cara mandi wajib selepas onani
Saya ada satu persoalan. Wajibkah seseorang itu mandi wajib jika dia sengaja beronani tanpa keluar air mani, walaupun untuk perempuan? Dan sekiranya dia waswas terhadap air atau cecair yang keluar dan mengambil jalan untuk mandi wajib adakah memadai? Mohon pencerahan mengenai perkara ini.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Selepas Onani />
“(Dan golongan yang beriman itu) adalah mereka yang memelihara kemaluan mereka. Melainkan ke atas para isteri mereka atau hamba-hamba sahaya mereka, sesungguhnya mereka itu tidak tercela. Maka sesiapa yang mencari-cari di sebalik itu mereka merupakan golongan yang melampaui batas.”
Apakah Pelaku Onani Atau Masturbasi Wajib Mandi Besar ?
“Tidak halal menggunakan zakar melainkan kepada isteri atau kepada hamba perempuan yang dimiliki. Dan tidak halal juga perbuatan istimna’ (mengeluarkan air mani).”
Kami jelaskan terlebih dahulu definisi bagi perkataan onani. Onani ialah perbuatan mengeluarkan mani dengan tangan. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 1097) Lafaz الاستمناء atau onani itu berasal dari kata terbitan استمنى iaitu usaha mengeluarkan air mani. Manakala dari sudut istilah pula ia membawa maksud mengeluarkan air mani tanpa melalui proses persetubuhan, sama ada secara haram seperti menggunakan tangan bagi memenuhi tuntutan syahwat, ataupun secara tidak haram, seperti mengeluarkan air mani melalui tangan isteri. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 4/97)
Secara umumnya, perbuatan onani yang mewajibkan pelakunya untuk mandi wajib, diikat dengan syarat keluarnya air mani. Sekiranya air mani tidak keluar disebabkan oleh zakar yang menahannya daripada keluar dan dia tidak mengetahui (atau nampak tanda-tanda) mengenai keluarnya air mani tersebut selepas itu, maka majoriti ulama termasuk mazhab Syafie mengatakan tidak perlu mandi wajib. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/140)
Onani Berkali Kali, Perlukah Mandi Junub Berulang Kali?
“Wajib ke atas seorang perempuan yang beronani untuk mandi wajib, sekiranya keluar air mani kerana perbuatan onaninya itu, dengan apa cara sekalipun.”
Oleh itu, difahami daripada kenyataan di atas, sekiranya seseorang perempuan itu beronani tetapi tidak sampai mengeluarkan air mani, maka tidak wajib ke atasnya untuk mandi wajib.
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّجُلِ يَجِدُ الْبَلَلَ وَلاَ يَذْكُرُ احْتِلاَمًا قَالَ : يَغْتَسِلُ. وَعَنِ الرَّجُلِ يَرَى أَنَّهُ قَدِ احْتَلَمَ وَلاَ يَجِدُ الْبَلَلَ قَالَ: لاَ غُسْلَ عَلَيْهِ. فَقَالَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ: الْمَرْأَةُ تَرَى ذَلِكَ أَعَلَيْهَا غُسْلٌ قَالَ: نَعَمْ ، النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ
Amalan Di Dunia.: Panduan Mandi Wajib Yang Betul
“Rasulullah SAW telah ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati dirinya basah tetapi dia tidak ingat mimpinya. Rasulullah SAW menjawab: Dia hendaklah mandi. Baginda juga ditanya tentang seorang lelaki yang bermimpi tetapi mendapati dirinya tidak basah. Baginda menjawab: Dia tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim pula bertanya: Jika perempuan bermimpi demikian, adakah dia wajib mandi? Rasulullah SAW menjawab: Ya, kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki.”
Berbalik kepada persoalan di atas, seorang perempuan yang beronani hukumnya sama seperti lelaki yang beronani iaitu diwajibkan untuk mandi sekiranya keluar air mani kerana perbuatan onaninya itu, dan sekiranya tidak keluar air mani maka tidak diwajibkan untuk mandi.
وَلَوْ أَنْزَلَتْ الْمَرْأَةُ الْمَنِيَّ إلَى فَرْجِهَا فَإِنْ كَانَتْ بِكْرًا لَمْ يَلْزَمْهَا الْغُسْلُ حَتَّى يَخْرُجَ مِنْ فَرْجِهَا لِأَنَّ دَاخِلَ فَرْجِهَا فِي حُكْمِ الْبَاطِنِ وَلِهَذَا لَا يَلْزَمُهَا تَطْهِيرُهُ فِي الِاسْتِنْجَاءِ وَالْغُسْلِ فَأَشْبَهَ إحْلِيلَ الذَّكَرِ وَإِنْ كَانَتْ ثَيِّبًا لَزِمَهَا الْغُسْلُ لِأَنَّهُ يَلْزَمُهَا تَطْهِيرُ دَاخِلِ فَرْجِهَا فِي الِاسْتِنْجَاءِ فَأَشْبَهَ الْعُضْوَ الظَّاهِرَ
Media.my: Ragu Keluar Mani Atau Mazi
“Jika seorang perempuan itu telah keluar air mani sehingga sampai ke farajnya, maka sekiranya dia seorang anak dara (belum pernah berkahwin dan disetubuhi), tidak wajib ke atasnya untuk mandi sehinggalah air mani tersebut keluar daripada farajnya kerana bahagian dalam farajnya mengambil hukum bahagian anggota dalam (bukan zahir dan nampak). Oleh kerana itu, tidak wajib ke atasnya membersihkan bahagian dalam farajnya ketika beristinja’ dan mandi wajib sepertimana hukum urethra (saluran kencing) zakar. Manakala sekiranya dia seorang thayyib (pernah berkahwin dan disetubuhi), wajib ke atasnya untuk mandi kerana diwajibkan juga ke atasnya untuk membasuh bahagian dalam farajnya ketika beristinja’. Maka ia menyerupai hukum anggota zahir (yang nampak).”
Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff dan al-Khatib al-Syirbini menjelaskan lagi bahawa seorang perempuan itu, tidak wajib untuk mandi melainkan setelah keluar air mani. Bagi anak dara (belum pernah berkahwin dan disetubuhi), wajib ke atasnya untuk mandi sekiranya air mani telah keluar dari farajnya (melepasinya). Manakala bagi

(pernah berkahwin dan disetubuhi) pula, wajib ke atasnya untuk mandi sekiranya air mani tersebut telah sampai di tempat yang wajib untuknya basuh ketika beristinja’ (sekalipun masih belum keluar melepasi farajnya), iaitu bahagian yang terzahir (nampak) ketika duduk atas kedua kakinya (duduk bercangkung) atau sewaktu qada’ hajat (buang air). (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 114, Mughni al-Muhtaj, 1/214 dan al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 16/49) Ini juga adalah merupakan pendapat Imam al-Hattab al-Maliki. (Lihat Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar Khalil, 1/307)
Wanita Beronani Tetapi Tidak Keluar Air Mani
Terlebih dahulu, kami ingin sebutkan di sini beberapa tanda yang telah disebutkan oleh para ulama yang menunjukan bahawa ia adalah air mani dan wajib ke atas sesiapa yang ada salah satu daripada tanda-tanda ini untuk mandi wajib, tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Tanda-tandanya ialah :
Walau bagaimanapun, Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff juga menegaskan bahawa bukanlah tanda air mani itu mesti bewarna putih atau keluarnya dengan diiringi lembiknya zakar atau rasa lemah. Akan tetapi, ia hanyalah perkara yang menunjukan kebiasaannya begitu. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 116)
Oleh itu, sekiranya perempuan tersebut tidak pasti atau waswas terhadap air yang keluar sama ada air mani atau mazi selepas beronani. Juga tidak terdapatnya sebarang rasa atau tanda-tanda lain yang menunjukan bahawa air maninya telah pun keluar. Dalam kes ini, perempuan tersebut diberi pilihan sama ada cenderung untuk menganggapnya sebagai air mani atau air mazi. Sekiranya dia cenderung untuk menganggapnya sebagai air mani, maka wajib ke atasnya untuk mandi. Dan sekiranya dia cenderung untuk menganggapnya sebagai air mazi, maka wuduknya telah terbatal dan perlu membasuhnya. Akan tetapi, adalah lebih baik (afdhal) untuk dia menghimpunkan kedua-duanya sekali iaitu mandi wajib dan membasuh bahagian yang terkena air tadi. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 116-117) Pilihan yang ketiga ini lebih selamat dan keluar daripada khilaf.Assalamualaikum tuan, sekiranya seseorang itu beronani berulangkali dalam sesuatu masa, atau seseorang itu mengadakan hubungan suami isteri berkali-kali, adakah dia perlu mandi wajib dengan jumlah yang banyak juga atau memadai sekali mandi junub sahaja ?
Tutorial Mandi Junub (besar) Buat Agan Agan Yang Sering Onani
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Sebelum kami menjawab persoalan di atas dengan lebih lanjut, kami menyatakan keperluan untuk mengulas berkenaan perbuatan onani dan juga hukumnya di dalam Islam. Dari sudut bahasa, onani berasal dari kata terbitan استمنى yang bererti usaha mengeluarkan air mani. Manakala dari sudut istilah ia membawa maksud: ‘’Mengeluarkan air mani tanpa melalui proses bersetubuh, sama ada secara haram seperti menggunakan tangan bagi memenuhi tuntutan syahwat, ataupun secara tidak haram, seperti mengeluarkan air mani melalui tangan isteri’’.

Maksudnya: (Dan golongan yang beriman itu) adalah mereka yang memelihara kemaluan mereka. Melainkan ke atas para isteri mereka atau hamba-hamba sahaya mereka, sesungguhnya mereka itu tidak tercela. Maka sesiapa yang mencari-cari di sebalik itu mereka merupakan golongan yang melampaui batas.
Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Betul Dan Lengkap Beserta Niat
Berdasarkan kepada ayat di atas, para ulama kebanyakannya menyatakan bahawa hukum beronani adalah haram. Imam Al-Syafie Rahimahullah dalam ulasan beliau kepada ayat ini berkata:
Maksudnya: Tidak halal menggunakan zakar melainkan kepada isteri atau kepada hamba perempuan yang dimiliki. Dan tidak halal perbuatan istimna’ (mengeluarkan air mani).
Manakala para ulama yang mengharamkan ini adalah melibatkan orang lelaki dan juga orang perempuan. Kata Imam al-Ruhaibani dari kalangan fuqaha hanabilah: ‘’Dan sesiapa yang beronani dari kalangan lelaki dan perempuan tanpa sebarang hajat, maka haram melakukannya dan dia dihukum takzir atas perbuatan tersebut kerana ia merupakan suatu maksiat’’. Rujuk Mathalib Ulil Nuha, Al-Ruhaibani (6/226).
Kesan Melancap Setiap Hari, Bukan Sahaja Pada Tubuh Tapi Juga Otak!
Justeru, secara umumnya perbuatan beronani adalah haram di sisi syarak, dan yang lebih utama bagi seseorang itu adalah mengikut petunjuk Rasulullah SAW kepada para pemuda yang tidak mampu berkahwin iaitu dengan cara membiasakan diri dengan puasa yang boleh mengurangkan keinginan dan mengajar cara-cara bersabar serta memperteguhkan keimanan, ketakwaan yang ada dalam diri seperti yang disimpulkan oleh baginda SAW dalam sabdanya:
Maksudnya: Wahai para pemuda, barangsiapa yang sudah ada kemampuan dalam kalangan kamu hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu lebih menjamin pandangan dan lebih kuat memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak ada kemampuan (untuk berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pelindung kepadanya (dalam mengekang hawa nafsu).

Selain daripada itu hendaklah dicegah sejak awal keinginan seksual yang sia-sia itu dengan cara menundukkan pandangan, sama ada bagi lelaki ataupun wanita, supaya tidak terbawa-bawa sehingga mengakibatkan gangguan kepada tubuh badan dan fikiran. Ini jelas dinaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
Mat Pai M. Arsyad
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”
إذَا أَحْدَثَ أَحْدَاثًا مُتَّفِقَةً أَوْ مُخْتَلِفَةً كَفَاهُ وُضُوءٌ وَاحِدٌ بِالْإِجْمَاعِ وَكَذَا لَوْ أَجْنَبَ مَرَّاتٍ بجماع امرأة واحدة ونسوة أَوْ احْتِلَامٍ أَوْ بِالْمَجْمُوعِ كَفَاهُ غُسْلٌ بِالْإِجْمَاعِ سواء كَانَ الْجِمَاعُ مُبَاحًا أَوْ زِنًا وَمِمَّنْ نَقَلَ الاجماع فيه أبو محمد بن حزم وَاَللَّهُ أَعْلَمُ
Apakah Setelah Masturbasi Wajib Mandi Junub?
Maksudnya: Apabila
Post a Comment for "cara mandi wajib selepas onani"