Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara membuat karangan bahasa melayu spm

cara membuat karangan bahasa melayu spm

Karangan SPM perlu dikuasai oleh semua murid yangmengambil SPM kerana ini merupakan mata pelajaran yang wajib lulus. Oleh yang demikian, pelajar perlu banyak membuat latihan supaya dapat membuat karangan yang berkualiti.

Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan. Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat. Cadangan jumlah patah perkataan ialah perenggan pendahuluan dalam 70 patah perkataan, isi dalam 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan penutup dalam 70 patah perkataan. Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak arahan soalan

ContohBahasa Melayu SPM 2 - Cara Membuat Karangan Bahasa Melayu Spm />

Ayat Huraian (AH) – Terdiri daripada satu hingga tiga ayat. – AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini. – AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada dimensi soalan). – AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

Karangan Spm Bahasa Melayu

Ayat Contoh (AC) – Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh. – Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.

Ayat Arah (AA) – Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum. – Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan. – Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.

Peringatan : – Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan. – Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan. – Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.

Contoh Karangan Cemerlang Bahasa Melayu Spm 2

Ayat Topik (AT) -Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas. -Ditulis pada permulaan ayat. -Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.

Ayat Huraian (AH) -Terdiri daripada satu hingga lima ayat. -Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana) -Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Ayat Contoh (AC) -Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh. -Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan. -Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.

Contoh Karangan Bahasa Melayu (bm) Spm (tingkatan 4, 5): Koleksi (5)

Ayat Penegas (AP) -Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi. -AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan -maksud yang sama dengan AT.

Contoh

Peringatan : -Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja. -Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan. -Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).

Ayat Kesimpulan (AK) -Terdiri daripada satu hingga dua ayat . -Merumuskan keseluruhan karangan. -Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

Doc) Frasa, Ayat, Ungkapan Yang Menarik Dan Matang Untuk Karangan Bahasa Melayu Spm

Ayat Cadangan (AC) -Terdiri daripada satu hingga dua ayat. -Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan. -Tidak memerlukan huraian panjang.

Ayat Harapan (AH) -Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan. -Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC. -Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Laman

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. 2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis. 3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk. 4. Perenggan yang seimbang dan sekata. 5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

Laman Bahasa Melayu Spm: Contoh Karangan Berfokus Masyarakat Terbaik

Sesebuahkarangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut : 1. Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya. 2. Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat aktif, ayat pasif dan seumpamanya. 3. Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini, anjakan paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya. 4. Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan. 5. Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas. 6. Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap. 7. Tulisan kemas, bersih dan selesa dipandang.

1. Gagal mengarang mengikut jumlah kata yang dikehendaki. 2. Mampu menulis tujuh perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang. 3. Calon menggunakan peribahasa yang tidak sesuai. 4. Kosa kata yang digunakan terhad / umum. 5. Memulakan ayat dengan salah – menggunakan itu / ini 6. Idea tidak menunjukkan kematangan calon. 7. Menghuraikan dua isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua perenggan. 8. Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan.

Diharapkan nota ini dapat membantu guru dan pelajar dalam membimbing dan menulis karangan yang cemerlang. Sering membuat latihan dapat membantu murid dalam membiasakan diri menulis karangan yang berkualiti.Karangan di atas amat menarik dan dikategorikan sebagai karangan cemerlang atas. Hal ini kerana karangan berkenaan mempunyai kriteria karangan cemerlang yang dihehendaki . Tahniah kepada Melati Syamira Bt. Asmawi kerana berjaya menghasilkan karangan yang cemerlang. Antara kriteria karangan cemerlang tersebut:-

Karangan

Buku Rujukan (sek. Men)

Namun, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan, justeru kesalahan berkenaan akan mempengaruhi impresion pemeriksa. Walaubagaimanapun, hanya satu kesalahan ejaan dikesan iaitu ibu bapa yang sepatutnya dieja terpisah kerana bukan kata majmuk mantap. Justeru, 1/2 markah dipotong. Kesimpulannya, karangan yang dihasilkan oleh pelajar ting empat ini mencabar pelajar ting. lima SMKASAS. Justeru, pelajar ting. lima seharusnya menghasilkan karangan umum yang lebih baik.

Kenapa pelajar di atas mampu menghasilkan karangan bermutu? Persoalan ini mungkin bermain dalam fikiran para pelajar. Jawapannya mudah dan berdasarkan diri pelajar sendiri dan pada pelajar di atas. Untuk makluman pelajar, banyak lagi karangan bermutu yang telah dihasilkan oleh pelajar dan saya tidak mampu untuk memaparkan semua hasilan berkenaan, namun kedua-dua karangan di atas menjadi bahan untuk saya paparkan. Alhamdulillah, hasil kesabaran, pada hari ini saya berjaya menyemak lebih 100 hasilan kerja pelajar, sama ada karangan dan rumusan teks.

Kesimpulannya, saya boleh mengkategorikan hasilan kerja pelajar berkenaan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pelajar pertama ialah pelajar yang sememangnya sudah mantap karangannya semasa di tingkatan tiga dan cuma perlu menaiktarafkan karangan mereka kepada karangan berkonsep menengah atas. Antara penambahbaikan yang dilakukan oleh mereka hanya di bahagian huraian. Mereka hanya menambah huraian kepada empat, dan ada kalanya mampu menulis sehingga lima huraian, bahkan ada yang lebih daripada itu. Jika terdapat perbezaan lain, mungkin dari segi maklumat kerana pelajar menengah atas menulis karangan kepada enam fokus, iaitu fokus diri, fokus keluarga, fokus masyarakat, fokus negara, fokus antarabangsa, dan juga fokus komsas. Justeru, tidak hairanlah mereka mampu menghasilkan karangan bermutu. Tambahan pula, penguasaan kemahiran tatabahasa mereka juga mantap dan ini memberikan mereka lebih kelebihan dan mereka juga sudah menguasai kemahiran membina ayat yang kreatif dan menarik.

Tips Skor Subjek Bahasa Melayu Spm Yang Wajib Anda Tahu!

Golongan pelajar kedua, saya kategorikan kepada pelajar cuba untuk berubah dan berusaha untuk membuat pembaharuan apabila menjejakkan kaki ke tingkatan empat. Mereka cuba untuk menghasilkan karangan cemerlang. Apabila mereka berjaya menghasilkan karangan cemerlang, pada masa yang sama mereka berpendapat mereka telah diiktiraf dan setaraf dengan rakan-rakan yang memang sudah mantap dan sentiasa menghasilkan karangan yang bermutu. Oleh sebab itu, pelajar ini sentiasa meminta saya membuat komentar setiap kali saya menyemak karangan mereka dengan teliti. Pada masa yang sama, saya cuba sedaya upaya menyemak karangan mereka secepat yang mungkin agar mereka dapat melihat prestasi mereka sentiasa menampakan peningkatan semasa menulis karangan. Justeru, kadangkala agak pitam juga untuk membuat semakan pantas kerana tugasan guru memang banyak. Situasi ini juga menyebabkan saya sentiasa membawa balik buku latihan pelajar ke rumah dan memang budaya saya begitu tetapi bebanan yang dihadapi Tuhan sahaja yang tahu. Namun, saya akan berasa bertenang, puas, dan gembira apabila selesai menyemak karangan pelajar. Pelajar sendiri mungkin berasa seronok apabila menerima buku latihan mereka, tambahan pula akan berasa gembira mendapai prestasi karangan mereka sentiasa meningkat.

-

Golongan pelajar ketiga, golongan pelajar yang perlu diberi perhatian dan golongan ini memang tidak mahu berubah dan ibarat pahat dan penukul. Justeru, golongan ini perlu diberi dendaan, sama ada memperbaiki karangan atau menyalin karangan rakan sebaya yang terbaik. Kemungkinan mereka berasa gelisah dan tidak puas hati apabila saya meminta mereka menyalin karangan rakan-rakan mereka. Namun, impak melakukan aktiviti tersebut dengan hati terbuka, dan ingin perubahan mereka akan nampak kreativiti rakan mereka mengahsilkan karangan cemerlang. Secara tulus dan ikhlasnya, golongan pelajar yang dikategorikan dalam kumpulan ini ialah pelajar lelaki. Sikap malas, tidak mahu menghasilkan karangan yang baik menyebabkan mereka sentiasa ditakuk yang lama. Tambahan pula, budaya kerja mereka setakat melepas batok di tangga. Sudahlah bersikap demikian, mereka juga malas untuk menyemak semula karangan dan secara langsung mereka kerap melakukan kesalahan tatabahasa, binaan frasa dan ayat yang tidak gramatis, melakukan kesalahan ejaan dan adakalanya melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang pelajar yang berada di sekolah kluster atau pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan PMR. Mereka juga, faham bahawa untuk menghasilkan karangan cermerlang mereka perlu melaksanakan atau mengaplikasikan kiteria karangan cemerlang yang sering diperingatkan. Kesimpulannya, pelajar SMKASAS boleh melakukan, boleh berjaya, dan boleh menghasilkan karangan cemerlang yang diharapkan. Berusahalah untuk berubah, berusaha untuk berjaya kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan. Selamat Berjaya dan hasilkanlah karangan dan apa sahaja kerja atau latihan Bahasa Melayu dengan cemerlang kerana Kecemerlangan Ialah Budaya Kita. Justeru, kepada pelajar tingkatan lima terutamanya, berusahalah untuk kejayaan anda. Saya dan guru-guru SMKASAS dan khususnya guru bahasa Melayu memang mengharapkan anda semua cemerlang.Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu ( Tajuk :Masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat.Bincangkan punca-punca dan usaha-usaha/langkah-langkah mengatasi masalah ini.) Dalam masyarakat kini, masalah sosial semakin tambah dan dipaparkan

Post a Comment for "cara membuat karangan bahasa melayu spm"