cara pajak gadai ar rahnu
(1) Teknik memanipulasi emas – harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah. Teknik ini dinamakan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu”. Cuma apa yang perlu kita tahu, risiko rugi lebih besar dari potensi untung.
(3) Backup belanja hangus – nak guna duit untuk belanja hangus, tetapi kita dah kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman ar-rahnu tersebut.
Pajak Gadai Ar Rahnu />
Kalau tak dapat kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangusatau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!
Info Pajak Gadai Ar Rahnu 2023
Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah kita perlukan duit sekitar RM6, 500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10, 000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20, 000 sebab nanti kita dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan kita tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu buat cuma satu surat pajak, kita kena tebus semua sekaligus!
Cuma bila buat banyak surat pajak, kita terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab kita dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya seolah-olah kita membuka 10 akaun bank!
Cara Pajak Emas Gap (secara Online)
Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakancaj paling rendahdenganmargin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.
Katakanlah kita dapat pinjaman sebanyak RM7, 800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7, 800. Maksudnya, kita hanya boleh gunakan RM7, 296 (7, 800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes.
Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, kita boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak terutamanya bila (1) kita belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk kita menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.
Pinjaman Ar Rahnu
Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.
Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold (emas lama yang bukan LBMA), Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.
Emas Public Gold (jenis LBMA) adalah berseal. Kalau dah buka seal begini (untuk test ketulenan), spread asal 8% akan jadi 10%. Untuk emas Public Gold yang jenis berseal, boleh pajak di Pos r rahnu. Mereka terimanya tanpa perlu buka seal.
Cara Pajak Gadai Emas Di Ar Rahnu Bank Rakyat(buat Temujanji Dulu)
Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu kita bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10, 000, 000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20, 000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!
Untuk makluman sahabat pembaca, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRISBank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS kita termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau kita ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!
Pds Pajak Gadai I Ar Rahnu
Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik.Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila kita nak buat pinjaman lain nanti.Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal kepada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap kita banyak komitmen hutang.
Saya syorkan snap foto setiap emas tu sebelum masuk ar-rahnu. Kalau kita tak mampu tebus balik emas tu nanti, kita masih ada jalan terakhir sebelum emas itu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama tak diblacklist.
Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan cita-rasa, baru mereka sanggup beli. Bila kita ada foto emas tu, senang nak promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih,
Sayangwang 💰💰: 10 Sebab Kenapa Perlu Pilih Ar Rahnu
Jadi, itulah 10 tips penting sebelum memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!
Post a Comment for "cara pajak gadai ar rahnu"