Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara solat duduk ibu mengandung

cara solat duduk ibu mengandung

Alhamdulillah...kini usia kandungan telah mencecah 32minggu 4hari. Kalau ikut kiraan, lebih kurang 52hari lagi sebelum sampai ke tarikh jangkaan bersalin yang doktor beri. Itupun kalau ikut tarikh jangkaan doktor lah. Sebab macam abang iman dulu, 37minggu dah melihat dunia. Tak kisah bila babyT nak keluar, ikut tarikh ataupun awal. Ummi dan babah sedia menerima kehadiran sayang...

Ok, memandangkan usia kandungan semakin sampai ke tarikh due, perut erna pula memang dari awal sedia besar. Sesiapa pun yang jumpa erna, memang akan tegur. Waaaa...besar betul perut ummi hehe..memang besar pun. Cuma berat rasanya masih kurang daripada mengandungkan abang iman dulu. Bila perut besar, pergerakkan juga agak terbatas. Kalau dah baring, nak bangun...Allah je tahu seksanya macam mana. Bukanlah terseksa sangat. Tapi esot badan dan perlu berpaut juga lah. Lagi-lagi kalau mengiring menyusukan abang Iman lama sikit, tambah la rasa sesuatu di bahagian pinggang erna ni.

-Mengandung />

Masuk je kandungan 7bulan sebenarnya erna dah mula ada masalah untuk sujud solat seperti biasa. Lebih-lebih lagi jika erna baru lepas makan dan solat. Memang berat je nak naik seperti biasa. Solat erna ok, seperti biasa. Cuma bila sujud rasa susah bernafas dan nak berdiri semula tu macam nak terbalik ke belakang. Betul-betul muatan berat. hahaha..

Kurang Nutrisi Penyebab Kejang Kaki

Hasil google, blogwalking, erna jumpa beberapa artikal dan blog yang share tentang solat duduk. Memang erna ada aplikasikan juga masa mengandungkan abang iman dulu. Masa mengandung abang iman dulu, bilik tengah dirumah tamu UniMAP tu memang erna dah standby kerusi untuk erna solat duduk.

Permulaan, erna akan solat berdiri seperti biasa. Rukuk seperti biasa. Cuma, sujud erna akan duduk dan duduk diantara dua sujud juga erna duduk atas kerusi. Kemudian berdiri semula seperti biasa. Hanya sujud dan duduk diantara dua sujud je erna akan duduk atas kerusi. Kalau erna tak makan dan rasa mampu untuk solat berdiri, erna berdiri. Biasanya subuh lepas bangun dari tidur..erna boleh solat berdiri. Apapun ikut keadaan juga. Suami sarankan erna solat duduk je. Sebab suami pernah nampak erna nak terbalik ke belakang masa nak berdiri selepas sujud. Bahaya kata suami kalau tiba-tiba erna terjatuh.

Dalam entry ini, erna kongsikan gambar panduan untuk solat yang erna dapat daripada FB. Siapa kata FB tu tak elok? Jika dimanfaatkan dengan baik..banyak ilmu serta perkongsian ilmu yang boleh kita buat mengunakan medium FB ini.

Bagaimana Tata Cara Shalat Duduk Untuk Ibu Hamil?

Panduan ini juga boleh diguna pakai oleh orang lain selain ibu hamil. Maksudnya, jika anda jatuh sakit..panduan ini juga boleh anda jadikan rujukan.

Mengamalkan Ostematrix Shaklee setiap malam sebelum tidur juga pada erna sangat membantu erna mendapatkan kalsium yang mencukupi. Erna memang tak ada ambil apa-apa susu ibu hamil yang lain dan untuk keperluan kalsium, erna mengamalkan Ostematrix Shaklee.

Syukur alhamdulillah...sepanjang hamil kalini, erna tak pernah kejang kaki. Tak pernah krem kaki. Kalsium dalam tubuh cukup, bantu pembinaan tulang bayi anda. Ibu juga sihat dan lebih bertenaga selepas bangun dari tidur. Ostematrix bukan kalsium biasa. Kalsium magnesium yang diperlukan oleh tubuh.

Cara Solat Duduk Wanita Hamil Archives

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu hamil yang sedang sarat serta panduan ini membantu anda yang jatuh sakit untuk solat.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Jaga Tulang Belakang Ketika Hamil

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.Panduan untuk solat duduk ini bukan spesifik buat ibu hamil sahaja, bagi yang tidak berdaya seperti yang mengalami kesakitan, kecederaan atau orang-orang tua yang tidak lagi berkemampuan pun perlu tahu cara-cara solat duduk ini. 

Bisa dan berdenyut rasa kaki bila berdiri lama-lama, lagi-lagi bila kandungan dah menginjak ke trimester ketiga. Bukan kata nak berjalan, nak menunaikan solat fardhu pun payah. Disebabkan itulah anda perlu tahu cara solat duduk ibu hamil.

Malah panduan untuk solat duduk ini bukan spesifik buat ibu hamil sahaja, bagi yang tidak berdaya seperti yang mengalami kesakitan, kecederaan atau orang-orang tua yang tidak lagi berkemampuan pun perlu tahu cara-cara solat duduk ini.

Jangan Ambil Ringan Tentang Solat Walaupun Ketika Sakit Ada Caranya.

Cara solat duduk ibu hamil sama saja seperti orang-orang lain yang tidak berkemampuan. Yang pasti perlu patuhi syarat sah solat seperti suci bebas dari hadas kecil dan besar, menghadap kiblat, menutup aurat, berwudhu dan berniat.

-

Terdapat pandangan berbeza mengikut mazhab. Seperti mazhab Syafi’e menyatakan sekiranya anda tidak mampu bersujud di atas lantai namun mampu solat berdiri, jadi digalakkan untuk solat berdiri.

Manakala mengikut mazhab Hanafi pula sekiranya anda tidak mampu bersujud, secara tidak langsung anda gugur dari kewajipan untuk solat berdiri, jadi anda dibolehkan untuk solat duduk sahaja. Walaubagaimanapun, menurut JAKIM anda boleh mengikut mana-mana yang memudahkan anda.

Panduan 'step By Step' Cara Solat Duduk Ibu Mengandung (2023)

Sekiranya anda masih mampu berdiri seketika, anda digalakkan untuk memulakan solat dengan berdiri, kemudian selepas rukuk dan sujud bolehlah meneruskan solat duduk seperti biasa sama ada duduk di lantai atau duduk di kerusi. Jika betul-betul tidak boleh berdiri barulah memulakan solat terus ketika duduk.

Sekiranya anda memulakan solat ketika duduk kemudian rasakan anda mampu berdiri, lantas teruskan solat berdiri. Sekiranya anda solat duduk dan mampu berdiri untuk ruku’ seperti biasa hendaklah berdiri (untuk iktidal) sebelum ruku’.

Bagi anda yang bersolat di atas kerusi atau duduk atas lantai, perlulah sujud seperti biasa jika mampu. Jika tidak, maka tidak perlu.

Cara Solat Ibu Sarat Mengandung Dan Orang Sakit

Sekiranya anda tidak mampu untuk solat berdiri dan duduk, maka anda bolehlah bersolat dalam keadaan baring mengiring. Sekiranya tidak boleh mengiring, maka lakukan dalam keadaan terlentang.

Lakukan rukun pergerakan solat dengan menggunakan isyarat badan, seperti rukuk dan sujud, tunddukan sedikit badan. Jika tak mampu menggerakkan badan, gunakan kepala, jika tidak mampu gunakan isyarat mata, dan jika masih tidak mampu, solat dalam hati. Betapa pentingnya solat dan betapa mudahnya Islam, semuanya anda mampu lakukan.

Cara

Ya, anda yang sihat juga boleh lakukan solat duduk, namun hanya untuk solat sunat SAHAJA. Kerana syarat sah untuk solat fardhu adalah berdiri sekiranya mampu.

Doa Selepas Solat, Rumi Dan Maksudnya (senang Nak Hafal) · Atokpencen.com

Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan, keringanan dalam solat adalah dibenarkan bagi ibu hamil juga orang-orang yang tidak berdaya. Yang pasti anda hanya perlu tahu cara solat duduk ibu hamil.

Maka, tidak kira apa keadaan sekalipun, umat Islam dilarang sama sekali meninggalkan solat. Namun, para fuqaha’ mengeluarkan empat keadaan yang tidak akan diazab sekiranya meninggalkan solat. Syeikh Hassan al-Kaf menyebutkan empat keadaan yang dikecualikan daripada azab ialah (lihat al-Taqrirat al-Sadidah fi Qism al-Ibadah, 190):

Lupa secara sendiri atau kerana disebabkan sesuatu yang harus. Sekiranya disebabkan suatu yang makruh atau haram seperti mabuk arak dan dadah, tidak termasuk di dalam pengecualian.

Garis Panduan Solat Dalam Keadaan Duduk:

Orang yang sedang uzur atau hamil tidak termasuk di dalam pengecualian di atas. Namun, Islam tidaklah menzalimi umatnya dengan memaksa umatnya sama ada yang sedang sakit atau wanita yang sedang hamil yang mempunyai kepayahan untuk melakukan pergerakan tertentu. Sekiranya diperhatikan, Allah SWT telah berfirman:

Maka di atas kesempitan ini akan diberikan jalan keluar untuk orang yang sedang keuzuran untuk melakukan solat semampunya. Di dalam suatu hadith yang diriwayatkan oleh ‘Imran Bin Husain RA, beliau yang sedang menghidap buasir bertanya kepada Baginda Nabi SAW tentang solatnya, lalu Baginda SAW bersabda:

Maksudnya: Solatlah secara berdiri, sekiranya kamu tidak mampu, maka (solat) dalam keadaan duduk, sekiranya kamu tidak mampu, maka (solat) dalam keadaan berbaring.

Panduan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Maka bertitik tolak daripada hadith di atas, wanita yang sedang hamil berkemampuan untuk solat seperti biasa, maka hendaklah menyempurnakannya. Adapun wanita yang tidak berkemampuan untuk berdiri, maka dibenarkan solat secara duduk.

Jumhur ulama’ menyebutkan dalam situasi mereka yang mempunyai masalah untuk ruku’ dan sujud secara biasa, maka dilakukan pada kadar kemampuan sahaja. Lihat al-Mausuah al-Kuwaitiyah (27/ 264).

Berdasarkan nas dan hujah yang dinyatakan di atas, wanita hamil yang mempunyai masalah untuk melakukan mana-mana perbuatan solat tetap wajib menunaikan solat. Namun, diberi keringanan terhadapnya dengan dibenarkan untuk melakukan perbuatan solat tersebut seperti ruku’ atau sujud pada kadar kemampuannya sahaja.

Doa Doa Solat Hajat Yang Baik Untuk Dipohon Kepada Allah S.w.t (2023)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Post a Comment for "cara solat duduk ibu mengandung"