Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara memajukan sektor pelancongan

cara memajukan sektor pelancongan

Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Keindahan panorama dengan pasir yang memutih dan laut yang membiru sering menggamit pelancong datang ke negara ini. Buktinya, industri pelancongan Malaysia merekodkan purata kemasukan pelancong asing sebanyak dua juta setahun. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.

Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.

CaraSektor Pelancongan />

Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk memajukan industri pelancongan.

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia [2023]

Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan, peraturan imigresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia dengan perbelanjaan yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang menjadi destinasi pelbagai pelancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana, mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraf tangan, dan coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Kesimpulannya, usaha daripada semua pihak perlu bagi meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam industri pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.

Konklusinya, tidak dapat disangkal lagi bahawa semua pihak terutamanya kerajaan memikul tanggungjawab yang dominan untuk memajukan industri pelancongan di negara ini. Namun, kita sebagai anggota masyarakat perlu turut membantu. Hendrik Ibsen berkata ‘masyarakat adalah seperti perahu, semua orang perlu membantu untuk menentukan arah kemudinya’. Tanpa kombinasi usaha yang cukup padu dalam kalangan anggota masyarakat, nescaya tanggungjawab untuk memajukan industri pelancongan akan terabai. Peribahasa Melayu menyebut ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. Dengan kelestarian panorama semula jadi, kemudahan awam bertaraf dunia pastinya nama Malaysia akan gah di persada dunia dan menjadi tempat yang tidak boleh dipinggirkan daripada kamus pelancongan dunia.Terdapat pelbagai kaedah dalam memastikan pelajar menguasai penulisan karangan Bahasa Melayu antaranya adalah dengan melakukan latihan tambahan. Pelajar juga boleh mencari contoh penulisan karangan secara atas talian seperti yang dikongsikan di bawah. Sebagai panduan pelajar, berikut dikongsikan contoh karangan langkah-langkah memajukan industri pelancongan negara (di Malaysia).

Usaha

Cara Memajukan Industri Pelancongan

Untuk makluman semua, penulisan karangan Bahasa Melayu mempunyai pelbagai tajuk dan tema yang berpotensi menjadi soalan pilihan karangan dalam peperiksaan. Oleh itu, dengan pendedahan yang cukup, pelajar mampu menjawab soalan dan mengarang penulisan yang baik dan cemerlang. Bimbingan serta rujukan daripada guru masing-masing juga penting supaya pelajar menepati kehendak soalan yang diberikan.

Sedasawarsa ini, Malaysia semakin dikenali sebagai lokasi pelancongan pilihan warga asing terutamanya daripada negara beriklim sejuk. Kedudukan geografi negara yang terletak di garisan khatulistiwa telah menyebabkan cuaca yang panas dan lembap di mana ia menjadi antara faktor yang menarik pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia. Selain itu, kepelbagaian bentuk muka bumi seperti deretan pulau, gunung-ganang dan bandaraya yang penuh dengan keunikan budaya dan bangsa juga merupakan faktor penarikan pelancong. Izharnya, sektor pelancongan telah menjadi antara pendorong kerancakan ekonomi negara sejak kebelakangan ini. Maka, bagi memaksimakan potensi yang terdapat pada industri pelancongan negara, wajar untuk kita bincangkan langkah-langkah yang mampu membawa industri pelancongan negara ke tahap yang lebih baik.

Cuit

Langkah pertama yang perlu diusahakan dalam memastikan industri pelancongan negara berada di tahap terbaik adalah dengan meningkatkan prasarana awam. Pihak kerajaan berperanan dalam melengkapkan kemudahan awam seperti jaringan pengangkutan dan perhubungan di dalam negara supaya ia menjamin keselesaan pelancong untuk berkunjung ke seluruh kawasan di Malaysia. Dengan adanya rangkaian perhubungan yang lengkap seperti lapangan terbang, lebuhraya dan pengangkutan awam yang efektif, tahap ketersampaian akan menjadi lebih baik. Hasilnya, pelancongan desa dan agro dapat meningkatkan jumlah pelancong domestik mahupun antarabangsa. Bak kata peribahasa Melayu, sambil menyelam minum air di mana inisiatif melengkapkan prasarana awam bukan sahaja dapat meningkatkan industri pelancongan malah memastikan kesejahteraan hidup masyarakat konvensional terjamin.

Usaha Usaha Memajukan Industri Pelancongan

Seiring dengan langkah di atas, industri pelancongan akan bertambah maju sekiranya pihak berkuasa mengukuhkan tahap keselamatan dalam negara. Mutakhir ini, pelbagai kes jenayah seperti kes penculikan, ragut dan rompakan telah memenuhi dada-dada akhbar serta menjadi berita utama di televisyen. Senario ini akan menimbulkan kebimbangan para pelancong terutamanya pelancong asing yang berhasrat untuk berkunjung ke Malaysia. Bagi menjernihkan air yang semakin keruh, pihak berkuasa hendaklah melaksanakan inisiatif keselamatan negara yang lebih menyeluruh. Sebagai contoh, penambahan bilangan anggota keselamatan di kawasan tumpuan pelancong atau pemasangan kamera litar tertutup sebagai mata-mata yang mampu menjejak perkara yang meragukan atau berpotensi menyebabkan kejadian jenayah berlaku. Intihannya, pelancong akan lebih selesa untuk berkunjung tanpa memikirkan ancaman keselamatan terhadap diri mereka serta imej negara terpelihara.

Cara

Mekasnime lain yang boleh dilaksana bagi memajukan industri pelancongan negara adalah dengan menganjurkan acara antarabangsa dengan lebih kerap. Sebelum ini, Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menganjurkan Kejohanan Formula 1 dengan adanya Litar Antarabangsa Sepang. Terdapat juga penganjuran acara lain seperti Le Tour de Langkawi dan Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) yang mendapat sambutan yang memberansangkan dalam kalangan pelancong asing dan tempatan. Walaupun penganjuran acara sukan atau pameran antarabangsa memakan kos yang tinggi tetapi pulangan yang terhasil adalah berbaloi. Hal ini demikian kerana, kedatangan pelancong asing bukan sahaja tertumpu pada musim tertentu sahaja tetapi ia akan berterusan sepanjang tahun untuk menyertai acara atau kejohanan antarabangsa yang dianjurkan dalam negara. Persis peribahasa Melayu, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Jelaslah bahawa penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan industri pelancongan negara kerana peserta atau atlet yang menyertai acara terbabit akan menjadi ejen pelancongan negara serta membuka mata peminat mereka di seluruh pelusuk dunia terhadap keunikan tanah air kita.

Bagi mendokong langkah-langkah yang telah diutarakan, industri pelancongan negara seharusnya dipromosikan dengan teknik pemasaran yang unggul. Langkah ini adalah mustahak kerana dalam mendepani era teknologi dan globalisasi hari ini, kumpulan sasar sesuatu perkara dapat diperluaskan ke segenap pelusuk dunia. Dengan perkembangan teknologi tanpa batasan, kita dapat menghasilkan iklan atau video yang boleh ditonton oleh semua pengguna teknologi pintar. Maka, bagi menarik kehadiran pelancong untuk berkunjung ke negara kita terutamanya dalam kalangan pelancong antarabangsa, teknik pemasaran yang efektif harus dilaksanakan. Sebagai contoh, hasil produk dan tenaga kerja penyiaran tempatan, saluran GO ASEAN telah berjaya memaparkan kecantikan dan keunikan kawasan pelancongan dalam negara ke pasaran dunia. Pendekatan menggunakan personaliti atau selebriti untuk menikmati aktiviti pelancongan di tempat-tempat tertentu merupakan formula terbaik dalam menarik perhatian pelancong serta memaparkan infrastruktur yang selesa bagi para pelancong.

Langkah

Doc) Isu Pelancongan

Secara tuntasnya, pelbagai langkah yang boleh digarap oleh semua pihak dalam meningkatkan tahap kemajuan industri pelancongan negara. Setiap inisiatif yang direncanakan memerlukan obligasi dan komitment yang jitu dari pihak yang terbabit seperti kerajaan, kakitangan awam, agensi pelancongan dan pengusaha pusat pelancongan. Masyarakat pula seharusnya menyokong usaha pragmatik yang diperkenalkan dengan kerap melancong di pusat-pusat pelancongan dalam negara. Keindahan dan kekayaan alam semula jadi serta keunikan budaya kita seharusnya menjadi agenda utama dalam mempromosikan negara di persada antarabangsa. Semua pihak seharusnya sedar bahawa industri pelancongan negara mempunyai potensi yang besar dan setanding dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Diharapkan agar Malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara asing lain khususnya dalam memacu industri pelancongan sebagai penyumbang utama perkembangan ekonomi negara.

Post a Comment for "cara memajukan sektor pelancongan"