cara siang pucuk paku
Setiap kali balik kampung, suami pasti minta mak ana masak kan sayur pucuk paku. Pucuk paku banyak je tumbuh keliling rumah, cuma kadang-kadang nak pi petik tu jer masalah sebab ia tumbuh dalam parit agak semak samun. Takut gak kan ada penghuni berlingkar dalam parit tu, kan naya. Sudahnya tak petik pun pii jer pasar besar Teluk Intan nun. Kat tempat niaga sayur-sayur kampung sana banyak je jual pucuk paku segar-segar. Seikat RM1 - RM2 sahaja harganya. Tak payah lah nak randuk parit bagai.
Alhamdulillah, minggu lepas sebaik sahaja di umumkan boleh rentas negeri, kami ambil peluang balik kampung Teluk Intan. Nantilah ana terbitkan kenangan balik rentas negeri ni di entri akan datang, panjang ceritanya belum ada idea nak menulis lagi. Kali ini ana nak kongsikan menu resepi kesukaan suami dan adik ipar ana tiap kali balik kampung, sebabnya kalau di rumah ana tak makan pucuk paku sebab bila makan sakit urat, sakit pinggang pula. Kata orang tua-tua, angin. Waallahu a'lam.
Lepas Subuh terus ke pasar Teluk Intan dengan suami nak cari udang dan ikan pelaling mak ana nak masakkan masakan kesukaan kami semua sayur perut ikan. Menu ni memang kegemaran seisi kampung, bukan buh perut ikan tau namanya sahaja perut ikan, mak buh isi ikan dan udang jer campur sayur-sayuran. Pernah ana terbitkan resepi nya di 🔜🔜RESEPI PERUT IKAN. Sambil tu kami cari lah pucuk paku, dapat segar bugar lagi pucuk pakunya. Sekilo RM5 , ana ambil dalam secekak untuk sekali masak berharga RM2.80 sahaja.
Kerabu Pucuk Paku Mudah Dan Sedap
Tumbuk kan bawang merah, bawang putih, cili merah dan sedikit ikan bilis. Ikan bilis ni sebagai perencah sebab suami ana tak makan belacan, kalau buh belacan lagi lah sedap kan. Tumiskan bahan-bahan tumbuk , masukkan pucuk paku yang dah di siang dan bersihkan. Haa! Korang kalau bersihkan pucuk paku tu belek elok-elok naa, takut ada makhluk bernyawa terselit celah-celah daun tu, sebab tu kena siang satu persatu. Bersih bilas air dan toskan sebelum masuk dalam kuali.
Rasakan dengan garam dan siap lah menu tumis pucuk paku idaman suami. Sedap, licin di makan dengan nasi. Selera sungguh laa, Alhamdulillah. Air tangan mak memang tak pernah tak sedap kan. Syukur mak masih kuat di usianya dan mampu nak masakkan untuk anak cucu. Bila kami balik, mak cuma masakkan sahaja, penyediaan dan bersihkan semula tu kami yang buat, bukan apa, mak sendiri yang nak masakkan untuk anak cucunya. Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat semua ibu-ibu di dunia ini, aamiin.

Post a Comment for "cara siang pucuk paku"