cara hilangkan sakit gigi bongsu tumbuh
Selalunya bila pesakit datang ke klinik dengan keluhan seperti di atas, Dr gigi sudah ada idea tentang apa yang pesakit alami. Banyak juga Dr Q jumpa pesakit seperti di atas.
Sebab Dr Q buat pembedahan kecil gigi bongsu semalam dengan senior Dr Q, jadi terasa macam nak kongsi pasal gigi bongsu ni.
Hilangkan Sakit Gigi Bongsu Tumbuh />
Dr Q pun pernah mengalami masalah gigi bongsu sebab gigi bongsu sebelah bawah kiri dan kanan Dr Q tumbuh baring dan akarnya pun dekat dengan saluran saraf di dalam rahang. Tapi Dr Q tak buang. Dr Q buat cara lain. Haha. Nak tahu cara apa? Baca sampai habis ye.
Gigi & Gusi Bengkak
Ni Dr Q nak kongsi kenapa kalau gigi bongsu tumbuh je selalu sakit. Normal untuk kita berasa sakit apabila pertama kali gigi bongsu tu nak tumbuh dalam mulut kita. Kawasan gusi sekeliling gigi tu pun bengkak sampai sukar untuk kita mahu kunyah makanan. Kadang-kadang sakitnya tu boleh sampai ke kepala. Lepas tu susah pula nak buka mulut besar. Seksa kan? Dr Q pun paham rasa tu sebab Dr Q pun pernah mengalaminya.
Selalunya bila susah untuk buka mulut, adalah amat sukar untuk kita bersihkan kawasan sekitar gigi bongsu tu. Akibatnya, sisa makanan yang tersangkut menyebabkan gusi sekitar gigi bongsu tu bertambah bengkak dan boleh bernanah. Situasi ini dinamakan sebagai pericoronitis. (Rujuk video)
Lagi satu, penyiasatan penting yang dilakukan ialah mengambil xray besar (xray yang nampak semua gigi). Xray ini adalah untuk melihat posisi gigi bongsu ini. Dan jika terbenam, sejauh mana gigi ini terbenam. Jika gigi bongsu ini tumbuh secara tidak normal, kita panggil sebagai gigi bongsu terimpak (impacted 3rd molar). Selain itu, xray ini juga untuk melihat sejauh mana jarak gigi bongsu dengan saluran saraf di dalam rahang. (Rujuk gambar dibawah)
Tahan Sakit Gigi Bongsu Sebab Takut Minor Surgery? Ini Yang Korang Salah
Selalunya gigi yang tumbuh tak betul ni sebab rahang kita sudah tak muat untuk untuk menempatkan gigi bongsu ni oleh sebab gigi bongsu ni adalah gigi yang terakhir sekali tumbuh dalam mulut sekitar umur awal 20 an. Sebab tu dipanggil gigi bongsu sebab yang terakhir sekali keluar.
Dinasihatkan untuk buang jika pernah sakit BEBERAPA kali. Tapi jika tidak pernah sakit, akan dinasihatkan untuk sentiasa jaga kebersihan di kawasan sekitar gigi bongsu tu. Lagi satu, gigi bongsu disarankan untuk buang jika gigi bongsu itu sudah rosak/berlubang dan tidak boleh ditampal dan berisiko untuk atau sudah menyebabkan gigi bersebelahannya rosak.
Masa Dr Q posting di hospital dulu di jabatan bedah mulut Hospital Sultan Ismail, pakar bedah mulut ada bagitahu Dr Q, setiap pembedahan ni ada risiko dan komplikasinya. Kalau gigi tu tak pernah sakit dan tak mendatangkan masalah, kenapa nak buat pembedahan untuk keluarkan gigi tu dan menambah risiko dan komplikasi ke atas gigi tu.
Klinik Pergigian I Pro (dental Surgery) — Fluorosis
Jadi, jika pernah sakit beberapa kali atau ada tanda kerosakan pada gigi bongsu dan gigi sebelahnya, baru di sarankan untuk buang. Ok, paham tak untuk setakat ni? Kalau paham, bagus! Teruskan membaca.
Ini pilihan lain untuk mereka yang tidak lagi berani untuk melakukan pembedahan kecil gigi bongsu dan kawasan sekitar gusi selalu bengkak, boleh cabut gigi bongsu bahagian atas supaya gigi atas tu tidak menggigit kawasan bengkak tu. Jadi lebih selesa. Ini yang Dr Q buat. Alhamdulillah, lepas cabut gigi bongsu atas dan jaga kebersihan kawasan sekitar gigi bongsu bawah tu, Dr Q tak pernah rasa sakit lagi. Dan bengkak pun tak berlaku lagi. (Gambar kelima dan keenam ialah gigi bongsu Dr Q sebelah atas dua-dua belah yang dicabut oleh kawan Dr Q sewaktu belajar dulu di Universiti Malaya. Melentik tak akar dia?)
Oleh sebab selalunya gigi bongsu ini tidak tumbuh sepenuhnya, pembedahan kecil diperlukan untuk keluarkan gigi bongsu ni. Seperti yang Dr Q tulis di atas, setiap pembedahan walaupun pembedahan kecil ada risiko dan komplikasinya. Ini adalah risiko dan komplikasi pembedahan kecil gigi bongsu.
Pakai Braces Lebih Tiga Tahun, Sudahnya Bengkak Muka, Gigi Rosak Teruk
1) sakit. Semasa pembedahan di lakukan, anda mungkin akan berasa sakit. Tapi jangan risau, jika anda rasa sakit, bagitahu pada Dr gigi. Dr gigi akan tambahkan dos ubat bius. Jangan pula anda senyap je mananggung sakit. Jangan acah-acah kuat ye. Merana diri nanti. Selepas pembedahan dan ubat bius sudah habis kesan, anda akan berasa sakit. Tapi jangan risau, cepat-cepat makan ubat tahan sakit.
2) bengkak. Anda akan merasa kawasan tempat pembedahan membengkak. Ini adalah normal dan bengkak akan surut dalam 3-7 hari bergantung bagaimana sistem badan kita berfungsi untuk pulih selepas pembedahan.
3) jangkitan. Kawasan pembedahan jika tidak dijaga dengan elok berisiko mengalami jangkitan. Dan jika serius akan dirujuk kepada pakar bedah mulut. Sebab tu kawasan pembedahan tu perlu dijaga dan dibersihkan dengan betul. Dan jangan lupa, selepas selesai pembedahan, Dr gigi akan bagi arahan bagaimana nak jaga kawasan pembedahan. Pastikan dengar dengan teliti dan pahamkan apa yang perlu dilakukan dan apa yang dicegah dari melakukan sesuatu tindakan.
Gigi Bongsu Tumbuh? Ini Punca Anda Berasa Sakit Dan Simptomnya!
4) kecederaan pada gigi bersebelahan. Gigi bersebelahan boleh bergoyang dan yang paling teruk ialah tercabut sekali. Ini berdasarkan tahap keseriusan sesuatu kes gigi bongsu itu. Tapi jika tercabut, jangan risau, boleh tanam semula. Boleh rujuk post Dr Q sebelum ni mengenai gigi yang tercabut disebabkan trauma.
5) kecederaan pada saraf di saluran saraf yang berada di dalam rahang. Risiko ini boleh berlaku kerana jarak antara gigi bongsu dengan saluran saraf adalah dekat tapi bergantung pada kes. Setiap kes lain-lain jaraknya. Ada yang dekat, ada yang jauh. Dan jika kecederaan saraf berlaku, anda akan berasa kebas di kawasan muka sekitar rahang bawah dan separuh bibir. Kebas boleh sementara atau selama lamanya. Bergantung kes. Jika mengalami kebas selepas pembedahan selepas beberapa ketika, maknanya kawasan pembedahan dan sembuh, tapi masih berasa kebas lagi. Untuk kes yang macam ini, kes akan dirujuk ke pakar untuk ditangani dengan lebih lanjut.
Jadi, ini adalah antara 5 risiko dan komplikasi pembedahan kecil gigi bongsu. Jadi, make sense tak kenapa Dr gigi hanya sarankan untuk buang gigi bongsu, bila sudah sakit beberapa kali sahaja. Ye lah, gigi tu elok tak sakit sekali nak buang. Nak buang tu ada risiko dan komplikasi yang mungkin terjadi. Jadi, bukan semua gigi bongsu kena buang ye.
Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?
Owh, sudah tentu boleh. Pembedahan ini akan dibuat di dalam dewan pembedahan dengan ubat bius penuh. Pakar bius akan memberi ubat bius supaya kita pengsan. Sedar-sedar sahaja, pembedahan dan selesai. Tapi bertambahlah risiko dan komplikasi pembedahan sebab di buat di bawah ubat bius penuh. Jadi, pilihan di tangan anda.
. Ada beberapa kali juga lah Dr Q dapat soalan macam ni. Mungkin ada jenis yang kurang selesa untuk pakai braces ni, jadi mahu pilihan rawatan yang lain untuk menyelesaikan masalah gigi jarang ni. . OK, sebelum Dr Q kongsikan salah satu cara nak bagi nampak gigi rapat, Dr Q nak terangkan macam mana keadaan gigi yang tak rapat ni berlaku. . Sebab pertama ialah genetik/keturunan. Sebab ada orang yang rahangnya besar, tapi saiz giginya kecil. Jadi gigi kelihatan tidak rapat dan jarak-jarak. Lagi satu sebab ada gigi yang tak tumbuh kerana gigi tu tersekat di dalam rahang atau memang benih gigi tu tak ada. Lagi satu, kita punya labial frenum ni ke bawah sangat sampai ada di celah celah antara 2 gigi kapak atas. Nii antara 3 sebab yang selalunya menyebabkan gigi jarang. . Jadi, apa lagi pilihan rawatan untuk selesaikan masalah gigi jarang ni selain braces? . Ok, pernah dengar tentang VENEER? Jadi, salah satu pilihan rawatan untuk buatkan gigi kelihatan
Siapa pernah ada gigi berlubang? Angkat tangan sikit. 🖐🏻 . Masalah gigi berlubang adalah masalah yang biasa didapati di dalam dunia ni. Hampir setiap orang yang kita jumpa pernah ada masalah gigi berlubang. Jika dikesan awal, boleh lagi diselamatkan dengan ditampal. Tapi jika dibiarkan tidak dirawat. Komplikasi paling teruk ialah kehilangan nyawa. Bahaya kan? . Sebab hari ni Dr Q rujuk kes muka bengkak sampai ke mata ke pakar bedah mulut disebabkan jangkitan dari gigi yang rosak, jadi rasa nak kongsi tentang bahana gigi berlubang. . Siapa yang ada inisiatif awal untuk tampal gigi jika ada masalah gigi berlubang? . Jika anda orangnya, SYABAS Dr Q ucapkan! . Ok, ini adalah fasa-fasa komplikasi akibat gigi berlubang. . FASA PERTAMA Ini jika gigi berlubang kecil tidak sampai ke bahagian saluran akar. Anda akan rasa sensitif lebih lebih lagi bila minum air sejuk. Jika begini boleh sahaja tampal biasa. (Gambar pertama) . FASA KEDUAPelajari, Eksplorasi & Hangatkan Hubungan Anda Takut Terkena Jangkitan Virus? Ketahui Cara Melindungi Diri! Penyakit Kronik: Penelitian di Benua Asia SATU ISU BESAR: Penularan Epidemik Obesiti di Asia
Darwisy Tumbuh Gigi, Gigi Mama Pon Tumbuh Jugak ;p
Vaksinasi Dewasa Ujian Kulit Sensitif Ujian Risiko Kanser Hati Ujian Pengurusan Kendiri Diabetes Ujian Risiko Kanser Kolorektal Ujian Risiko Kanser Paru-paruLihat Semua Alat Kesihatan
Graf Tumbesaran Kanak-Kanak Tumbesaran kanak-kanak bersifat unik. Graf tumbesaran kanak-kanak memberi gambaran umum dengan mengambil kira bacaan purata populasi. Jangan panik jika bacaan (percentile) anak anda rendah kerana yang penting ialah bacaan tersebut meningkat seiring dengan masa (corak tumbesaran positif).Lihat Lebih LagiUjian Risiko Pradiabetes Lihat Lebih LagiUjian Pengurusan Kendiri Diabetes Lihat Lebih Lagi
Nurul HalifahKehamilan•a yearTrimester 3Vicky YongKehamilan•a yearTahu tak scan bayi yang mana lebih baik untuk ibu hamil?Degaaul MichaelKeibubapaan•a yearWFH parentsAAmira ZulaikhaKeibubapaan•a yearBekal Untuk Anak
Rawatan Sakit Gigi Boleh Dilakukan Di Rumah Dengan 9 Cara Ini!
Proses pertumbuhan gigi bongsu biasanya melibatkan rasa sakit sekali gus menyebabkan emosi menjadi tidak menentu. Jadi apakah rawatan sakit gigi yang sesuai untuk mengatasi kesakitan geraham ini?
Antara kaedah rawatan yang popular untuk sakit gigi adalah berkumur dengan air garam. Gunakan campuran garam dengan air suam untuk membantu menjaga gusi agar lebih sihat dan membunuh bakteria berbahaya.
Jika kesakitan ini disebabkan bengkak,
Post a Comment for "cara hilangkan sakit gigi bongsu tumbuh"