Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara menghilangkan kuman gbs

cara menghilangkan kuman gbs

Pengalaman GBS Positive Semasa Mengandung. Risiko Tinggi Pada Bayi lAssalamualaikum. Mengandung kali kedua ni memang tak dijangka. Lepas complete bf Syafi sampai 2 tahun setengah, Ana plan untuk pregnant lagi. Tapi belum sampai rezeki. Syafi pula bising bosan takde adik. Hehe.

5 tahun kemudian, ceritanya betul-betul lepas Raya Aidiladha 2019. Tiba-tiba Ana tergerak hati nak buat pregnancy test. Puncanya sebab Ana sembelit teruk. Kedua period datang lewat. Memang tak sangka 2 line yang appear. Ana sampai repeat 3 kali pregnancy test tu sebab tak percaya punya pasal.

CaraMenghilangkan Kuman Gbs />

2 minggu lepas tu, Ana ke klinik untuk scan. Just untuk double confirm sebelum buka buku pink. Lagi satu nak tengok semua ok ke tak sebab beberapa minggu sebelum tu Ana punya sakan gotong royong dekat rumah mak. Siap angkat kuali yang teramat berat dari stor depan ke stor belakang. Alhamdulillah lepas scan, doktor kata semua ok. Uri cantik je dekat atas tu. Dan usia kandungan dalam 6 minggu. Alhamdulillah.

Apakah Itu Gbs ( Group B Streptococcus) ?

Seminggu lepas tu terus buka buku pink. Bila usia kandungan dah 7 minggu, esoknya terus kena minum air gula (MGGT). Malam tu pukul 10 dah kena start puasa dah.

Next check up result MGGT dah keluar. Haha agak kantoi sikit sebab result atas pagar. Terus nurse bagi appointment untuk repeat MGGT masa kandungan 7 bulan. Senyum kambing je lah masa tu. Tapi nak buat macam mana, memang salah sendiri sebab asyikminum air manis je. Pregnant kali ni lain macam sikit. Air kosong memang tak lalu nak telan. Geram pulak rasanya. Mujur susu ibu mengandung Ana boleh minum. Kalau tak, lagi haru.

Masa kandungan masuk bulan ke-3, Ana perasan keputihan semakin banyak. Bila baca, memang normal sebab hormon kan. Masa Syafi dulu pun macam ni juga. So dah tau lah nak buat apa. Kali ni Ana just beli Candid VI dekat farmasi.

Kebas Tangan Ketika Hamil Kebiasaannya Berlaku Pada Trimester Kedua

Peliknya keputihan kali ni tak macam dulu. Tak kurang pun malah siap gatal lagi. Gatal merenyam orang kata. Memang serabut sebab kita tak selesa kan. Cuci macam mana pun tetap gatal. Tapi tahan je lah.

Pejam celik kandungan masuk 7 bulan. Ada satu hari tu masa nak solat Zohor, Ana perasan ada tompokan darah dekat panty. Agak banyak juga. Fresh blood clot lagi. Masa Asar pun still ada lagi tapi sikit je. Hati dah berdebar takut apa-apa jadi dekat baby. Ana siap tepuk-tepuk perut lagi nak tengok baby gerak ke tak. Alhamdulillah baby gerak normal.

Petang tu pergi klinik. Scan tengok baby ok. Uri pun cantik dekat atas. Sebabnya kalau uri dekat bawah, tu agak berbahaya. Discuss punya discuss, doktor suggest Ana ke hospital untuk further examination. Lepas doktor bagi referral letter, Ana terus ke hospital Selayang.

Cara Sederhana Untuk Menghindari Infeksi Saat Hamil

Sampai-sampai hospital macam biasa. Prosedur pertama akan buat CTG. Alhamdulillah heart beat baby normal dan takde contraction. Lepas tu masuk bilik pemeriksaan. Kali ni doktor minta izin untuk seluk untuk tengok kalau ada bukaan. Takde juga bukaan. End up doktor kata darah tu maybe sebab ada luka dekat bahagian dalam tu. Then doktor buat swab test untuk amik sampel dekat kawasan vagina. Result nanti follow up je dekat KK masa check up. Sebelum balik pergi farmasi amik ubat Candid VI tu lagi.

2 hari lepas tu pergi KK untuk 2nd MGTT. Sebab risau result tak cantik, seminggu sebelum tu Ana dah diet sungguh-sungguh. Makan nasi beras perang, banyakkan makan sayur dan minum air kosong je. Hehe. Tak sanggup nak hadap BSP.

Seminggu tepat lepas episod keluar darah tu, sekali lagi ada darah yang keluar masa Ana nak solat Subuh. Kali ni lendir bercampur darah. Ana rasa nak menangis kejap. Apa pula kali ni. Hati dah berdebar-debarbtapi buat-buat kuat. Lepas hantar Syafi pergi sekolah, Ana terus ke KK. Bagitau nurse pasal darah tu. Nurse terus suruh pergi hospital. Dorang takut tu tanda-tanda nak bersalin. Sebelum balik Ana sempat tanya result MGTT last week. Alhamdulillah semua normal.

AKU

Salah Satu Penyakit Langka, Apakah Penyakit Gbs Bisa Disembuhkan?

Lepas Zohor terus ke hospital. Prosedur repeat macam minggu lepas. Result CTG pun sama. Baby ok, contraction takde. Dekat bilik pemeriksaan, kena seluk lagi. Pun takde bukaan. Doktor pun tak tahu kenapa. Just assume maybe sebab luka masa Ana cuci waktu mandi.

Doktor bagitau yang GBS ni common untuk pregnant lady. Cuma aktif atau tak je. Macam kes Ana, GBS Ana aktif. Doktor kata risiko GBS ni hanya pada baby. Ibu tiada risiko pun. Sebabnya bahagian vagina kita tu tengah ada infection (kuman). Masa bersalin nanti (normal delivery), baby akan lalu dekat kawasan tu. So masa tu lah risiko baby untuk terkena jangkitan kuman tu sangat tinggi. Boleh membawa maut tau. Takut giler bila dengar doktor explain masa tu.

Memandangkan Ana dah confirm GPS positive, terus kena warded 3h2m. Sebabnya bila GPS positive ni, ada possibility untuk bersalin awal. So doktor terus plan suntik ubat matangkan paru-paru aka suntikan dexa.

Cara Hilangkan Keputihan Dengan Garlic Complex Shaklee

Untuk tingkatkan peluang baby pramatang untuk hidup lepas bersalin, kurangkan risiko seperti masalah pernafasan, pendarahan dalam otak, jangkitan kuman dan masalah pada salur pencernaan.

Ana kena 2 dos setiap 12 jam. Orang yang ada pengalaman kena suntik dexa je akan faham betapa sakitnya suntikan ni. Haha. Sebabnya kita kena inject dekat bahagian otot. Baca Pengalaman Kena Suntikan Dexa untuk info tentang suntikan ni.

Tanda

Dos pertama memang sakit. Sengal kejap bahagian punggung tu rasanya. Dos ke-2 nurse senior yang inject kan. Dia siap cakap sakit tau injection ni sebab saya pun pernah kena dulu. Ana ye kan je. Tapi supprisingly, kali kedua ni tak sesakit dos 1 tu. Sakit macam kena inject biasa je. Maybe nurse ni dah banyak pengalaman kan.

Gbs: Bermula Dari Kesemutan

Hari ke-3 Ana dah boleh discharge sebab takde darah yang keluar lagi. Cuma kena makan antibiotik yang diberi. Dan doktor pesan kalau ada keluar darah lagi terus ke hospital dan inform ada GBS positif.

Lepas dari tu takde dah keluar darah. Sampai lah minggu ke-39. Masa tu dah seminggu PKP. Masa mandi nak solat zohor Ana perasan ada lendir dan darah keluar. Terus cakap kat suami dah keluar tanda ni. Lepas Asar terus ke hospital. Masa buat CTG nurse kata dah ada contraction. Tapi Ana tak rasa sangat. Doktor check bukaan tengok dah 3cm. So terus warded. Tapi sebelum masuk wad, nurse dah start masukkan antibiotik untuk GBS tu melalui branula. Antibiotik akan diberi setiap 4 jam sampai kita nak bersalin.

Tengah malam tu Ana dah start rasa sakit. Memang tak boleh tidur. Lagi-lagi dengan bunyi baby nangis sana sini. Agak stress juga. Esok pagi doktor check bukaan, still 3cm. Berhuhu kejap sebab sakit makin kuat tapi bukaan macam tu juga. Pukul 10 pagi buat CTG lagi. Baby pulak asyik tido so bacaan tak seperti yang diharap. Puas tepuk-tepuk perut, tetap sama. Last doktor suggest banyak kan minum air. Memang menjadi. Bacaan cantik je lepas tu.

Rs Husada Utama Surabaya

Pukul 12 tengahari doktor check bukaan dah 5cm. Doktor kata pukul 3 petang nanti masuk LR. Terus inform suami. Alhamdulillah masa awal-awal PKP tu, suami masih boleh teman isteri dalam LR. Cuma dalam wad je tak boleh. Nak hantar barang pun tak boleh. Serah pada guard je.

-

Lepas tu, contraction semakin kuat dan kerap. Terasa macam nak patah pinggang tu. Masa 7cm doktor tanya nak try push tak? Ana setuju tapi tak berjaya push lagi. (Sebenarnya lupa cara nak teran. Lol). So doktor suruh tunggu sampai pukul 7 petang tengok bukaan macam mana. Nak sampai kan pukul 7 petang tu kemain seksa rasanya. Tapi doktor pesan juga, kalau rasa macam nak berak bagitau. Memang lah rasa macam nak berak doktor oiii.. Haha. Nurse pula siap suruh tahan jangan teran masa contraction tu datang. Mana boleh nak control bila dah sakit tu.

Dalam pukul 5.30 petang Ana dah tak sanggup nak tahan sakit. Rasa sakit macam nak berak tu makin kuat. Terus cakap doktor saya nak teran. Terus doktor panggil nurse semua. Kali ni Ana nekad nak teran jugak. Contraction sampai je Ana terus teran.

Sederhana, 10 Cara Mudah Cegah Infeksi Pada Ibu Hamil

Masa first teran tu dorang kata ok dah nampak kepala baby. Tapi Ana pulak tak cukup nafas. Mengandung kali ni memang nafas Ana pendek. Nak curi nafas pun tak cukup. Tapi cuba juga. Masa nak teran balik tu, Ana teran sunguh-sungguh sampai berdengung telinga. Tak dengar apa-apa dah dekat sekeliling. Tapi sempat fikir eh bahaya tak macam ni. Cepat-cepat lepas nafas.

Kali ketiga teran kepala baby dah keluar tapi masih tak lepas. Terus nurse gunting sikit dan bantu keluarkan kepala baby sebab kalau lagi lama lagi bahaya. Kawasan tu kan berkuman. Kemudian Ana teran sekali lagi untuk keluarkan badan baby sepenuhnya. Alhamdulillah tepat pukul 5.57 petang Ana berjaya bersalin dengan baby seberat 3.26kg. Berat dari yang doktor scan masa masuk LR tadi tu.

Tak macam masa Syafi dulu, lepas nurse tunjukkan jantina baby, dorang akan bawa baby untuk dibersihkan. Tapi kali ni lepas tengok jantina baby, baby akan diletakkan dekat atas badan kita. Skin to skin. Baby pun senyap je. Nangis tak dengar suara. Nurse tak puas hati, picit-picit kaki baby sikit baru dengar baby nangis kuat. Lepas tu baru dorang bawa baby untuk dibersihkan. Ana pula lepas tu kena sambung jahit. Ohoiiii bertabah kejap.

Pengalaman

Aku Pembawa Gbs Ketika Hamil? Bahayakah Untuk Bayi?

Dalam pukul 7 petang, Ana dah masuk dalam wad. Tapi masa ni Ana rasa pandangan Ana macam berbalam. Nak pegang baby pun seram sebab Ana pegang baby tapi tak berapa nak rasa pegangan tu. Bila doktor datang check pun Ana maca terawang. Maybe sebab Ana penat, tak cukup makan dan tak cukup

Post a Comment for "cara menghilangkan kuman gbs"