Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara mengatasi gejala sosial

cara mengatasi gejala sosial

Antara isu-isu yang menjadi soalan kegemaran untuk menjadi tajuk soalan karangan adalah isu sosial. Topik ini seringkali menjadi perbincangan antara guru dan murid di sekolah supaya mereka mengambil iktibar daripada latihan yang dilakukan dan tidak terjebak dalam kancah masalah sosial. Itulah pendidikan secara tersirat yang dipraktikkan dalam modul pendidikan negara. Maka di bawah dikongsikan contoh isi dan karangan berkaitan dengan peranan ahli keluarga dalam menangani masalah sosial.

Pelajar mempunyai kebebasan untuk menulis dalam penulisan karangan mengikut tahap kreatif dan kritis yang dimiliki oleh pelajar. Namun begitu, pelajar dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada guru di sekolah masing-masing supaya penulisan karangan pelajar menepati kehendak soalan. Latihan tambahan secara konsisten akan membantu pelajar untuk mendapatkan gaya penulisan yang baik seterusnya cemerlang dalam peperiksaan.

LangkahMengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja - Cara Mengatasi Gejala Sosial />

Dewasa ini, sering terpampang di dada-dada akhbar melaporkan tentang anak-anak muda yang terjerumus ke dalam masalah sosial seperti ketagihan dadah dan pergaulan bebas yang merencat perkembangan yang baik untuk generasi masa hadapan. Ramai di antara pelaku sebenarnya berasal daripada keluarga yang mempunyai masalah dan gagal dalm membimbing mereka ke jalan yang benar. Jelaslah bahawa keluarga memainkan peranan yang utama sekali dalam memastikan ahli keluarga tidak terjebak dengan sebarang masalah sosial yang membelenggu masyarakat kita hari ini.

Cara Menangani Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja

Bapa borek, anak rintik, itulah peribahasa Melayu yang sesuai sekali dalam menunjukkan tanggungjawab menjadi seorang ibu atau bapa. Anak-anak dalam keluarga akan melihat dan melakukan apa yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Jika baik sikap ibu bapa maka baiklah anak-anak mereka. Jika buruk sikap ibu bapa maka tunggu dan lihatlah bagaimana anak-anak itu membesar kelak. Oleh itu, Ibu dan bapa serta ahli keluarga seharusnya menjadi tauladan yang terbaik kepada anak-anak supaya mereka sedar dan lihat manfaat dalam menjaga perilaku dan bersikap baik hati atau ringan tulang dalam kehidupan seharian. Penerapan nilai-nilai murni yang di ajarkan di sekolah dalam subjek pendidikan sivik tidak cukup sekiranya tidak dipraktikkan di rumah oleh seluruh ahli keluarga. Keluarga yang harmoni, menjamin kebahagiaan setiap ahli dan sekaligus melahirkan insan yang terbaik serta akan menyumbang sesuatu yang berharga kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, kesibukan dalam mengejar karier seringkali menjadi batu penghalang dalam memastikan hubungan dalam ahli keluarga itu kekal dalam kasih sayang yang cukup. Ibu bapa atau anak-anak yang telah bekerjaya haruslah meluangkan masa untuk bersama-sama ahli keluarga sekurang-kurangnya dengan panggilan telefon. Perbualan pertanyaan khabar akan membawa kepada perkongsian masalah atau luahan hati oleh ahli keluarga yang memerlukan sekiranya mereka menghadapi masalah dalam kehidupan mereka. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya maka, ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih tua mampu menasihati mereka yang lebih muda dalam menghadapi kesulitan. Terdapat kes yang membuktikan tiada perkongsian dalam keluarga menjadi punca kepada mereka untuk melakukan gejala-gejala sosial yang mendatangkan keburukan bukan sahaja kepada mereka malah keluarga dan orang sekeliling mereka.

Dalam pada itu, didikan agama dan insaniah dalam keluarga amat penting bagi menghalang masalah sosial ini. Penerapan ilmu agama dapat membantu membentuk sahsiah yang baik dan menangkis anasir-anasir negatif yang membawa kepada gejala sosial. Setiap agama sudah pasti mengutamakan disiplin diri yang baik dalam mencapai tahap kerohanian yang baik. Melentur buluh  biarlah dari rebungnya, didikan anak-anak sejak dari kecil menjamin hasil yang berbaloi pada masa hadapan sekaligus memberi kita kejayaan dalam membesarkan amanh yang dikurniakan Tuhan. Sokongan moral juga penting dalam memastikan ahli-ahli keluarga kekal mempunyai matlamat diri yang jelas dan ke arah yang positif. Sokongan ini adlah bentuk kasih sayang yang perlu bagi anak-anak terutamanya dalam mengejar cita-cita mereka supaya terus bermotivasi tinggi dan rasa dihargai oleh ahli keluarga mereka sendiri.

DOC)

Contoh Masalah Sosial Di Indonesia

Usaha lain dalam memastikan peranan ahli keluarga untuk menangani masalah sosial adalah dengan kerap berziarah dan berkunjung ke rumah ahli keluarga yang tinggal berjauhan dengan kita. Hal ini kerana, kita boleh lihat dengan mata kita sendiri samada ahli keluarga kita itu dalam keadaan yang baik atau memerlukan bantuan. Kita sebagai darah daging dan orang yang rapat dengan mereka hendaklah menghulurkan segala bantuan yang kita mampu kepada ahli keluarga kita sekiranya mereka menghadapi masalah. Situasi ini, sering berlaku kepada golongan muda yang masih berjinak dengan bidang pekerjaan dan terdedah kepada gejala sosial yang akan meruntuhkan harapan keluarga dan diri mereka juga.

Konklusinya, ahli keluarga berperanan penting dalam memastikan ahli keluarga yang lain tidak terjebak dalam masalah sosial. Pengaruh-pengaruh rakan sebaya atau media massa dapat ditangkis sekiranya langkah-langkah di atas dapat dilaksanakan. Semoga masalah yang membelenggu masyarakat kita ini dapat diselesaikan dengan inisiatif dari pelbagai pihak supaya generasi modal insan kelas pertama akan terhasil. Masa depan negara bergantung kepada tahap sosial rakyatnya maka kita seeharusnya berganding bahu memastikan orang sekeliling kita bersosial secara sihat serta dapat menjalani kehidupan yang harmoni aman dan sentosa.PERKAITAN ANTARA PERSEKITARAN KELUARGA DENGAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI KALANGAN REMAJA DI DAERAH PONTIAN RAZAL AZUAN BIN HAMZAH Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara persekitaran keluarga dengan tingkah laku devian di kalangan remaja di Daerah Pontian. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah menengah di Daerah Pontian, Johor. Teknik persempelan bertujuan telah digunakan untuk mengenalpasti 120 orang responden untuk kajian ini. Kajian ini memgunakan instrumen yang mengandungi 5 bahagian utama iaitu bahagian A untuk memerihal latar belakang responden, bahagian B yang mengandungi 27 item untuk melihat tahap kerapatan hubungan, bahagian C yang mengandungi 11 item yang melihat kawalan dan didikan disiplin, bahagian D mengandungi 18 item melihat tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan bahagian terakhir iaitu bahagian E yang melihat tahap tingkah laku devian yang mengandungi 20 item. Tahap kerapatan hubungan di ukur dengan menggunakan skala Benda (1995). Manakala Child Report of Parental Monotoring And Parent Disciplines Scale (Patterson & Capaldi, 1989) telah digunakan untuk mengukur tahap kawalan dan didikan disiplin ibu bapa terhadap golongan remaja. Penglibatan dan sokongan ibu bapa diukur dengan menggunakan skala Gecas & Schwable (1986) dengan pengubahsuaian telah dilakukan oleh Shamsuddin (1994), dan yang terakhir Tingkah laku devien dalam konteks kajian akan menggunakan kaedah pengukuran berdasarkan “Skala Delinkuein” oleh (Junger, 1997) yang telah diubahsuaian mengikut keperluan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social science For Windows (SPSS versi 12). Analisis diskriptif digunakan untuk menganalisis frekuensi, peratus, purata dan sisihan piawai. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipothesis kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara kerapatan hubungan ibu bapa dengan tingkah laku devian (r = 0.348, p ≤ 0.01) 2; terdapat perkaitan yang signifikan kawalan dan didikan disiplin ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja (r = -0.347, = p≤ 0.01) dan 3; tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara penglibatan dan sokongan ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja. (r = -0.086, p>0.05). Dapatan kajian ini menyimpulkan mendapati tahap kerapatan hubungan ibu bapa remaja dan kawalan dan didikan disiplin ibu bapa imempunyai perkaitan dengan tingkah laku devian remaja.

Peranan

Oleh NURUL IZZAR SIDEK Pemahaman tentang konsep mentauhidkan Allah menjadikan remaja Muslim kalis dipengaruhi dakyah golongan kuffar.-Gambar hiasan ISU akidah adalah perkara pokok bagi remaja Islam. Di tengah-tengah simpang siur aliran pemikiran yang pelbagai, landasan akidah adalah amat penting bagi remaja. Akidah diambil daripada akar kata aqa'id iaitu tautan atau ikatan diri terhadap Allah.

Hubungan Akidah Dengan Masalah Sosial

GAYA ASUHAN IBU BAPA DAN HUBUNGANNYA DENGAN SALAH LAKU PONTENG DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH FELDA DI DAERAH ROMPIN, PAHANG MOHD RIZAL BIN ATAN nabiluqail@yahoo.com.my SUPIAN BIN HASHIM sufiansegamat@gmail.com KHADIJAH BINTI DAUD p-khadijah@utm.my UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan salah laku ponteng dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Felda di Daerah Rompin, Pahang. Tiga jenis gaya asuhan ibu bapa menggunakan Model Baumrind (1971) iaitu gaya asuhan jenis autoritarian, autoritatif dan permisif digunakan dalam kajian ini. Tinjauan dilakukan dalam kalangan pelajar yang pernah melakukan salah laku ponteng berdasarkan bilangan ketidakhadiran tanpa sebab ke sekolah. Kajian ingin melihat apakah gaya asuhan yang paling dominan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar yang pernah melakukan salah laku ponteng. Kajian juga melihat perhubungan antara jenis gaya asuhan ibu bapa dengan salah laku ponteng pelajar dan perbezaan jenis gaya asuhan ibu bapa berdasarkan jantina. Selain itu, kajian juga melihat perbezaan jenis gaya asuhan berdasarkan status ekonomi keluarga. Seramai 223 orang pelajar yang terlibat dengan salah laku ponteng tanpa sebab dari enam buah sekolah Menengah Felda di Daerah Rompin, Pahang telah dipilih sebagai responden. Instrumen soal selidik berdasarkan skala Likert telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Data kajian dianalisis dengan teknik min, sisihan piawai, korelasi Spearman rho, ujian-t dan Anova menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan gaya asuhan permisif merupakan gaya asuhan yang paling dominan dengan min=4.02. Pekali Korelasi Spearman digunakan untuk melihat kekuatan hubungan antara jenis gaya asuhan dengan salah laku ponteng. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya asuhan dengan salah laku ponteng sekolah. Hasil Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis gaya asuhan dengan salah laku ponteng berdasarkan jantina manakala ujian Anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara jenis gaya asuhan berdasarkan status ekonomi keluarga. Implikasi dan beberapa cadangan penambahbaikan dalam amalan gaya asuhan ibu bapa dan peranan pihak sekolah bagi menanganinya bagi kajian lanjutan turut dikemukakan. Kata kunci : gaya asuhan ibu bapa, salah laku ponteng , menengah rendah, remaja, FELDA PENGENALAN

PDF)

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja merupakan individu yang berkembang dari saat pertama kali menunjukkan tanda-tanda seksual sekundernya sehinggalah saat ia mencapai kematangan seksual. Remaja mengalami perkembangan biologi, psikologi, dan dan sosiologi

Post a Comment for "cara mengatasi gejala sosial"