Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara masak bubur caca

cara masak bubur caca

Resepi bubur cha cha memang menjadi pilihan  ramai ketika Bulan Ramadhan menjelma selain daripada bubur kacang hijau.Bukan sahaja boleh diperolehi di masjid yang menyediakan sebagai moreh, para ibu juga sediakan sebagai pemanis mulut untuk jadikan sebagai hidangan berbuka.

Biasanya resepi bubur cha cha ditambah dengan ubi keledek oren atau sago untuk jadikan bubur lebih pekat dan manis semulajadi.Ditambah dengan lemak santan dan juga aroma wangi daun pandan.Memang menggoda.

Biasanya kami kalau makan bubur cha cha ini, memang kami letak ais seketul dua dalam bubur, untuk jadikan bubur sejuk dan lebih sedap dinikmati. Teringat pada zaman kecil dulu, baki bubur yang tidak habis dijadikan aiskrim batang. Lepas dah beku, nyonyot pula aiskrimnya.Memang sedap.

Resipi Bubur Gunting @ Bubur Chacha Homemade Sedap

Apa yang mudahnya mengenai resepi bubur cha cha sedap ini, tak perlu nak gentel cha cha satu persatu, hanya ke kedai runcit atau pasaraya dan beli siap cha cha dalam bentuk kering.Balik rumah nanti terus buat buburnya.Memang senang kan.

Untuk resepi kali ni, kami berikan resepi bubur cha cha keledek bagi buatkan buburnya terasa lebih pekat dan juga sedap.Anda boleh gunakan ubi keledek yang bewarna oren ataupun ungu .Terpulang.Tapi kami suka keledek oren sebab lebih lemak dan terasa manisnya.

#1: Rebus cha cha kering  dan sagu dengan sehelai daun pandan sampai cha cha dan sagu kembang.Toskan cha cha dan sagu yang dah kembang tu.Ketepikan seketika. Dalam masa yang sama,  rebus ubi keledek dengan sehelai daun pandan sehingga ubi mulai empuk dan air mendidih.Kami guna 4 cawan air.

Resepi Bubur Cha Cha Keledek

#2: Masukkan gula pasir dan gula melaka dan kacau manja sampai sebati. Bila gula melaka dah cair barulah masukkan santan juga cha cha dan sagu yang telah ditos tadi.

#3: Kacau dan leraikan cha cha dan sagu yang berketul.Kalau perlu tambah air, tambahkan lagi sedikit.Biarkan kuah mendidih dan bubur cha cha menjadi sedikit pekat barulah tutup api.

Siap dah resepi bubur cha cha yang sedap dan mudah  ni.Boleh la makan dengan roti atau makan ketika panas.Ada yang suka makan sejuk boleh tambah ais seketul dua .Selamat menikmatinya.

Resipi Bubur Chacha Oleh Syima Yusof

Post a Comment for "cara masak bubur caca"