelajar yang menghadapi masalah atau kesukaran dalam membuat penulisan karangan Bahasa Melayu. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai tema dan tajuk yang berpotensi menjadi soalan pilihan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu? Sekiranya tidak, anda dinasihatkan untuk melakukan rujukan tambahan atau latihan tambahan bagi mendedahkan diri terhadap semua tema dan tajuk penulisan karangan. Sebagai rujukan pelajar, berikut dikongsikan contoh karangan kepentingan menyambut hari kemerdekaan atau hari kebangsaan.

Sambutan

Dengan mempelajari pelbagai jenis tema dan tajuk soalan penulisan karangan Bahasa Melayu, pelajar akan lebih bersedia untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang. Selain itu, pelajar perlu bijak menyusun isi-isi penting dan menghuraikannya dengan pengolahan yang tepat dan menarik. Penggunaan frasa-frasa menarik serta tatabahasa yang betul merupakan antara elemen penting dalam pemarkahan penulisan karangan Bahasa Melayu.

Cadangan Aktiviti Bulan Kemerdekaan 2020

Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tarikh keramat ini merupakan tarikh hari kemerdekaan yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada setiap tahun. Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara sebagai tanda kemerdekaan. Begitu juga acara perbarisan pada keesokan harinya yang diwakili oleh pelbagai agensi kerajaan seperti tentera, polis dan kakitangan awam turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari kemerdekaan. Lazimnya sambutan hari kebangsaan diadakan di Dataran Merdeka namun sejak kebelakangan ini sambutan peringkat kebangsaan telah dianjurkan di lokasi lain seperti Putrajaya dan Kuching, Sarawak. Jika ditelusuri, sambutan hari kemerdekaan telah menjadikan bulan Ogos sebagai bulan kemerdekaan dek kerana hiasan dan kibaran Jalur Gemilang mewarnai jalan raya dan pusat membeli-belah. Persoalannya, apakah kepentingan disebalik sambutan hari kemerdekaan yang dirai dengan gilang-gemilang pada setiap tahun?

Cara

Sambutan hari kemerdekaan adalah untuk merai pencapaian yang telah dicapai oleh negara sejak laungan kemerdekaan menggegar Stadium Merdeka pada ketika dahulu. Kehidupan yang dinikmati oleh masyarakat hari ini tidak akan menjadi realiti sekiranya kemerdekaan tidak diperoleh daripada penjajah. Hal ini demikian kerana, semasa zaman penjajahan, masyarakat telah dibezakan kedudukan sosioekonomi dan mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dan bangsa yang duduk di bawah satu rumpun yang sama. Setelah kemerdekaan dicapai, para pemimipin dan masyarakat tempatan telah berjaya membawa kemajuan dari pelbagai segi terutamanya perkembangan ekonomi yang menjadikan Malaysia sebagai hub perdagangan utama di rantau Asia. Kemampuan tenaga kerja tempatan telah menarik pelabur-pelabur asing untuk merancakkan kemajuan negara dan memberikan keuntungan dalam bentuk kehidupan yang lebih baik. Kemudahan infrastruktur seperti lebuhraya, lapangan terbang dan bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas adalah bukti kemampuan masyarakat kita dalam menempa kemajuan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Intihannya, sambutan kemerdekaan menjadi suatu iltizam kepada rakyat untuk terus berjuang demi mencapai kesejahteraan hidup yang memberikan kebaikan kepada semua orang.

Dalam masa yang sama, sambutan hari kemerdekaan adalah penting sebagai tanda menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tanpa kebijaksanaan dan titik peluh yang dikerah oleh individu seperti Tuanku Abdul Rahman, kita tidak pasti akan menikmati kesenangan hidup pada hari ini. Justeru, dengan sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengenali semula negarawan-negarawan yang telah berjasa kepada negara serta mendidik generasi muda masa kini akan pengorbanan yang telah mereka lakukan. Mungkin sukar untuk generasi masa kini untuk merasai pengorbanan tokoh terdahulu tetapi mereka boleh mengambil pengajaran dan mempraktikkan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Lawatan ke muzium dan tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara dapat membantu anak-anak muda memahami dan mempelajari sejarah terdahulu supaya mereka tidak mengulangi kesilapan masyarakat terdahulu apabila mereka menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Natijahnya, dengan mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu, kita akan berasa lebih bersyukur atas kemudahan yang kita nikmati hari ini dan menghargai segala usaha untuk mengharmonikan negara serta mendokong nilai kekitaan sebagai warganegara Malaysia.

Cadangan

Lion Magazine Indonesia Oktober

Di samping itu, perpaduan antara rakyat juga akan lebih kukuh dengan menganjurkan sambutan hari kemerdekaan. Masyarakat sedia maklum bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Nilai-nilai ini dilihat semakin pupus dalam kalangan masyarakat hanya disebabkan oleh beberapa golongan yang menggunakan isu perkauman sebagai elemen politik mereka. Secara tidak langsung, ia menjejaskan dan meruntuhkan teras perjuangan masyarakat terdahulu yang ingin mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang dicintai dan bermuhasabah diri bahawasanya nenek

Post a Comment for "cara menyambut hari kemerdekaan"